Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Thursday, November 7, 2019

Prof, Hoshikawa dan Shan datang Malaysia in November 2018

Panjang kan tajuk, tapi sangat comprehensive

Last year, in early August macam tu, aku ada contact geng Japan untuk invite depa mai Malaysia (specifically Penang) sebab aku tau Prof memang nak sangat-sangat melawat Penang. Last time depa mai sekadar sampai Langkawi. Since masa aku di japan dulu, aku terover promote Penang, and depa pun lebih kenal Penang berbanding KL, opkos lah aku invite depa bila kami ada event di Penang. Dan, depa memang uish teruih lah nak join event kami. Good kan!

And, during the day my dad passed away, Shan ada contact aku nak tanya pasai depa punya document sebab aku tak reply emel dari secretary Prof. Yela, masa aku dapat emel tu, aku sangat jiwa kacau dan aku tak boleh focus on office work. opkos lah kan. So, aku terus maklumkan pada Shan yang aku sangat sibuk dan bapa baru meninggal like an hour ago, and please give me sometimes to work things out. And, dia pun sangat memahami.

Then, like a month after, satu malam tu Shan mesej tanya khabar. Dia tanya if Im okay. And try to comfort me but, opkos, I can take care of my feeling. Ceewah. Yeah, im sombong like that.

Nak jadi cerita, I need to go to Singapore for a week a day after the event. Aiyoo. And luckily, the Japan team will also went back on the day that I need to fly. Nasib baik kan. kalau tak confirm lah aku rasa serba salah. Takkan diorang datang jauh2 aku nak tinggal tak bawak jenjalan pulak kan.

Diorang sampai Penang, a night before event. So, depa naik teksi ke hotel and kami janji nak jumpa esoknya semasa event. Sebab aku tak tido kat Penang, and aku akan bertolak esok pagi nya.

Nak jadi cerita lagi, memang banyak cerita sungguh lah, pagi tu aku kena pos chemicals ke Singapore. Dan company untuk postage tu hanya ada di Penang. Dah lah nak masuk Penang tu sikit punya azab pagi-pagi. Beratur panjang kat bridge. Pastu, masa sampai dekat tempat pos tu, kena masukkan pulak chemicals tu dalam kotak yang lebih besar dan kena sekata permukaan dia. Aku pulak masukkan chemicals tu dalam cold storage box. Tempat pos tu area queensbay tau, aku terpaksa pusing merata sampai ke depan usm, dan kena photostat new form and isi. Dah la masa tu hujan lebat, sangat tragik. Pastu, aku pusing merata lah sampai ke Gelugor dan akhirnya aku masuk speedmart mintak kotak dan dapat kotak beer. Boleh lah. Sebenarnya aku tak perasan kotak tu kotak arak, masa nak pos baru perasan. Hahahaha

Masa aku ambik kotak ni, memang aku ingat ni air apple cider. Tapi masa dah nak pos baru aku perasan dia alcoholic. Aku snap gambar ni dan hantar kat Leon dengan nasihat "tolong jangan excited ni air apple cider yer, ini chemicals"
Dan lepas setel semua urusan, aku terus pecut ke Feringghi. Dan yeay!!!! Jumpa pakwe lama...
Hehehee
Masa hari 1st.. Event ni 2 hari ja.. 
During dinner. Aku je poyo nak tukaq2 baju time dinner. Depa relax ja
Masa makan ada participant from Taiwan mai duduk semeja... And dengan ceria nya join gambar kami.. 👯
Ini sourvenir yang Prof bawak. Biskut ni rasa dia macam biskut butter tapi packaging A+
Ini tak sure menatang apa sebab aku tak berani makan and aku bagi dekat chinese kawan husband zilah ka apa tah. Aku dah tak ingat aku bagi kat sapa menatang ni.
Overall, aku tak sure apa perasaan sebenar aku time tu sebab benda ni pun dah setahun dah. Dan masa tu jugak maybe aku excited dan berdebar nak ke Singapore for next project. Itu akan ada blogpost sendiri.

No comments: