Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Wednesday, August 31, 2016

Kamu tahu Quantum Dots??

Rajin kan gadis-gadis comel... Bekerja di hari kemerdekaan negara yang disayangi.

Bila kita terpaksa bekerja dengan hidupan bernyawa, ia bukan satu tugas mudah yang boleh ditunda-tunda.. Hidupan ini boleh menghantui mimpi nyenyak kita yang akhirnya menyebabkan keserabaian. Hurmmmmm

Semalam, sempena orang ramai keluar menyambut kemerdekaan dan melihat pancutan bunga api, saya serta housemate bergotong royong membersihkan rumah... Dan tanpa melihat pancutan bunga api di tibi tiga, kami dah hanyut bersama mimpi-mimpi idaman masing-masing... Letih betul mengelap rumah bujang...

Dan, pagi tadi saya keluar breakfast sesantai-santainya... lepas perut kenyang hati senang, kami ke pasar Kulim... Dah lama sangat ikan di makmal saya kembali kepada penciptanya. Saya perlu menggantikan hidupan hidup di makmal supaya aktibiti makmal berjalan tanpa was-was... Dapat la seekor ikan laga, auntie tu jual RM5/ekor. 

Harini saya terasa nak bercerita apa yang saya senang kerjakan setahun dua ini.. Actually bidang ni agak baru bagi saya.. Immunology.. Bukan setakat baru bagi saya, teknologi menggunakan quantum dots dalam immunologi agak terhad di malaysia... Terlalu banyak pancaroba dan halangan yang terpaksa ditempuh (psiko gila ayat)... 

Penggunaan quantum dots dalam teknologi bio-pengimejan dijangka mampu membantu para doktor bedah mengenal pasti kedudukan sel-sel kanser dengan lebih tepat. Walaupun teknologi ini masih diperingkat percubaan ke atas tikus makmal, namun ia telah mencetuskan satu fenomena baru dikalangan para saintis. 

Pertama sekali, kita kena tahu proses sel kanser berreplikasi. Ya, sel kanser ini kadar pembiakannya adalah sangat menakutkan dan menyeramkan.. Katakan, saya biakkan hari ini pada kadar kepekatan tertentu, besoknya sudah penuh satu flask. Tapi, berbeza dengan sel normal yakni non-cancerous, kadarnya sedikit perlahan. 

Hasil pembacaan menunjukkan, (memandangkan saya bukan doktor, makanya semua maklumat berdasarkan pembacaan dan penelitian video), antara kelemahan (drawback) stain/dye yang digunakan untuk melabel sel kanser yang ada sekarang adalah masa dye itu memudar (bleached).. Organic dyes yang digunakan sekarang sangat mudah photobleach. Tak usah saya bercerita lebih tentang apa yang ada sekarang. Kita fokus kepada apa yang kita mahu terokai. Menarik bukan... (ya, mungkin hanya menarik bagi saya)

Quantum dots? Anda tahu apa itu quantum dots? Tak tahu? Mudah, kan mudah kalau kata tak tahu... Andai tahu pun, sila cakap tidak tahu supaya saya -1 anda -0 (bagi chance la)..
 Quantum dots adalah nanocrystal bersaiz 2-10nm dan mempunyai bandgap yang tersendiri.  Memandangkan quantum dots ini mempunyai bandgapnya tersendiri maka ia banyak digunakan dalam industri solar cell dan elektronik lain. 

Tetapi, bagi penggunaan dalam teknologi bioperubatan, quantum dots ini perlu menunjukkan sifat fluores. Ini perlu bercahaya pada kepekatan yang rendah tanpa berbahaya terhadap sel. Ini sedikit sukar kerana kebanyakkan quantum dots terdiri daripada logam-logam berat dan toksik. Antara quantum dots yang paling terkenal dan harum namanya dipersada dunia adalah cadmium. Kalau kamu pergi ke negara Jepun, usah mendabik dada andai tidak singgah ke Fujisan.. Begitu juga andai anda mengaku tahu pasal quantum dots, jangan sesekali tidak tahu emission peak Cadmium.. Gitu!!!!!

Walau bagaimanapun, Cadmium quantum dots adalah toksik dan kelemahan utama kebanyakkan quantum dots adalah sifatnya yang tidak larut air. Menggunakan quantum dots tidak larut air untuk pengimejan sel umpama mengisi air ke dalam tangki kereta. Paham!!!!

Jadi, penyelidik seperti saya kena mencari alternatif samada menjadikan Cadmium ini bersifat larut air dengan mengubah kumpulan berfungsi luarnya atau menggantikan Cadmium ini dengan bahan kimia lain yang dikatakan tidak toksik namun mempunyai ummpphhh yang sama seperti Cadmium.

Di Jepun, saya berjaya menjadikan Cadmium larut air dan tidak toksik kepada sel. Dan teknologi itu juga berjaya dilakukan dimakmal di Malaysia. Ia mudah. Banyak rujukan di internet. Namun, jangan pandang enteng. Walaupun ada rujukan, proses modifikasi mampu memakan masa berbulan-bulan kerana tidak semua maklumat dapat dirujuk tanpa keciciran maklumat terpenting. 

Di Malaysia, tugas kami adalah mencari alternatif kepada solusi kedua, iaitu mencari bahan lain bagi menggantikan Cadmium. Ia sukar. Sangat sukar. Kerja makmal selama hampir dua tahun belum menghasilkan sesuatu yang dapat menjadikan saya tidur lena. Pertama, quantum dots itu tidak larut air dan keduanya ia terlalu sedikit. Bukankah saya memberitahu saya stress dalam entry-entry sebelum ini.. Ya, inilah sebabnya. Tapi, apalah erti menjadi saintis kalau percubaan pertama saja sudah berjaya. Kerja sains ini perlu banyak try-error.. 
Stress menjadi berganda kerana masa yang diberikan oleh pemberi dana iaitu kementerian sains bakal bernokhtah hujung tahun ini. Manakala, hasilnya masih habuk. Habuk?Dust? Tahu?

Zuhana sudah bising mahu keluar ke salon rambut.. 

Tidak dapat saya bercerita lebih lanjut.. Pasti, pasti akan ada entry susulan. Kerana saya sukakan kerja ini. Bermain bersama sel-sel yang hidup, yang perlu dibelai dan dikasihi. Kamu bertuah sel, kasih sayang saya masih belum diberikan kepada sesiapa, kamu itu anak emas tahu.


Makmal saya...

No comments: