Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Sunday, November 10, 2019

Business Visit to Singapore in August 2018

2 kali aku ke Singapore for business visit in 2018. Satu kali aku pergi masa bapa masih ada dan satu kali aku ke sana setelah bapa tak ada. 
Kali pertama aku ke Singapore, kakak sulung ke umrah iaitu pada hujung 2017 dan kali ketiga aku ke Singapore, abang sulung aku ke umrah iaitu pada hujung 2018. Kalau lah hujung tahun 2019 aku ke Singapore lagi (no, kalini aku dah tak pergi Singapore, lepas ni maybe orang lain pulak), memang akan bertindih pulak dengan kakak kedua aku ke umrah. Nampaknya hujung tahun kami semua bz dengan aktiviti masing-masing. Aku jela yang sibuk dengan duniawi, huhuhu

August 2018

Aku ingat-ingat lupa, aku rasa aku ke Singapore 3 hari, iaitu pada awal Ogos. Kali ini cuma aku, zuhana, Dr Hanim, Dr Jaafar dan Dr Matek sahaja. Aku naik flight dari Penang dan jumpa Dr Hanim dan Dr Jaafar di KLIA2. Then, kami sama-sama fly ke Singapore. 

Zuhana dan Dr Matek pulak naik dari Subang, dah dengan turbulence nya.

Kami semua berkumpul dan pergi menikmati dinner sama-sama. Dr Matek je malas jalan kaki, dia makan kat kedai mamak dekat area Lavender tu. Oh, kalini kami stay dekat Lavender Hotel, bawah hotel ada stesen train dan mekdi. Tapi, kami tak makan ler kat mekdi tu. And kami tak naik train tu.. 

On our first day, we did a review on our project. 


Lepas briefing tu, kami labtour and start check the setup. Ini bukan the real set-up tau, the real tak boleh lah tunjuk dekat sini.. hehehe.. PnC





Projek kami ni collaboration dengan banyak agensi. So, ada lah pihak yang tak arif dengan kerja pihak lain. So, masa kat Singapore ni kita bagi peluang semua pihak try run the eksperimen. Especially hat bertitle ni kan, depa dah lama tak masuk lab. So, kita bagi depa try mix guna micropipette tengok, menggigil ke tak? hehehe




 Sepanjang kami kat SIngapore, kami naik grab. Punya la malas semua orang nak berkejar naik train. So, merasa la kami naik vellfire, alphard, wish and etc. Sebab 4 orang kan, kena la naik 6-7 seater. hihi




Masa hari kedua.. 


Hari ni, aku dan zu dah start communicate dengan Leon. Sebab nak check kerja dia. Bukan spot check, lebih kepada double check. Pastu gedik suruh zu candid. Macam lah si Leon tu hot sangat sampai nak kena candid. Bodoh giler kalau ingat. hahaha



Macho pulak Leon dalam gambar ni.. Tapi memang dia nampak macho pun kalau buat labwork. hahaha.. Di ulang, waktu buat labwork je ye, and masa dia serius buat kerja tu.. Sebab bila dia dah start buat lawak bodoh dia tu, sekupang pun tak laku..

Eh, aku pun tak nak ketinggalan
Bergambar kenangan ler. Nasib la ada gambar reramai ni, sebabnya, balik tu sampai je hotel, Dr Hanim flat terus. Muntah teruk, dia kena migrain. Adui, kesian. Tapi kami (aku dan zu) susah hati la pulak sebab esoknya Dr Hanim dah bagitau dia takkan dapat join. mati lah kami.



Gambar kat bawah ni menunjukkan berakhirlah kerja kami di Singapore. Dan petang tu geng lelaki balik dulu. Kami yang perempuan akan stay 1 malam lagi sebab kalau kami balik malam tu, kami terpaksa transit lama di KL. 


Masa ni gedik nak bergambar dengan Leon.. Ya Allah, gedik nya masa ni, kan zu... 

Malamnya, kami meningmati night life di Garden by the bay. Wah, remaja giler rasa. Aku, zu dan Dr Hanim (yes, petang tu dia dah semakin sihat dan nak menikmati malam bersama kami, perasaan muda kembali menjelma).. Memang best, ala, type ni rindu pulak singapore.
Malam ni, kami all out betol. Siap berbaring dengan mat-mat saleh tu tengok pesta lampu dekat situ. Pastu pusing-pusing area situ.






 THE END...

No comments: