Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Friday, July 22, 2022

Dugaan sebagai postgraduate student

 Hai..

Hihi

Aku kan, ada sorang kawan dari sirim yang sedang sambung belajar as master student. Dan alhamdulillah, dia pun dapat kebenaran as fulltime student, dan yang paling best adalah dia buat master di USM, Kelantan juga. Tapi, dia takda la fulltime terus di Kelantan, dalam tempoh study ni cuma 2 bulan lebih je dia stay Kelantan untuk a small portion of study yang melibatkan sampel darah, and the rest of the study dia buat di sirim shah alam.

Bila aku tengok dia, aku terkenang the younger me semasa tengah buat master. Bila tengok dia stress, nangis, rasa nak drop-out, memang mengimbau nostalgia sangat. Aku cakap kat dia, you are lucky since you met me during this journey. Ada orang yang boleh consult and give motivation. Sekurangnya semasa you sambung belajar ni, you ada a clear direction, a supervisor to guide and to look up  if there is problem. 

Masa aku sambung master dulu, aku takda specific projek, aku kena buat semasa hujung minggu atau ambik annual leave sebab boss aku tak bagi aku campur aduk kerja hakiki dan personal (dia consider master as personal matters aku walaupun at the end of the day SIRIM guna master aku untuk kpi syarikat PHUIIIIIII sangat). Aku dulu terkontang kanting, taktau nak buat apa, taktau apa2 and there is nobody yang aku boleh get an opinion. Sadis gila. But, that what shape me who i am today. Harini, aku boleh bagitau the younger generation yang nak sambung belajar, what is the sequence and consequences of every decision yang you akan ambik. I've been there, and I know where it will lead you to. 

You takkan belajar banyak benda dari orang yang berjaya, yang hidupnya with one try terus berjaya. Sebab dia taktau what is the tricky part. Tapi you boleh ambik iktibar dari orang yang berjaya after few trials on how to avoid and overcome the tricky parts.

Macam aku, walaupun kadang-kadang aku berjaya in one try, aku tetap akan jumpa orang-orang yang masih belum berjaya yang satu batch dengan aku untuk tanya which part yang depa tak lepas and what is the trick, so that bila orang tanya aku cemana aku boleh berjaya, aku boleh bagitau the lesson learned. Apa yang you kena bagi extra attention. 

My friend ni, dia ada masalah dengan supervisor. Garang nak mati SV nya pun. Aduh. Kita yang dah bekerja ni, bila sv layan macam budak sekolah yang taktau apa2, pastu dok kata kita selow bebenor, bodoh bagai benda mudah pun tak reti2, memang kecik hati la kawan. Hari-hari la menangis bengkak2 mata nak balik shah alam, taknak sambung dah belajar. Aku boleh gelak je la. Gelak dalam hati la tapinya, gila nak gelak depan dia mau nangis terus betul2 drop study pulak nanti.

Aku cakap kat dia, aku nampak apa yg ko hadapi ni kecik sebab aku dah hadapi. Tapi aku paham perasaan ko. Ko orang yang tengah lalui. Tak sama feeling orang yang tengah lalui dan orang yang dah lalui. One day, bila ko dah grauate, yang ko akan ingat hanya lah moments ko viva. Apa yang ko sedang lalui sekarang, percaya laaaa, ko dah tak ingat kesakitan yang ko lalui sebab dah ditutupi kegembiraan masa berjaya graduate. 

Dan, doa kan la, asbab kesusahan yang sedang dilalui ni, panel-panel masa viva nanti dilembutkan hati dan ko berjaya viva dengan cemerlang, at least dapat minor correction.. Kita tak tau, mungkin ini la cabaran yang Allah bagi untuk mudahkan urusan kita masa submission tesis. So, you decide la nak doa macam mana. I.Allah pasti dipermudahkan. 


Aku pun kalau mudah banyak benda, terus jadi takut. Apahal macam mudah sangat ni!

No comments: