Jerit sekarang,
Merdeka! Merdeka! Merdeka!... (pastikan badan anda berbau harum sebelum angkat tangan kanan tu...)
Tahun ni, pertama kali saya tak balik kampung untuk sambut merdeka. Anak mak kan, merdeka pun nak kena jadikan tarikh wajib berada bersama keluarga. Tuntutan tanggungjawab menyebabkan segala yang dilakukan dah tak tercapai dek akal sekarang ni.
Kadang, bangun pagi blur semacam. Sampai di ofis pun masih blur. Kebluran sambil membuat kerja. Balik ke rumah masih blur. Maka, hari yang panjang itu akan disudahi dengan secawan nescafe ais paling sedap dan pekat serta makanan paling best yang paling dicintai sepenuh jiwa iaitu Kepci. Untung jugak rupanya bila sesekali menjadi blur.
Last week, Shan datang Malaysia. Alhamdulillah, setelah berbulan-bulan merangka segalanya, dan stress yang tak pernah meninggalkan saya, akhirnya bersua juga saya dengan Shan. Dan tercapai segala objektif. Harapnya kerjasama ini akan berpanjangan selagi kerjaya ini mampu mendatangkan wang sara diri kepada saya. Kecuali, ada lelaki kaya datang bersama kuda putih membawa daku ke awan biru. Kala sang jejaka itu memacu kuda putih kami, saat itu terpaterilah ungkapan "I dont know you" terhadap beliau... Manusia memang begitu. Bukan semua, tapi saya pasti tergolong dalam kalangan itu. Andai Shan dapat memahami bahasa malaya ini, ketahuilah aku sangat berterima kasih. Terima aksih kerana membantu kami disini, walaupun bayaran yang diberikan terhadap beliau hanyalah sekitar gajiku sebulan. kihkih
Kamu tahu tak, saya sedang demam sekarang. Demam yang suhunya di paras normal tanpa simptom berbahaya atau mengancam nyawa. Demam nak kurus tapi tak kurus-kurus. Haha. Arghhhhh, panadol apakah yang dapat mengubati demam ini? Berapa harganya dan dimana mahu membelinya, bilang saja padaku.
Bukan, demam ini juga kerana sudah lama tidak menulis. Menulis ini ubat parasitamol paling mujarab untuk insan kesepian dan penuh melankolik seperti aku. Dan demam ini juga kerana bahagia melihat sang dia mendapat cahaya mata. Tahniah kawan!!!.. Acapkali terasa seperti ingin mendelete akaun FB sendiri, tapi saat itu selalu tak kunjung tiba. Seakan ada satu kuasa jahat berkata, "itukan sumber kebahagiaan"... Lihat, mudah sekali membuatkan saya bahagia, lihat FB juga mampu bahagia. Gila kamu!!..
Besok tanah melayu ini akan menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-59. Kamu lihat manusia ini pelik. Semakin lama merdeka, semakin parah politiknya. Kamu lihat kesannya ke atas ekonomi.. Semakin ramai terpaksa bekerja dalam gundah-gulana.
"Adakah petang ini aku akan mendapat notis pemberhentian 24jam?"
Ini adalah gila.. Sudah nyanyuk semuanya. Kamu tahu di universiti ratio pensyarah terhadap pelajar adalah 1:1... Kamu tahu pensyarah-pensyarah itu setiap hari berdoa agar ada student mahu kepada mereka. Sedangkan dahulu kala, kami sebagai student merayu agar pensyarah mahukan kami... Ini ajaib bukan, pemikiran ini tidak normal.
Kamu tahu apabila perempuan sedang stress menulis, bahasanya boleh mendatangkan amarah jiwa yang membaca.. maafkan perempuan itu,dong...
Oh, kamu nak tahu tak. Saya suka ingin memwar-warkan bahawasanya saya memfolo nohsalleh di akaun instagram. Dan semalam, adalah kali pertama saya membaca status beliau dengan penuh penghayatan. I feel you, noh... Ketahuilah, jiwa-jiwa yng menunggu itu adalah jiwa-jiwa yang sedang di uji oleh penciptanya. Teruslah menjadi jiwa-jiwa yang sedang diuji supaya terasa dekatnya jiwa itu disisi penciptanya. "Apabila Dia menjadikan kamu menunggu, ketahuilah, dia sedang mempersiapkan yang terpaling istimewa untuk kamu"... Lihat, saya yang berjiwa kental ini juga terkesan dengan status beliau..
Apa, kamu tanya saya apa status itu? Kamu tak ada instagram eh? Pergi la baca sendiri.. haiyaaaa
Kamu nak tahu tak sekarang sudah 6.50pm. Kenapa menghabiskan harta syarikat.. moh pulang ke rumah dan makan makanan sejukbeku kesukaan tanpa perlu bersusah payah...
Eh, sekali lagi...
Salam Kemerdekaan semua!!!!
No comments:
Post a Comment