Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Tuesday, November 7, 2017

Problem, dalam bahasa disebut masalah

Semua orang ada masalah
Celik mata je, dah ada masalah
Macam saya, masalahnya sekarang adalah bila nak buat sambungan cerita Lombok?????

Tapi,
Masalah  paling agung dalam dunia adalah
"Kat mana nak makan breakfast/lunch/dinner?"
Ni memang masalah dunia, boleh perang dunia sebab dok tolak-tolak sesama sendiri
Tolak-tolak suruh suggest tempat makan 
Last sekali makan Kepsi
I suka je, sebab kepsi memang the best
Mana nak dapat ayam setahan lasak ayam kepsi, simpan bertahun pun kekal berseri, rasa tak lari..kihkih

Sekarang, masalah terbesar,
sebenarnya nak tulis apa untuk entry masalah ni??????... 
arghhh tolong......




Gini la,
Kita cerita santai-santai

Anak sedara saya, waktu first diagnosed with cancer, semua orang clueless
Even dia bukan lah manusia pertama dalam salasilah keluarga yang menghidap kanser, tapi dia manusia pertama dalam our close circle yang didapati ada virus tu
We called the cancer as virus jela eh!!!!
Virus ni nampak la jahat sikit, kalau cancer tu macam nak marah pun tak sampai hati

Since kami semua macam blur, tak tau nak react, just google for info, saya terus rasa perlukan advice or sort like opinion macam kata-kata semangat cerita success story penghidap kanser, I contacted my bestfriend since high school.. Kami ni bukan kawan laga bahu je, tapi memang jenis sekeh kepala semua cukup la, makanan dalam mulut pun sanggup kuis keluar la.. gituuu.. sangat close zaman sekolah even sampai dah kerja pun still contact and so on.. Cuma bila dia dah kahwin, malas la si bujang ni nak kacau kan...

I texted her, asked for motivation words la kengkonon... So, cerita la perihal virus yang menyerang

And, apa yang berlaku ketika itu sangat melukakan... Saya tak terfikir langsung seorang doktor merangkap sahabat akan berikan kata-kata sebegitu..
Since that, im so sorry, maybe i terlalu emosional masa tu, I delete semuanya.. Tak sanggup nak baca semula.. 
The problem is... semua apa yang dia tulis seakan tercopy dalam fikiran

"Korang be ready jela, suruh dia taubat banyak-banyak"

Sebagai manusia biasa, opkos kita akan rasa, 
"Eh, betullah nasihat tu"

But as a friend, a childhood friend, a bff since high school, I rasa most comforted words adalah
"Kuatkan semangat dia, that virus is not the only problem in the world"

------- eh, apasal aku emosional pulak ni....-------------------------


Last week, 

Im facing a scary phase in mylife
First time, memang mendebarkan, masa tu baru I tahu
Kenapa orang kata 
"nanti hang tau la langit tu tinggi ka rendah"
I skipped lunch since dah makan heavy breakfast (mee penuh polistren dan nescafe susu), and bila petang tu nak balik keja minyak kelip-kelip..
I dah set nak makan nasi kandar dekat dataran kelang lama, so, i kena la isi minyak dulu... And dalam purse cuma ada beberapa ringgit.. So, i decided to isi minyak guna kad kredit macam selalu
Malangnya, pam minyak declined kad kredit dan kad debit.. Arghhhh..  
Buat decision pergi je la cari nasi dulu.. sekali kedai tu tutup.. wadehelll
Patah balik pergi stesen minyak lain, keluarkan cash, isi minyak and beli nasi bungkus
Masa balik tu kepala dah berdenyut
Lepas maghrib terus bersila makan, dan tak sempat nak telan air, dah terbaring kepenatan
KEPENATAN MAKAN... hahahaha
Takpala, tido jela kan sebab kepala dah start sakit
Dan terjaga jam 10.30pm macam tu.. terjaga sebab rasa tak boleh nafas, sesak nafas... loya..
Sesak nafas yang membuatkan terfikir, "Eh, aku nak mati ka ni???"
Pastu pikir balik, "Orang kata, orang yang nak mati takkan terpikir dia nak mati"
Terus cool balik, gosok minyak panas ke kaki, sebab kaki dah sejuk dan pucat
Tiba-tiba rasa nak muntak
Terpaksa buat trip beberapa kali ke tandas
Setiap kali baring, loya dan muntah
Selepas trip ke tandas masuk sesi ke empat
Saya gosok minyak panas banyak-banyak
Dan, ajaib sangat
Terus terlena
Rasa macam hilang segala masalah dunia
You, masa kita tengah pikir antara hidup dan mati
Tetiba kita masih hidup, masatu memang akan rasa, apala sangat masalah dunia ni.. hahaha

Nasib la doktor kata cuma masalah angin dan paru-paru lemah

I rasa doktor tak sampai hati nak bagitau punca utama kejadian tu berlaku adalah sebab
OVERWEIGHT
"You ni gemok sangat, kena kurangkan sikit yer berat badan, you tak jalan ke?? Kurangkan makan yer.."

Doktot pun, baik sangat
Cuba jadik macam kawan merangkap bff kes kat ataih, sound setepek pasai tunggu masa nak mati

..........................................................................................................


Bapak saya, dia tak sihat
Tolong doakan eh
Biasa la, bila dah tua-tua ni, imunisasi tak sekuat masa muda, payah sikit nak lega bila dah start sakit

Masa dia muda, dia ada 2 kawan baik kat kampung
Depa bertiga siap pi mekah bersama dengan spouse masing-masing
Memang rezeki la, pi tak sama batch tapi jumpa kat mekah... Depa pi buat haji masa tu..
So, seronok la depa buat mekah macam kampung sendiri

Satu hari, waktu tu adalah time rehat kat sekolah
Saya dah sekolah menengah, kat bandar alor setar
Jarak dari rumah ke alor setar hampir sejam naik motor/kereta, takdak beza hat ketara sangat
Waktu tu, saya form 1, tiba-tiba, saya nampak bapak saya kat perkarangan sekolah,
Pelik gila masa tu, saya terus pi jumpa bapak
Tanya dia, awat dia mai sekolah
Rupanya
Dia nak mai habaq, kawan baik dia meninggal, pagi tadi

Errmmm, paham dak
I rasa dia tengah digest, bff dia meninggal
Kalau akal logik, patutnya bapak kena la duduk kat rumah tunggu dekat/ uruskan mayat
Tapi, dia lari datang sekolah maklumkan kepada saya, pastu dia balik ke rumah untuk uruskan mayat

Bila pikir balik, kesian dia masa tu
Dia sebenarnya tak tau nak react, dia terkejut, lepas dia tengok saya kat sekolah baru dia okay!!
Hurmmm, kesian bapak

Sekarang tinggal sorang je bff dia
Dan bff dia akan datang ke rumah kami setiap hari without fail, melainkan dia sakit yang tak boleh bangun
kalau setakat demam, dia akan datang tapi datang sekali je and sekejap
Tak pernah lagi la saya jumpa kawan yang macam depa, 
Selalunya, pakcik ni akan datang sehari 2 kali, sebab time pagi dia akan datang waktu dia nak pergi beli breakfast atau nak tengok lembu dekat ladang dia
Sweet kan!!!
Dulu waktu arwah isteri dia hidup, mak saya pun bff dengan isteri dia...
Sekarang mak saya kawan baik dengan isteri baru pulak
Isteri baru pun baik, apa-apa yang menarik mesti datang hantar kat rumah



OKAY!!!!

Apa kaitan cerita diatas dengan masalah???


Hurmmmm...

Masalahnya, saya ni akan ada ke bff yang macam tu??????hihihihihihi


.................................................................................................................................


Saya dah habis bayar kereta
Saya terminate insurance untuk bahagian saving
Patutnya saya akan ada lebihan wang few hundred bucks la dalam tangan

MASALAHNYAAAAAAAAA

Duit still short

Zati,
Rezeki aku tak berkat ka????
Jawab sat
hang kan orang kaya hat mengaku sendiri hang kaya


................................................................................................................................


Masalah terakhir untuk kali ni

Setiap kali sampai office
Saya ada masalah untuk naik ke pejabat menggunakan tangga

Terpaksa menggunakan lif, 
Kalau naik tangga, nescaya 15 minit yang pertama akan burn macam bapak aku

hahahahahahah

Ada sapa-sapa ka nak beli lemak.. boleh buat masak lemak cili padi
Kalau takdak sapa beli, kena la tempah slot liposuction
Pastu bayaq  pakai daun kayu, macam zaman kecik-kecik dulu... Wow, sound interesting... hahahah


....................................................................................................................................

Ini rahsia...
masalah ni tak boleh sampai ke telinga sesiapa

I rasa......

ermmmmmmm


.....................




..................................




Cemana nak cakap




...................................




Zu diam!!!!!!!!




Zati, hang tak perlu nak wasap personal tanya hal ni!!!!!






I tak sure



nak terima ke tak offer tu



Tapi...


I memang rasa clueless dengan  kerja sekarang





Masalah betol laaaaaaaaaaaa



p/s: peluang takkan datang 2x kan????????


No comments: