Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Thursday, August 11, 2016

Trip Kawan Dayah ke Pulau Pangkor

Sejak habis viva master haritu, perasaan ni meronta-ronta jer nak pi bercuti.. Terus la wasap kat Eju, sekali Eju reply “Bukan baru balik dari Jepun ke, pastu ke Siam, pastu kita round Malaysia”.. Aaah la, macam banyak dah berjalan. Tapi taktau kenapa, rasa nak pergi bercuti kat pulau sambil berendam tepi pantai.. Tambah pulak, lepas je viva, stress dengan kerja dah terlalu tepu dah masa tu.. Tapi, taknak la crita pasal kerja pulak kat sini.. Dengan persekitaran kerja yang tak best.. Nasib baik ada geng tebuan.. So kami berdua cadang samada nak pergi Perhentian atau Pangkor. Dan memandangkan time yang sangat constraint, kami decide untuk ke Pangkor. Maka, tercipta lah "Trip Pangkor".

Sebelum puasa dah start ajak Zuhana dan Zuhana pun macam kejap nak ikut, kejap taknak ikut, masa tu.. Lepas tu Zuhana suggest ambik resort dan pakej snorkeling dengan sepupu dia. Opkos kami gembira, sebab Zuhana kata boleh dapat makan laksa mee Pangkor percuma. Bila jumpa dengan Zati sebelum puasa tu, cerita-cerita kat dia, sekali dia pun nak ikut..

Bulan puasa, masa ni mood nak bersantai kat tepi laut tu membuak-buak sangat. Ada satu hari tu, sambil mesej dengan Eju, terus ajak dia pergi Pangkor. Eju, biasa la dia, terus setuju.. Tapi, logic la kan. Takkan la bulan puasa nak pergi berpenat lelah di tepi pantai sambil berendam dalam air. Bulan puasa ni jugak la si zuhana buat drama korea campur Hindustan dia, taknak pergi. Dia kengkonon taknak pergi sebab nak attend kenduri kawan sekolah dia kat Penang. Ayyo Amma Appa, nasib baik ada Fifi pujuk dia. Ko dah kenapa Zu?….. “Nanti pergi kenduri tu semua bawak partner, takkan hang nak pi sorang”.. Kahkah, terus Zuhana setuju pi pangkor..

Lepas raya, terus decide tarikh.. Nasib baik la, anak sedara saya bertunang seminggu sebelum trip pangkor. So, kami ke Pangkor pada 29-31 Julai. Masa ni si Zati dah pujuk-pujuk suruh pick-up dia kat Ipoh padahal kami nak turun Changkat Jering. Kerana kawan, kami turutkan. Kalau ikutkan plan asal, kami akan bertolak malam Jumaat ke Ipoh supaya esoknya boleh bertolak awal sikit ke Pangkor. Tapi Eju pulak mesej hari Khamis tu merayu mintak bertolak pagi Jumaat. Yela, bertolak pagi Jumaat!!!

29 Julai 2016.
Pukul 7.00 pagi, Zu dah keluar rumah untuk ambik saya. Sampai rumah saya, Zu mintak saya drive ke Penang. Yela, I turutkan asalkan u bahagia… Nasib baik jalan tak jem sangat nak ke Penang dari Kulim. Pukul 8.30am kami pickup Eju, dan makan bekal mandatory yang Eju sediakan. 

On the way nak ambik zati... Zuhana memang kena ambik kelas lagi untuk ambik gambar
Perjalanan ke Ipoh smooth saja. Tengah syok borak-borak, tiba-tiba dah sampai rumah Zati. Dari rumah Zati ke Lumut, Zuhana pulak drive. Jauh jugak Ipoh ke Lumut. Hampir 1jam 30 minit. So, kami sampai Jeti Marina pukul 2.00pm dan beli tiket RM10/head untuk return tix. Bot kami pukul 2.45 pm, dan penumpang pun takda la ramai sangat. Cuma bila kami dah kat dalam bot baru ramai orang. Nasib baik naik bot awal, dapat seat dekat aircond.
 
Jeti Marina
Panaih lit-lit!!




Sekejap je naik bot dari Marina ni, dalam 10 minit sampai. Tak sempat nak lelap pun. Sampai Pangkor, terus ambik van pinkish ni untuk ke Pangkor beach resort (resort family Zuhana) di Teluk Nipah..


Pening nak pilih van mana... Dato Vida mesti suka kalau datang pangkor..




Kami disambut oleh sepupu zuhana di resort dan diberi bilik sebelah lobi. Kami 4 orang satu bilik. Bilik tu ada satu katil single dan 2 katil supersingle serta satu katil extrabed yang tak digunakan kecuali malam kedua. Lepas solat, rehat-rehat sekejap, kami decide nak pergi melihat panorama pantai pangkor. Saya dengan Eju first time sampai Pangkor, konfemla tersangat excited. Masa ni saya dah tukar baju mandi, depa-depa semua kengkonon nak tengok dulu la, nak jalan-jalan je dulu la… Hurmmmm

Sampai pantai, bila depa tengok saya dah masuk air, zuhana dan-dan tu jugak balik resort untuk tukar tudung. Haha.. Sekali dengan Eju mandi.. Tinggal la Zati jadi camerawoman masa ni. Nasib baik ada zati.






Lepas dah puas mandi, balik resort, mandi air bersih, solat semua, kami keluar balik untuk makan malam. Malam ni zati dah request nak makan seafood. Moh ler kita mencari seafood. Rasanya seafood pangkor takda la menarik sangat. Lepas makan, kami jalan-jalan kat gerai-gerai untuk cuci mata.. Takda yang menarik dipandangan mata. Balik resort lagi best. 
 
 

Balik bilik, semua terbongkang.. Sambil surfing internet, dengar la si zati dan zuhana dok sebut ‘kita bertaaruf’… Amboih, zuhana sejak kena ceramah dengan eju dalam kereta dan sejak jumpa zati, terus ja guna ayat bertaaruf. Entah la apa yang diorang taarufkan sebab tiba-tiba senyap sunyi… Eju? tak boleh pakai dia, dia tak cukup remaja nak stay sampai pukul 11++pm.

30 Julai 2016
Lepas solat subuh, semua macam malas nak bergerak. Tapi sebab saya lapar!!!, semua terpaksa bergerak.. Takla, bukan sebab saya, depa ni laju berdesup bersiap, tapi sebab depa ni tak sabar nak snorkeling. Mula-mula, kami pergi breakfast dulu kat gerai-gerai tepi pantai tu. Sebab masing-masing adalah piranha, kami makan nasi lemak seorang sepinggan. Muntah la kejap lagi dalam laut!!



Lepas makan, balik resort, siap-siap pakai baju mandi dan tunggu anak sedara zuhana si Afiq datang. Pagi tu kami ikut trip dengan Afiq. Murah saja snorkeling kat Pangkor ni, kami di charge RM15/head. Naik bot sekejap dalam 5 minit terus snorkeling. 



Eju!!

Zuhana!!
Zati!!



Snorkeling 2 jam, kol Afiq datang ambik ke pantai semula, pastu kami dok main buaian yang ada kat situ. Tambah pulak, masa tu air tengah pasang. Memang berenang-renang di tepian la kami masa tu, dah zuhana sorang saja boleh berenang..



Dah penat berenang, balik ke bilik untuk lunch. Lunch hari ni di sponsor oleh pihak resort. Sepupu zuhana sediakan Laksa Mee Pangkor untuk kami. Sedap ya ampun. 

Laksa Mee Pangkor
Lepas makan masuk bilik semua sambung membuta. Pukul 3 petang, kami dah tercegat depan resort untuk ke aktiviti seterusnya iaitu menaiki ATV. ATV ni charge RM70/head. Pengalaman pertama bagi kami berempat. Excited kemain semua. Dah lama saya mengidam nak naik ATV, tak sangka tercapai di Pangkor. Trip ATV ni bawak kami masuk hutan, keluar jalan raya, masuk hutan balik, keluar jalan raya balik, lalu tepi pantai dan masuk jalan raya untuk kembali ke Teluk Nipah. Masa ride lebih kurang sejam setengah. Time nak kembalikan ATV, abang owner tu suruh tulis details group untuk dia upload gambar dalam FB. Punya la susah nak pikir nama group!!! Arghhhhhh.. Dengan kuasa ganda tiga, saya sebagai mak tiri grup ni namakan sebagai “TEAM KAWAN DAYAH”… Ramai komen, kenapa nama team kawan dayah?.. Well, budak-budak ni langsung tak kenal satu sama lain sehingga la kami berkumpul di pangkor. Sebabnya, mereka ni kawan-kawan saya saja.  Izati (kawan sekolah menengah kat ASMA dulu), Eju (Kawan university di USM dahulu kala) dan Zuhana (rakan sekerja)… Sebab tu depa bertaaruf malam pertama kami sampai, ececeh……





Lepas penat bawak ATV, kami berehat ambil minum air kelapa dan ais kacang tepi pantai.. Semua taknak terjun laut dah. Lepas makan, kami jenjalan tepi laut sambil lepak-lepak. Dan menyambung sesi taaruf semalam yang tak bernokhtah.




Dah nak maghrib, balik ke bilik untuk mandi dan solat dan keluar semula untuk dinner. Semua dah letih, dah nampak katil dah masa ni. Jadi, kami decide untuk beli air dan burger sorang satu. Dan kami menikmati dinner kami di tepi pantai sambil mendengar ombak menderu. Letihnya!!!!!! Balik resort, dan terus -----à menuju puncak, gemilang suria…..

31 Julai 2016
Lepas subuh, dah kena tukar pakai baju mandi. Pukul 7am dah keluar breakfast nasi lemak lagi (tapi kedai lain)… Dan…. Pukul 8.15am kami dah berendam beramai-ramai dalam air. Terpaksa balas dendam sebab petang semalam tak mandi. Lagipun kami Cuma ada masa sampai pukul 10.30am saja nak mandi. Mandi,mandi, mandi, telan air masin, mandi, selam, terapung.. baru pukul 9.30am… Sebab duit masih ada, kami naik mable game. Mable game ni dia charge RM60/mable. Waktu kami tengok orang lain naik, nampak macam hek eleh. Budak-budak ni lagi la, nak main game yang campak dalam air. Tapi sebab zati tak prefer jatuh tengah laut, semua kena la setuju naik mable.. Kata kawan sehati sejiwa di pangkor bersama.







Pengalaman naik mable?... ok je la.. tak mencabar sangat sebab kita dalam keadaan stabil.. Penat menjerit je sebab pakcik tu buat pusing-pusing kat tengah laut. Sekejap saja dah kembali ke pantai. Ok la sebagai pengalaman pertama. Entah bila pulak nak main game macam tu.Kembali ke pantai, apa lagi!!!! Berendam la sampai kembang. Sampai nak muntah.

Pukul 10.30am, kami balik ke resort untuk mandi dan sebagainya. Sempat la merehatkan diri seminit dua. Tengahari tu, pihak resort adakan majlis doa selamat. Makanya, lunch kami adalah percuma lagi. Trip kali ni memang betul-betul jimat sebab makan lunch 2x adalah di sponsor.



Kami bertolak ke Jeti Pangkor lepas makan, naik van pink, opkos. Dan naik feri pukul 3.15 petang macam tu. Sampai Lumut, singgah shopping sikit untuk buah tangan kepada yang tersayang, ecewah, dan ikan bilis bekalan untuk masak nasi goreng kampong.

Last aktiviti kami untuk trip kali ini adalah, menaiki KAPAL DIRAJA RAHMAT. Dengan panas terik, memang berbulu je la saya kena paksa naik kapal tu jugak, kalau tak semua taknak naik. Banyak la cantik muka hampa semua gunakan taktik macam tu. Dalam kapal tu mesti la panas, ada certain area saja ada ekon. Yang si Zuhana pulak buat acah-acah kapten kapal, Eh, kapten ka kelasi???



Selesai tawaf KD Rahmat, kami singgah minum untuk menghabiskan wang kutipan kami. Then terus gerak ke Ipoh untuk hantar Zati… Kami lepak-lepak kat rumah zati sambil kengkonon menunggu drian kuala kurau. Si Zati bagi harapan palsu kat tekak aku. Sampai harini dok terbayang durian kuala kurau.. sedapnya la durian…Tunggu punya tunggu, sampai pukul 8.00pm, bukan setakat durian kuala kurau, nombor plat kereta yang nak menghantor pun tak dapat dikesan. Denga kekecewaan yang disimpan jauh didasar hati, kami bertiga bergerak pulang ke USM (untuk hantar Eju), dan seterusnya terus ke Kulim. Sampai rumah dalam pukul 11.30pm dan terus sambung mimpi indah berjalan tepi pantai.. banyak la mimpi indah, esok pagi kena masuk kerja macam biasa weh…
 
Babai Pangkor!!

No comments: