Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Monday, September 15, 2014

Selamat ulang tahun kelahiran

Selamat ulang tahun sayang!!!!

Rasa malu pulak bila terima phone calls, smses, wasapes dan wishes kat fb.. rasa macam tak sesuai.. auww..

Ya, ini ulang tahun ke-29.. Tua kan.. serius rasa macam tak percaya.. Terima kasih ya Allah atas nikmat usia ini.. semoga pertambahan usia ini akan menjadi saham akhirat yang bermakna untuk saya dan kedua ibubapa. Semoga usia yang berlalu adalah dalam keredhaan-Mu.. Semoga dimakbulkan semua doa-doa yang baik selama ini.. Dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan kerjaya dan belajar, dikurniakan pasangan soleh, dan paling utama supaya dapat menjadi anak yang solehah..Banyak mintak, tapi nak usaha tu tak setara mana, malu sangat aih...

Sekarang terlalu sibuk dengan urusan kerjaya dan belajar.. Sedaq-tak sedaq dah 15 September, baru teringat kena renew lesen.. Nasib baik kerajaan bijak. Kalau tak memang melagha sampai hujung tahun la jawabnya..

Oh ya, next week akan getaway ke obesi.. Plis pray for my safety...semoga dapat selamat pergi dan selamat pulang.. Serius tak sabaq.. will cerita more after get back to work..

Bai..

Lastly, happy birthday to you Hidayah,..

Sunday, August 10, 2014

Selamat Hari Raya 2014

Assalamualaikum.. Happy Eid Mubarak ya kawan-kawan...


Teheeeeee dah hampir nak masuk minggu ke tiga raya baru nak hapdet. Nampak sangat bizi bebenor berjalan raya sangat banyak bergosip sampai takdan nak update.. kihkih.. Takdak la, budak baik mana nak gosip ja.. Gosip tu ada la dalam 5% waktu raya sebab gosip 95% dalam group whattsapp.. Haha.. Beraya dengan kawan-kawan sekolah banyak benda yang dibincangkan lebih kepada hal peribadi. Menkala kata yang geng beraya tu pun tiga dara pingitan (nama grup kami) maka apa la sangat topik anak dara. Tak habih2 cerita pasai masalah tempat kerja, masalah nak tukar kerja, masalah rumah, masalah kereta.. So kami takdak ye cerita pasal susu anak yang terbaik, macam mana nak urus anak kencing malam, macam mana nak handle suami asik nak beli kereta baru la gila pasu bunga la (bagus punya suami) suami .......... So, kami lebih kepada masalah peribadi yang kalau orang dengaq nanti orang kata “eleh, masalah kecik pun nak bincang macam masalah negara”.. itu la,, semua orang ingat masalah kami maslaah kecik.. depa xtau, ni tak tidoq malam tau dok pikiaq masalah kecik ni...


Ok, now kita tengok haktibiti yang saya dah join ramadhan 2014. Sori, cik hidayah bukan nak kepochi tapi tulis kat sini supaya ingat wat hapen yang menarik sepanjang tahun. . So, xperlu nak soksek soksek kata kami ni nak menunjuk eh!


Ramadhan takdak la apa yg menarik tapi kali ni ramadhan terakhir sadis sebab masing-masing terperangkap dalam jem maka yang sempat buka posa kat rumah mak Cuma 4-5 orang. Gila xmeriah macam selalu.. Selalunya hampir 20 orang boleh berbuka. Semua sampai rumah after dah berbuka.. Melulu cari makanan berbuka, sib baik cik hidayah masak spageti tuk berbuka. Tahun ni, pertama kali dalam sejarah la bila mana cik hidayah tunjuk skill buat kue raya.. Huiyoooo, raya ketiga licin k semua kue raya yang i buat.. Gila lah sedap kue raya i.. Sampai kena seal sebab nak simpan raya kedua. Bila cik hidayah congak balik, kos nak membeli kue siap dan kos nak membuat kue sendiri, nampaknya kos kue sendiri sedikit tinggi. Biasa la, sapa suruh beli barang kat tesco kan.. Lain kali beli kat mydin k, murah sikit.


Sepanjang ramadhan, ada dua aktiviti utama yang saya dan kawan-kawan join or conduct. Satunya saya join jadi sukarelawan untuk pogram Nisa’ Raikan Raya bersama anak yatim sekitar kedah. Ingat tak tahun lepas untuk pogram yang sama saya dapat adik Haron.. Haaa, tahun ni saya dapat adik Syafik.. Beza rupanya anak yatim yang dibesarkan kat rumah anak yatim dan anak yatim yang dibesarkan di rumah oleh mak.. Hati saya lebih kepada anak yatim yang dibesarkan kat rumah anak yatim. Haish, menaip ni pun mata dah berkaca, tisu sangat cik hidayah ni.. Taknak la kecoh-kecoh tapi saya cukup tak gemar kalau orang kata anak-anak rumah anak yatim lagi dapat banyak bantuan berbanding anak yang ada ibu bapa. Walhal, kita ni hanya mampu bagi bantuan je, kita tak mampu pun nak bagi kasih sayang. Apala sangat bantuan berbanding kita duduk kat rumah mak ada orang tengokkkan sakit pening, ada orang yang kita boleh nak mengada-ngada berbanding anak-anak yati  kat rumah anak yatim yang hidup bergantung kepada penyelia. Sebab tu saya suka slogan Ustaz Hasrizal “Erti hidup adalah pada memberi”. Sebab tu setiap tahun kalau boleh nak ada satu pogram bersama anak yatim yang saya dapat conduct. Alhamdulillah, tahun ni kawan seopis saya Nurazilah banyak membantu. Walaupun berdua ja, tapi bagi saya kami dah berjaya realisasikan perancangan saya. Zilah banyak membantu, cari dana dan sediakan goodies. Dan tanpa disangka-sangka Allah gerakkan hati Rohaizu untuk tetiba ja disaat dia sangat sibuk writing final part thesis Phd nya, tetiba ja dia sms nak datang rumah. Ya Allah, tak tau saya nak cakap betapa besarnya hati saya untuk menyambut kedatangan eju. Eju la yang teman saya pegi beli barang untuk masak koktail dan spageti dan eju la yang proses semua barang dan eju jugak yang masak semua benda, dia bagi saya tolong sikit-sikit ja.. Big hug untuk eju.. Betullah, kalau niat kita baik Allah akan hadirkan orang yang baik untuk membantu kita.. Syukur sangat eju datang kulim walaupun dia sendiri taktau tarikh saya nak buat pogram anak yatim (sebab saya Cuma bagitau perancangan saya time xdak tarikh lagi dan kami langsung xsentuh isu pogram saya bila kami kontek sehari sebelum tu). Saya klasifikasikan pogram saya sebagai berjaya. Thanks zilah dan musri sebagai penyumbang terbesar, eju sebgai tukang masak terhebat serta cupin dan nasha sebab sudi memeriahkan majlis sebagai photographer dan abang long.. Even tak ramai yang turun padang tapi saya puas hati.. Insya Allah, walaupun tahun depan mungkin lebih mencabar as zilah dah jadi ibu dan eju dah balik melaka untuk bekerja, saya pun tak tau adakah saya akan masih kekal di kulim.


Ok2, cerita part hari raya. Lepas solat sunat raya (tahun ni saya dengan kakak sulung dan anak sedara ja sebab kakak lain demam dan sakit urat teruk menjahit dan berniaga bulan puasa), saya dan kakak pusing beraya kat rumah jiran berdekatan surau. Lepas tu balik rumah tengok-tengok ayaq masih takdak.. Hangin betol la. Sada bermasalah betul tahun ni. Dari jumaat sebelum raya lagi kami tak dapat bekalan air paip. Sampaikan ahad hari buat lemang tu saya terpaksa kol sada mohon hantar bekalan air. Malangnya air yang sampai kaler duit raya RM10. Choi sangat. Dah la kat rumah saya bila time raya ada dekat 30 orang yang akan berkampung sampai raya ketiga. Jadi, bila hari raya, tak boleh nak mintak budak-budak tolong kemas dapur sebab dpa bukan reti nak jimat air. Makcik ni la yang conduct dapur. Kami tak sediakan makanan raya kali ni sebab boikot takdak air. Hahhaa.. Tak sesuai langsung kan.. Mungkin sebab ni la kue raya i habis licin. Malam raya pertama dan raya kedua kami berkonvoi ke rumah kakak-kakak yang berdekatan untuk makan malam dan masak sedap-sedap makan raya kedua. Air tu takdak sampai raya ke enam. Bayangkan hampir sepuluh hari tak dapat bekalan air paip. Air paip Cuma berjalan sekitar pukul 2 pagi sampai 7 pagi. Kesian mak, dia la yang terpaksa berjaga untu tahan air nak mandi dan ambik wuduk sebab orang lain dah tidoq terkangkang dah sebab letih.


Cerita bab takdak air di hari raya buatkan rasa macam nak simpan duit beli SPRITZER botol besaq satu carton, macam pakteh. Katanya bapak sedara saya ni beli ayaq mineral SPRITZER berbotol-botol di malam raya untuk masak dipagi raya. Tak kuasa den, datang rumah i makan kuih samprit dengan ayaq buah tin sudah.


Anak sedara saya ada berpuluh orang. Bila nak bagi duit raya, kena tulis nama siap-siap kat envelop, kalau tak nanti ada yang tak dapat, ada yang dapat dua kali... APTB.. So, bila tahun bertambah, umur makcik depa pun meningkat, bilangan yang nak dapat duit raya dah berkurang daripada puluhan kepada belasan... YEAY.. Ok lagi bab duit raya, dua tahun lepas raya kedua merasa kami bermalam kat spital sebab budak-budak ni exciden berjemaah.. Hurm.. Tahun ni pulak dihari raya pertama, depa buat hal lagi. Tengah syok berehat lepas penat basuh pinggan sementara nak tunggu zohor tetiba nampak segerombolan budak lelaki perempuan kanak-kanak awal remaja berlari sekuat hati macam kenaligan dengan orang gila.. Terkejut saya dan semua yang tengah bergosip ni kat rumah. Apahal bebudak ni.. Rupanya.. Tau depa buat apa. Depa panjat pokok rambutan depan rumah mak saya, bukan setakat panjat siap goyang-goyang lagi. Buah pokok tu pulak banyak, merah ranum. Nak jadikan cerita, mak lupa nak pesan yang kat pokok tu ada sarang tebuan.. Hahahaa.. Sorang memang bengkak satu badan sampai kepala, dua lagi lemak banyak plus takut jarum buat2 tak sakit, yang lain-lain sempat selamatkan diri,.hahaha.. Padan muka! Kena sengat dengan tebuan. Nak macho dah tak boleh, terpaksa la kami hantar ke hospital. See, raya ni pi spital lagi.. Hai la.. macam-macam. Rumah tu tak pernah la bila raya tak meriah. Takda tetamu pun makanan licin. Budak-budak ni bukan nak meraya ke rumah orang, kalau pegi pun lepas sebiji rumah balik minum air kat rumah lepas tu sambung beraya pulak, bila lapar balik makan kat rumah... Tak paham haku...


Teringat kisah raya memang senyum sorang la. Walaupun kawan-kawan mengadu penat mengadap jem nak balik kampung, satu ja kata-kata saya kat depa “APA LA SANGAT RAYA TANPA MENGADAP JEM”.. Kan??? Setuju??? Hihihihihi




Selamat hari raya, minalaidilwalfaizin!

Thursday, July 17, 2014

Dah tengah ramadhan, ponat asik lena jo

Assalamaulaikum..

Cemana semua?Ada baikkah, gastrik kah, kayap kah.. eh kayap pulak.. Hihi...


Sat sangat dah nak masuk syawal.. ramadhan ni mai keja balik keja dah tetiba nak masuk waktu berbuka.. Balik terawih dah nak tidoq dah sebab esok nak bangun masak soq...masak tu, up diri sangat nampak dayah..


Bukak news feed memang penuh update isu Ghazah.. Memang setiap kali baca update samada dari aqsa syarif atau muslim care atau dari sharing sesapa pun mesti akan tersedu.. Ya Allah.. beratnya tanggungjawab mereka.. Menjaga Al-Aqsa supaya tidak diceroboh.. Wang memanipulasikan manusia.. Kalaulah saya banyak wang, teringinnya nak buat sesuatu di sana.. Setakat ni tolong setakat termampu je la... So sempena dengan raya nak menjelma tak lama lagi, kurang lebih 10 hari, maka saya akan jual semperit dimana keuntungan akan disalurkan ke tabung viva palestin di bawah muslim care manakala jualan kerepek pisang akan disalurkan sebagai hadiah goodies bag dan sedikit duit raya kepada anak yatim BEDAYA KULIM. Alhamdulillah ada kawan-kawan yang sudi dan sanggup membantu bersama. Ya, semua tahu rumah anak yatim mendapat bantuan dari JKM. Mungkin dari segi kewangan BEDAYA masih gagah menjaga anak-anak ini, tapi JKM tak mampu nak bagi kasih sayang. Saya pernah mengaja sukarela di rumah anak yatim. Saya pernah dipujuk rayu adik disitu supaya tolong dia balik tinggal dengan mak.. Kesian, sedih, pilu semua ada dalam hati ni.. Mereka mungkin mewah dengan berbanding dengan anak lain yang tinggal di rumah dengan ibubapa yang kurang mampu. Tapi membesar tanpa kasih sayang yang sempurna dari ibu bapa bagi saya sangat sadis.. Dia tak sama dengan anak yang dihantar tinggal di asrama dengan anak yang dihantar tinggal di rumah anak yatim.. Bagi saya totally different walaupun dari beberapa aspek ada persamaan. Diharapkan sumbangan yang tak seberapa ni dapat menggembirakan mereka.  Oh, kalau korang satu opis dengan saya, boleh la pas duit or makanan or kain pelikat ka, kopiah ka, anything like sikat, minyak rambut, untuk disalurkan... Bergantung.. Patutnya bagi awal ramadhan supaya depa boleh guna, tapi dah tengah ramadhan baru toing idea nak bagi sesuatu kepada anak yatim timbul...


Untuk membantu Gaza, tak mampu lagi nak mengangkat senjata ke sana.. Cuma doa dan sumbangan supaya mereka tahu kita seluruh dunia ingin bersama membantu.. Beruntungnya depa di sana.. Mati dalam keadaan syahid. Saya tak pernah ke Ghaza jadi tak boleh nak ceritakan secara details. Tapi saya baca buku ustaz Dr Ridzuan Mohd Nor, aktivis yang juga penulis dan penerbit buku. Aktivis kemanusiaan ni memang perlu ada sumber kewangan sendiri. Jadi tugas kita la untuk support mereka.. Saya selalu baca tulisan Saiful Nang (admire dengan pendekatan yang beliau ambil).. Bila kita nak membantu, lakukan melalui perniagaan supaya orang yang kita nak bantu tak dilihat seperti meminta sedekah.. Sebab tu saya pun guna pendekatan yang sama. Niaga kuih supaya untung dapat digunakan secara bermanfaat.. Ok, korang boleh tiru method manusia-manusia hebat ni.. Oh, method ni pun sama macam method yang digunakan oleh Allahyarhamah Datuk Sh. Aini, bisnes digunakan untuk bantu anak yatim.. Yang penting bisnes tu halalan toyyibannnnn.. Oh sedis ingat tokpah, untung ada anak hafiz, dah la hensem pulak tu..kikiki.. Hai Abang Aliff.. ;) 


Kat opis kan... opis saya tu.. Haaaaa.. nak buat luahan la ni... bulan puasa nak buat luahan pulak ken.. tapi bulan puasa ni menag banyak benda la yang menduga.. asik nak marah ja.. Saya ni suka cipta skrip dalam hati, simpan dalam otak tapi mulut bisu.. Nak bagi cadangan, tapi pikiaq macam2.. Takpa.. One fine day kena cakap jugak..


Oh baju raya, oh kuih raya... dalam banyak2 persiapan raya, hajat di hati ni teringin sangat la nak dapat duit raya.. haha.. seriyes.. Dah dekat 10 tahun xdapat duit raya.. Tak kisah la pasal baju raya semua, kuih ka, makanan best ka,, yang penting dapat duit raya,. Baru la mengimbau kenangan silam.. Takda ka orang nak bagi? Bak sekupang.....



Tak nak bagi sudah, duit i pun penuh dah dalam bank sampai bank kol suruh pi ambik balik tanam dekat pokok pisang.. Ok Ca..Cincau..

Wednesday, July 2, 2014

Ramadhan Kareem 1435H

Assalamualaikum,


Salam Ramadhan Al-Mubarak semua.. Alhamdulillah.. cepatnya masa berjalan.. harini dah 5 ramadhan 1435H, dengaq kata felixia yeap akan menjadi seorang muslimah harini. Alhamdulillah, ahlan wa sahlan...semoga jalan yang dipilih ini akan menjadikan ramai lagi masyarakat sebangsa beliau mengikut jejak langkahnya..


So, what next???.. Actually bila tak start menaip banyak benda sangat dalam kepala sakti geliga ni tapi once dah depan lappy terus blank taktau nak tulis apa. Ok, start dari ramadhan ni la.. Ok, kali ni saya nak menjual semperit.. Sedap, lemak, crispy dan cair bila dah 2 minit di mulut (means ketahanan tensile dia sedikit tinggi, read: rapuh)... So, do contact me k.. btw, semperit ni bukan setakat musim raya ja, hari biasa pun bekalan sentiasa ada..


Next?... erm, menu berbuka... Ya, kali ni macam tahun lepas jugak, tak langsung memasak or membeli di bazar. Actually part membeli di bazar tu last membeli tahun 2010 kot.. Lepas tu memang memasak ja, even yang simple pun takpa asalkan tak perlu cium ketiak timbunan manusia kat bazar tu... Then start 2012 dah mula berbuka kat masjid sekali sekala.. 2013 memang tiap hari bedal kat masjid jer.. So, 2014 ni harapnya istiqamah.. Kalau korang tak pernah berbuka kat masjid, sangatlah disyorkan untuk di mulain.. seriyes seronok.. Selama 2 tahun ni saya berbuka sorang ja kat masjid.. Tak susah, sampai masjid, masuk solat tahiyatul masjid, aminkan doa imam, then pegi ambik makanan yang dah terhidang, then makan (tak perlu nak sembang ka hapa), bangun letak pinggan atas meja, pegi ambik wuduk kalau terbatal, then solat magrib jemaah... Simple and sederhana.. Paling best sebab tak perlu tolong hidang and basuh pinggan.. Tak tau la sapa yang sedia and basuhkan semua.. rasanya ada kariah kot yang sediakan semua.. Pastu part basuh pinggan banyak ja budak2 yang volunteer.. Bagus sangat kan budak2 ni, pandai cari pahala lebih, ringan tulang sunggoh..


Ada orang kata, jimat la berbuka kat masjid.. hahahahahha.. senyum ja, tak perlu nak tegakkan benang yang basah.. Actually ia terpulang.. kalau rasa nak pi makan saja boleh, nak bayar pun boleh.. Banyak tabung derma yang disediakan di pintu masuk.. Its up to you.. Takda sapa pun paksa untuk menderma.. Berbuka di masjid lebih besar dari sekadar berjimat.. Kalau hanya part berjimat yang orang pandang, maka jimatlah yang anda dapat.. Tapi kalau dipandang dari banyaknya masa untuk bertadarus, solat berjemaah dan makan secara sederhana maka ia akan memberi dimensi pandangan yang berbeza. Ia bergantung kepada keadaan mata yang memandang. Lagipun, kalau berbuka di masjid tak perlu nak pikir pasal menu nak masak dan air apa nak minum. Kat masjid biasanya la ada dua lauk ja dan air teh o panas. Kalau ada hamba Allah nak sedekah makanan bertambah la lagi menu, kalau tak, makan la apa yang ada.. Simple dan tak berat punggung nak solat. Paling mahal bagi saya adalah masa untuk berjemaah dan bertadarus.. Kadang kita Cuma pandang pada part yang kita rasai hari2, sesekali pandanglah guna kanta confocal microscope, mungkin kita akan nampak imej yang lain...


Oh, sebenarnya nak share pasal topik yang saya dok pikiaq setahun dua ni.. Actually pertumbuhan anak dipengaruhi oleh siapa ibubapanya.. Dah lama mencari bahan, kekadang lupa kekadang ingat, Cuma lately baru nak fokus semula.. Dolu2, saya memang nak cari orang yang ada basic arab and boleh membaca alquran dengan hukum tajwid yang superb.. Memang nak yang pernah belajar sekolah arab ja.. ceewah.. demand kan?... Then, pengalaman mengajar bahawa perlu ada nilai tambah lain yang perlu di beri perhatian besar.. Takda manusia sempurna, walau belajar arabic segala, tapi akhlak perlu superb jugak.. Then, misi diteruskan sampai sekarang.. (what r u trying to say hidayah?) Ok, back to keypoint.. Saya tengah study buku Cerita Cinta Ahmad Ammar dan Pahitnya Jadam.. Buku pahitnya jadam pasal Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz Nik Mat.. Haaaaaa.. fair and square kan. Dua tokoh yang superb bagi saya.. Tapi kenapa tak baca buku pasal anak Mahathir atau anak Najib? Oh, saya kan nak stady pasal manusia superb.. mana boleh ambik sebarangan manusia.. Memang dua orang ni memberi nilai tambah bahawa perkembangan sahsiah seorang manusia terbentuk dari rumah. Menjadi anak kepada seorang yang bernilai dalam masyarakat membentuk mereka menjadi manusia yang lebih tunduk dan berhati-hati. Tapi penat baca buku Ammar, penat tahan sedu sedan, penat lap ayaq hidung.. Dia manusia biasa yang bila saya baca kisah hidupnya Allah campakkan perasaan seperti dia sangat istimewa.. Mak dia cerita biasa ja, tapi saya baca prakata pun dah mata kabur.. Hai la, tisu sungguh hati ni sekarang.. Bagi mereka berdua, ayah adalah insan yang sangat mempengaruhi kematangan mereka, cara mereka dibesarkan dan siapa yang mereka jumpa sepanjang dibesarkan. Saya suka dan jatuh cinta dengan orang sains yang berseni, yang menjadikan seni sebagai karier walaupun hebat dalam bidang sains.. arghhh, cemana yer nak describe.. Ok, nanti saya bagi contoh, bila dah dapat contoh yang terbaik...


Saya suka pandang sesuatu dan harap sesuatu secara perfect.. (Padahal hang tu orang kampung bendang ja hidayah oiiii).. haha.. payah sebenarnya, bila kita put too much hope then kita kecewa.. Macam kerja, mengharap dapat naik pangkat tapi task ja yg makin bertambah, pangkat dok tang tu jugak.. hahha.. Nampaknya, mostly aim saya tak tercapai kecuali nak ada career development. Since dah dapat surat approval for e-science punya project, means salah satu doa saya dah dimakbulkan walaupun saya dah boleh nampak laluannya sangat berombak setinggi pokok nyoq, berliku berduri macam pokok bunga ros, tapi one thing yang kena set dalam minda adalah takda jalan mudah untuk berjaya. Tak perlu nak impress kan sesapa, just do my best supaya diri sendiri berpuas hati sebab takda orang nak tumpang bayar duit kereta pun kalau kena buang kerja nanti. Walaupun terasa tak dihargai bila takda achievement dalam grade personal tapi at least im proud of myself. I proved that i can be as best as the others... Yang penting aku hargai sangat diri sendiri.. So, lets treat and reward with something special pas raya k.. Krabi wait for me!!!!


Soalan yang sangat mengdownkan diri adalah, Dayah bila nak habis master?  Hahaha.. serius mood swing time tu.. hahaha... of cos kalau boleh nak habis tahun lepas lagi.. But, saya merancang tapi ada perancang yang lebih hebat.. Then, kita tengok secara positif and jangan terlalu menekan diri.. Sebab... Sebab.. ingat yer sebab ni, Kita Akan Dapat Apa Yang Kita Hendak.. So, niat awal sambung belajar memang nak learn.. So, im in learning process know.. Terasa sangat semakin hari semakin belajar.. Belajar yang paling penting adalah belajar menjadi sabar.. Sabar adalah masterkey kepada banyak key lain.. Sampaikan supervisor sendiri pernah kata dia kagum dengan daya tahan saya... hahaha... Kena maki hamun dengan dia pun masih belum drop lagi.. Sakit hati bila ingat part maki hamun tapi bila ingat part kita berusaha nak capai tahap yang dia hendak tu jadi positif semula.. I still dalam process nak menjadi chemist not technologies.. Back to basic dalam chemistry.. Understand the fundamental.. Teory kena kukuh.. Its tough actually.. Really tough and kekadang rasa nak jatuh dah, bertahan sikit ja kat tembok2 tu...


Hish jauh plak merepek.. Selamat berpuasa semua.. Happy fasting uols.. Maafin kawe k. Doakan yang terbaik untuk kawe.. semoga sihat dan bahagia... Aminnn..




Wednesday, June 18, 2014

testing hapdet

Testing... testing ... testing...testis...opsss silap...

melucah dalam bahasa sains pulak.. sori darling..


payah jugak rupanya update tru fon ni.. cewah.. sebenaqnya nak habaq kata update guna fon. Maklum la pestime.. haaaa habaq lagi kata update guna fon.. lepaih ni senang la nak hapdet.. guna telefon murah pun boleh. Mengkala kata kat opis dh ada free wifi merata ceruk... why not kita gunakan bagi mengisi masa yg ada sementara dok tunggu mendalah mesin gedabak ni dok scan sampel...

eh dah habih scan... babai...fokus..fokus..fokus..

Saturday, June 14, 2014

Lamanya La...

Assalamualaikum..


Hai ebelibodi.. 

Otak berkarat dah.. concentrated dengan ayat teknikal.. ceewah.. too much la sekarang nak kena pikir.. thesis lagi, proposal lagi, slide show bombastik terbabooom lagi, method skematik lagi, nak cantik lagi, nak kurus lagi.. ish too much.. Dalam pikiran ni, yang terpaling penting terpaling atas terpaling priority adalah KEKURUSAN... Kamon Hidayah.. Semak la tengok almari penuh dengan baju dah macam sarung nangka.. its too much.. pelis la...

Tahun 2014.. Well.. entahla aku bagitau ke tak yang tahun ni aku mulakan dengan penuh keserabutan. Serabut semak sampah lemak semua ada la.. Semak dengan master (nope, semak dengan supervisor sebenarnya), semak dengan kerja (paling semak samun lalang sampai dah jadi pokok serai).. semak dengan amalan hidupku hihihi i nampak macam nak menunjuk baik ka- ha ni paling semak.. amalan ni paling semak sebab tetiba aku dah jadi malas nak g kelas tajwid, week by week aku start ponteng kelas dengan alasan ustad selalu tak punctual datang ngaja (kuang ajar kan anak murid guna alasan ustad sebab taknak pegi kelas, then now slowly aku dah buat keputusan macam nak stop jap kelas arab sampai habis ramadhan... serabutnya la.. kenapa la malas ni nak sangat berkawan baik dengan aku, kenapa malas nak sangat adore dengan perempuan gemuk macam aku, no wonder la orang selalu kaitkan malas dengan gemok.. shuh la malas.. lu pi main la jauh2, wa manyak susah tau lepas mati kalau lu asik nak kawan dengan wa...

Aku nak share sikit.. Taun lepas beria aku siapkan proposal nak g training pasal quantum dots kat sheffield, UK. Siap dah ada tempat nak stay 3 bulan kat sana, dah bayang nak makan apa nanti supaya balik Malaysia semua orang pengsan sebab tetiba aku kelihatan sangat seksi kekurusanku.. Tapi biasala, dapat surat bahawa aku ni masih lagi penting berada di Malaysia. Yela, aku paham. Public figure macam aku memang orang payah nak lepas, sangat penting untuk industri hiburan Malaysia. Payahkan jadi orang cantik macam kita, eh macam aku... Pastu tahun ni aku tertarik dengan New Zealand.. Dah semangat ni siap semua flight ticket dah dapat quotation, dah penat berbalas emel dengan Dr. kat sana, tak larat balas emel kami ber skype pulak, tak clear dengan skype dia siap kol lagi, then suddenly Dr. tu bagitau aku tak diterima due to insurance issue..

Bagi mengubat hati yang kecewa lara terluka, aku ber escape di teluk bahang.. Tempat tu sangat ohsem, highly recommnded.. Cumanya toksah la pi time cuti sekolah macam aku.. Manusia berpusu pusu macam nak rebut tudung Fareeda.. Cuma bila aku guna laptop yg tak boleh bluetooth, aku menjadi lebih banyak beristigfar.. Nak transfer gambaq punya la azab.. Next time la. 

Tahun ni aku dah ke ganu.. Yup, shima hosmet lama aku kawen, tapi aku pi 3 hari sebelum kenduri. Stay 2 hari bagi merasai saat bahagia bekas teman serumah. Tak mampu aku nak tunggu sampai kenduri sebab kenduri shima bertindih dengan kenduri sepupu. Kami perlu berkampung di Jitra. Fun sebenarnya berkampung dengan sedara, mentelah dok jumpa pun dalam grup wasap je la selama ni. Lain feeling dia antara jumpa melalui bait kata dengan jumpa sambil mata bertentang mata...



Selamat membina keluarga sakinah yang diredhai Allah buat Hasimah (kawan i) dan Azrin (kezen i).. Semoga rumahtangga yang di bina akan menjadi aset berharga yang membawa ke Jannah. Selamat menempuh pahit manis kehidupan berkeluarga, selamat bertoleransi dan semoga setiap perkara yang mendatang dihadapi dengan bersangka baik.. Bagi insan yang hidupnya dihantui dengan formula kimia dan persamaan seimbang, sangka baik adalah satu method terbaik untuk kita mencorak kehidupan dengan lebih kalerful. 


Walaupun aku taknak sentuh pasal keja tapi aku nak jugak cakap satu benda. Aku suka kulim, aku suka tempat keja aku (serius betul) tapi aku masih berusaha supaya aku suka dengan persekitaran ditempat kerja aku sekarang.. Masih berusaha mencipta situasi gembira datang ke ofis setiap pagi. Betapa ramai kawan aku yang bila berubah arah angin depa lebih bersemangat dan bermotivasi. Aku masih menimbang baik buruh tapi aku masih belum mendapat konklusi, sukar rupanya menjadi perempuan yang hanya nak berlalu mengikut arah angin. Naluri dan arah anginku berbeza, tapi aku tak daya nak memilih. Hakikatnya aku masih ditempat sama tapi berusaha menjadikan diri lebih bermotivasi dan berinspirasi. End up aku kat depan laptop dok karang karangan yang anak aku baca sepuluh tahun lagi konfem pandang aku angkat kening sebelah sambil dahi berkerut... 

p/s: Anakku, ketahuilah, walaupun sekarang ibu mu adalah usahawan berjaya, namun suatu ketika dahulu ibumu hanyalah buruh kasar yang menikmati cuti hari buruh pada 1Mei setiap tahun, bersyukurlah dengan kehidupan kita sekarang setelah ibumu tidak lagi menjadi buruh kasar kerajaan seluruh malaysia...




zzzzzzzzzzzzZZZZ... nunite

Friday, April 18, 2014

oh yeah!!!!

Assalamualaikum...fuh... fuh...fuh..(tiup habuk sikit-sikit ni)

Lamanya tak update.. blogwalking setiap hari tapi sejak aktif (aktif la sangat) di instagram, malas betoi nak update blog. But still rindu giler nak menulis n share and simpan sesuatu di naufalengine ni..Since laptop yang di gunakan ni tak boleh bluetooth makanya banyak la gambar yang tak dapat di upload. Malas la nak transfer bagai. 


Hari ni, ok dah masuk 18.4.2014, semalam karpal singh meninggal, dan dah sebulan lebih kapal MH370 hilang dan kemungkinan untuk ditemui mungkin tipis.. Malas la nak kaitkan dengan segala konspirasi sebab sememangnya saya langsung tak berminat nak baca isu konspirasi tu semua. Semakin baca menjadi macam semakin kagum kononnya US tu hebat. Kejadahnya nak taip panjang-panjang, lastly kesimpulannya "ini semua adalah agenda Amerika"... Setakat nak buat kesimpulan macam tu, baik la pikir macam mana nak naik pangkat or dapat cari duit banyak-banyak..kihkih


Apa ya nak di tulis...

Master?.... InsyaAllah.. Doakan yang terbaik.. Saya perlukan doa dari semua orang samada yang kenal atau pun tidak.. Saya perlu jugak habiskan segalanya tahun ni sebabnya tahun depan, ada sesuatu yang besar akan datang... Jeng jeng jeng.. Maybe transfer, maybe new area, maybe new position, maybe new title, maybe new car, but opkos new Hidayah.. Orang kata, umur 30 tu memang perempuan paling cantik la time tu.. hahaha... Tak caya?? Ok, kita tunggu taun depan.. Nebes pulak...


Kerjaya... Kehidupan berjalan seperti biasa. Arghhhh


Sebenarnya tahun ni memang nak penuhkan dengan travelling. Serius. Macam-macam yang di rancang. Malangnya tak cukup kawan bujang yang available nak temankan. Serius nak vacation kat pulau yang cantik, boleh berendam dalam air masin, tengok ombak, rendam kaki dalam pasir, rasa desiran udara pantai yang sejuk kat tengah malam.... serius rindu suasana kat atas gunung... (tetiba rindu gunung, apekah???- rindu gunung ke rindu orang yang naik gunung sekali...hihihi)


Seronoknya la kalau dapat tido kat dalam chalet yang di buat dari kayu, pastu malam2 dengaq ombak menderu, tak pun sambil makan sotong bakar tepi pantai bawah candle... Pastu petang-petang makan kepok lekor sambil tengok mat saleh berjemur.. kihkihkih..


The best part adalah drive 6-8 jam ke pulau tu dalam keadaan excited giler ni pastu drive balik dengan perasaan puas hati walaupun letih nak mati.. Yup, saya paling enjoy adalah suasana dalam kereta.. Saya boleh jadi co-pilot yang setia tak tidoq asalkan pilot adalah seorang yang ada sense of humor. Ada topik boleh borak-borak, boleh share, boleh tease each other, boleh nyanyi-nyanyi, main teka teki... Orang kalau dah gayat, memang sanggup drive even 10 jam pun. Rela gigih gagah perkasa nak jugak drive even kaki dah nak cramp. OMG,,, help-help-help.. Drive balik kampung kat pokok sena yang 2jam tu pun kau dah mengeluh nak ada driver yang tak payah bayar gaji hidayah oiiii..


Lately, saya selalu sakit pinggang.. bila bagitau sakit pinggang respon orang yang tak kenal adalah, "awak tengah pregnant ke?" Cis, sandiwara apakah itu.. Ingat orang bujang gagah perkasa yang jadi Ahli Pekasa ni tak boleh kena sakit pinggang ka..Yadeiiiii

Stress boleh membunuh. Ive had a bad backpain and tak sangka bila salah satu reason yang menyebabkan penyakit itu adalah stress. Ya, muscle terkoyak atau ligamen haus pun mungkin antara punca, tapi tak syak lagi stress adalah penyumbangnya jugak. So, take care of ourself. Ramai yang perlukan kita.. Only 8 months before saya buat keputusan pasal adoption.. hihihihihi... Kind of adoption tu masih belum diterjemahkan lagi..Biarlah misteri MH berakhir dulu,.. Too much la sekarang ni.. Tetiba dengan kes culiknya,.. Warganegara prihatin macam saya ni kena la pikir pasal negara, tak boleh nak pentingkan diri pikir pasal diri sangat... Fasha Sandha yang cantik manis tu pun dah tak update instagram sebab menghormati mangsa dan ahli keluarga MH370..  See, tak sia-sia i minat kat fasha... Gimme five kak pasha.. 


Ok, esok jumaat.. Malam ni malam jumaat.. Dah g tido.. esok nak masuk lab awai... Nite ebelibodi...


Sunday, February 16, 2014

Saya & Pokok Sena - terima jer la

Yooo...ooo.. Auwwww

Dan dan tetiba jadik rajin hapdet .. Sebab tengah tengok melodi terus macam nak jadik reporter jugak la..


Harini saya ambik cuti.. Sejak 2014, sirim suruh cawangan ikut waktu berkerja anjal setiap negeri.. So, calon suami i pasni sila make sure uols cuti sama macam i ye, i taknak sorang cuti jumaat-sabtu sorang cuti sabtu-ahad, habis sapa nak teman i tengok melodi... haaaa camtuuuu...


Well pagi-pagi saya dah bangun sebab perlu ke pejabat Risda Pokok Sena. Pukul 8 pegawai risda tu dah kol mintak tunggu jap dekat pejabat dia sebab dia nak keluar minum.. ok encik, iols sanggup tunggu, sebab iols dah tunggu encik hampir 6 bulan.. iols penyabar sangat... Then encik tu dah setel minum, kami pun proceed dengan urusan masing-masing.. Kata-kata pakcik tu yang menikam jantung arjuna beta "kamu pergi dapatkan pengesahan dari senarai ni"... arghhh, ini part yang buat saya malas ni... tapi, walaupun saya malas, saya tetap tersenyum manis dan kata "baik encik"... sambil kenyit-kenyit mata kat abang meja sebelah... 


Sudah... gigi ni bila nak dressing. so, start enjin kereta terus gi klinik gigi pokok sena.. Punya la ramai.. Nak tunggu ambik no dah makan masa sejam. Lepas ambik no, saya mintak encik yang bagi no tu hold nama saya sebab nak keluar beli n makan breakfast jap.. Waaaa makan breakfast sorang2.. Lepas dah cukup oksigen baru la adrenalin bergerak pantas.. Gi isi minyak bagi full dulu (ok, bab minyak ni... viva ni buat wa tak paham,.. setakat viva tapi kena isi full sokmo.. cepat jer kering.. ada alien dok sedut minyak ka hapa)... Destinasi seterusnya adalah Pejabat Daerah Pokok Sena.. Selalu orang kata, lembap sikit nak berurusan dengan pegawai kat tempat cenggini.. So, kita cuba try test tengok.. Betoi ka dak depa ni kerek.. hamboiii, tak padan, nak ada negatif perception kat orang kan, mentang-mentang gomen. 


Saya: Assalamualaikum, saya nak mintak pengesahan untuk borang ni..

Staf pmpn: W'salam, oh borang apa ni ya.. Semua pegawai ada kat dalam. Depa ada meeting bulanan, baru stat taksat... Boleh tunggu dak. Tapi meeting habih dalam pukui 12.30 la...

Saya: Alamak, saya kena submit harini jugak. tak boleh tunggu. Cik tengok borang ni. Macam mana ya saya nak dapatkan pengesahan secepat mungkin.

Staf: Mai nak tengok. (belek-belek sambil tanya soalan. Tapi muka dia memang serius aka masam :)) Ok, sat saya cuba kol pegawai saya kat dalam.

Then keluar sorang pegawai lelaki pakai blazer. Macam CEO gayanya. 

Pegawai: Borang apa ni. Sekejap yer. (baca-baca jap).. Ok, cik boleh ikut saya untuk cop kat bawah. 

Dah setel....

Pegawai: Cik berurusan dengan staf saya ya.


Dan dia masuk semula untuk meeting. Staf lain pulak entertain dengan lemah lembut sekali... Waaaaaa... macam nak nangis.  Baiknya.  Actually saya boleh mintak ja ketua kampung tolong sainkan tapi sebab nakkan kelainan saya nak pegawai daerah sainkan.. Dan terharu sebab diorang sangat helpfull.. Full of integrity, responsibility, n so on. Sangat mencerminkan Pokok Sena.. Selama ni selalu ada bad perception dekat orang pejabat yang menguruskan masalah orang ramai hampir setiap hari..

Then as a daydreamer, saya terlepas simpang nak ke pejabat risda semula bila nak hantar borang yang dah setel segalanya. Cik Hidayah kalau tak buat something yang boleh sakitkan jiwa sendiri memang bukan beliau lah.. Selalu sangat tersalah jalan or terlepas simpang walaupun simpang balik rumah sendiri.. Simptom apa ni cik hidayah.. Simptom menghampiri 30-an ker????

Another yeay of the day bila dah buat scaling gigi.. Saya buat scaling gigi setiap 6 bulan.. Sebab gigi ni dulu-dulu suka makan sweets dengan keropok keju.. Berlubang and jarang. Now, dah putih.. Haha. Please cabut gigi next month..


Why cik hidayah macam orang tua pegi pejabat risda sorang-sorang. Actually cik hidayah kompius samada nak beli rumah or nak beli land property. So cik hidayah make another decision yang lain daripada orang lain.. Takda la lain sangat. Setakat beli small ladang secara hutang dengan bank. Then konfius pulak nak tanam apa. Kelapa pandan, kelapa sawit or getah. Tunggang terbalik baca n cari info. Malas nak pikir so cik hidayah decide getah jek la senang. After 6months tunggu results samada boleh mohon tanaman semula, baru last week orang risda pegi tengok kawasan and he end up mintak cik hidayah isi another form untuk mintak bantuan secara penuh pulak. Katanya bantuan ni hanya dibuka selama 2 tahun iaitu 2013 dan 2014. So seaiapa yang nak mohon boleh la ke pejabat risda berdekatan. 


Orang kata wajib beli rumah sebab harga rumah sentiasa dan konfem naik. Cik Hidayah tak beli pun sebab cik hidayah kan degil. Malas nak dengar nasihat orang, suka buat decision ikut otak sendiri and malas nak pikir. Pendek kata cik hidayah jatuh kategori tak mampu. Biar la. Setiap orang ada impian tersendiri and ada angan-angan nak macam mana. Cik hidayah kalau tak mampu beli BMW memang akan naik viva sampai mampu beli BMW. Cik hidayah tak mampu beli banglo akan terus menyewa sampai mampu beli banglo. Haaaa.. gitu. Takpa, nanti cik hidayah balik buat rumah dalam ladang...



Pengajaran hari ini;

Pokok sena sentiasa terbaek, orang baik-baik, paling best sebab pokok sena ada cik hidayah...

Thursday, February 13, 2014

Dunia - senyumlah padaku

Assalamualaikum...

Sebulan lebih blog ni tak terupdate... banyak cite hots dan sentaps yang tak sempat nak update.. Banyak benda nak share untuk kenangan.. Hal opis, drama-drama semasa yang kompeni buat tapi jalan cerita macam tak syok so tak layak nak masuk beautifulnara, cerita belajar, cerita mengajar, cerita macam-macam...

Cerita opis...

Saya geng merah, pakai baju kaler merah gi opis, n darah kaler merah,, kawan saya kata bila kita dalam keadaan yang terdesak dan teraniaya, baru kita akan kenal personaliti kawan dan ketua kita yang sebenar... Betol, pakaian dan perawakan luaran tidak mencerminkan siapa orang tersebut,,, sebab tu kalau nak kenal seseorang, kena la bermusafir bersama... then, kita akan tau adakah orang itu seorang yang rasional, emosi telampau atau seorang yang pentingkan diri...


Cerita mengajar

Last year saya dah start mengaja kimia form 4. Kimia quite tough. Tough untuk student la, untuk cikgu ni tough bila student tanya soklan.. Last year student saya dalam lapan orang.. this year setakat 2 orang jer.. Tu pun menggelabah jugak cikgu ni nak sediakan soalan dan silibus yang sesuai. Student sorang ni budak sekolah Badlishah, so kat sekolah katanya cikgu fully english and dia tak paham dengan sesetengah term melayu yang saya guna. So cikgu yang bijak perlu sentiasa bersedia dengan jawapan yang munasabah. Sebagai cikgu tuisyen, saya bukan nak mengajar, tapi saya nak bagi students paham konsep. Paham kenapa jadi tindak balas gitu, cerita lebih daripada apa yang dalam silibus supaya students nampak contoh dalam ruang lingkup yang lebih besar. Ok, cikgu dah mula melalut.. Saya ni cikgu yang sempoi.. Kadang tak sempat mandi pun nak gi kelas. Gi je kelas malam dengan baju keja pagi tadi bersama bau yang hazab nak ceritakan. Haha.


Cerita Belajar

Tahun ni saya masuk semula kelas arab.. Ustad pun dah bertukar.. Ustad sekarang kecik comel jer. Serius cute. Ustad muda memang la cute kan. Kat kelas mostly muda-muda.. lelaki jer yang nampak dewasa sikit. Saya mungkin dikenali sebagai yang suka buat lawak bodoh kat kelas.. Semalam kat kelas dalam keadaan mata tak larat nak buka sambil menghadam apa yang ustad tengah ajar, saya pun tanya soalan yang pada pandangan mata saya cukup ilmiah sekali:

Saya: Ustad, kami nak kena baca berapa rakaat hukum ni?

Frens: Dah stat gelak... (alamak saya baru perasan salah guna istilah, tapi kontrol dengan muka serius)

Ustad: Rakaat? hihi.. takpa saya pun selalu salah guna harakat dengan rakaat.. (sweet kan ustad i.. hahaha)

Saya: (pandang kawan kat tepi sambil senyum) Saja je sebab nampak korang macam mengantuk... (ayat kaber)...

Apa la.. buat malu kompeni jer kamu ni.. Seb baik ustad kool. wiwiwiwi


Cerita kehidupan

Berat badan masih menjadi perkara utama yang dipikirkan saban masa...ohhh, susah betul nak kurangkan berat... daku cuba tahan makan malam pun berat ini semakin bertambah. Sampaikan daku tidak dapat kenal pasti faktor apakah yang membuatkan sang lemak begitu menggilai diri ini.. hurmmmmm.. boring jadi wanita femes ni, semua nak menempel..~sighhh~


Cerita rakyat

Saya tengah mencari apa yang saya rasa kurang.. Mencari sebab kenapa diri macam begitu tamak dan rakus.. Ada ruang kosong yang perlu diisi.. Mohon doakan semoga Allah menjemput saya menjadi tetamuNya lagi pada tahun ini.. Semoga hajat kami sekeluarga dimakbulkan. Semoga impian saya kakak dan abang dipermudahkanNya.. Semoga usaha kami diganjari dengan rahmat Allah.. 

Ya Allah, kami ingin menjadi tetamuMu yang paling istimewa,,, Permudahkanlah.... Amin

Saturday, January 4, 2014

Welcome 2014

Babai 2013..

Saya suka tulis babai
tapi penah sekali type 'babi'..
haha..
kawan saya terus 'kenapa dayah??'


Welcome 2014

Bertambahnya umur, berkurangnya detik bertemu Illahi, bertambahnya tanggungjawab mencari ilmu.. semua benda bertambah kecuali masa yang semakin berkurang..


Sepanjang 2013..










Beberapa kenduri.. 4 kali jadik pengapit terhormat.. 4kali ok... 

So, 2014.... Please be good to me

Transformer... berubah..

K.. selamat tahun baru.. wish me luck...

Doakan saya dapat siapkan projek dan thesis master serta konvo pada tahun ni...



Wednesday, December 18, 2013

TESCO-kenapa orang melayu yang perlu lakukan transaksi jual babi?

Sepanjang petang semalam, otak saya asik terfikir. Kenapa? Kenapa? Kenapa? 

Bukan masalah minyak naik lagi dah
Bukan masalah tol naik
Bukan masalah harga gula naik
Bukan masalah harga bawang naik
Bukan masalah tarif elektrik pun nak naik
Bukan masalah menteri yang cakap macam budak tadika
Bukan masalah gaji tak naik-naik
Bukan masalah labwork tak siap lagi---erkk (ini masalah ni)

Saya ke TESCO KULIM. Shoping.. Suka sebenarnya shoping kat Tesco. Suka sebab kalau nak pasrking tak payah nak kena bayar macam kat giant dan kat tesco tak banyak outlet especially kedai buku. Kalau ke Giant dah la kena bayar parking, kaki mesti nak jugak melangkah ke HASANI belek buku dan rabakkan poket. Namun dalam keseronokkan berbelanja setiap bulan kat Tesco yang kononnya milik bumiputera tu, semalam barulah saya tau pasal urusniaga barangan non-halal di tesco kulim. 

Kakak cashier yang saya nak bayar tu, peramah sangat. Sebelum nak kira tanya dulu, "adik ada kad tesco tak, kalau takdak boleh isi borang ni pastu boleh terus ambik kad dan guna". Housemate saya yang baru balik Korea ni masih takda kad tesco, makanya beliau pun mula la mengapply. Sambil beliau isi, saya pulak sembang dengan kakak tu sambil kakak tu scan barang-barang saya. Kakak yang cun dan peramah tu bercerita tentang sorang makcik melayu yang beli gula sepuluh kilo. Mengikut polisi tesco kulim katanya, sorang customer boleh beli maximum 5kilo gula sahaja dalam satu resit. Cashier yang baik hati buat la 2 resit. Malangnya pelanggan cina di belakang makcik ni tak puas hati sebab beliau kena tunggu lama, dan mula menghempas-hempas barang beliau sendiri. ---haha. Apa la.. Tak sabar punya manusia.---------------- Oh, kakak yang cun tu bukan cashier yang kena mengadap cina yang dok hempuk barang sendiri tu. 

Sebagai kakak yang peramah dan tiada customer lain selain saya di situ, kakak tu stat cerita. Katanya;

cashier: Adik tau dak kurang ajaq tak kurang ajaq customer cina, kadang-kadang beli daging babi mai selamba ja bagi kami yang melayu ni scan. kalau yang bagus tu dia habaq la kata ni babi and tolong bawak masuk dalam beg plastik lepas kami scan. kalau yang kurang ajaq tu buat diam ja bagi kami pegang daging yang dalam plastik tu, kita ni mana tau ingatkan daging besa

Saya: Eh, ada juai daging babi ka kat dalam ni?

Cashier: Ada, tu kat ruang non-halal.

Saya: La, awat depa tak buat kaunter bayaran untuk non-halal. Gelinya. Kalau ayaq daging babi tu melimpah atas meja macamana? EEEEEE, awat tesco macam ni. Bagi la pekerja non-muslim jaga.

Cashier: Tu la dik. Kalau yang dalam tin pun, buat tin tu rosak ka, benda dalam tu terpercik keluaq, susah kami. Depa tak pikiaq langsung pasai kami ni.Takdak sapa nak ambik tau.


Saya taktau tesco macam ni. Ingatkan tesco ni ok. Bila masuk bab daging babi dijual secara terbuka kat pasaraya yang orang melayu memang suka pi, macam tak sopan dan tak hormatkan melayu. Tambahan pulak, tesco kulim seakan tak sensitif dengan kebajikan pekerja melayu islam. Sila lah sediakan kaunter khas untuk barangan non-halal dimana penjaga kaunter adalah bukan muslim. 



Disember 2013, bulan paling hectic bagi saya. Bulan yang perlukan banyak decision di buat, ewah macamkan hebat sangat. 

Sunday, November 3, 2013

Haron Yasin-Semoga Allah memberkatimu

Haron Yasin nak baju raya kaler hijau

We ols

Haron Yasin bersama kakak Hidayah

Benarlah, kita tak pasti betapa bernilainya sesuatu itu sehingga Allah memberikan ujian tentang erti kehilangan.

Ramadhan lepas, saya berpeluang bersama Nisa' Kedah bersama-sama dengan anak-anak yatim dari Alor Setar. Kami akan shoping baju raya. Yeay!!!! Seronok. Pukul 2ptg, semua berkumpul dekat masjid kat simpang kuala, dan bila dah semua bersedia kami bergerak beramai-ramai ke Mydin Taman Saga. Saya bawak 3 orang student medic UK yang balik bercuti semester dan adik-adik rumah anak yatim naik 4x4 yang memang turut menjadi sponsor. Best nya naik 4x4. Tak berkempatan saya nak tumpang. 

Sampai sana, rupanya Mydin dah sediakan parking khas betul-betul depan pintu masuk. Bagus la Mydin, memang memberikan kerjasama yang sangat baik. Bermula la sesi pembahagian adik-adik. Saya ambik ja mana yang saya sempat capai. sebab saya sorang jadi saya cuma ambik sorang. kalau yang nak jalan beramai-ramai (ada geng) boleh ambik 2 orang. Adik saya ni pakai lusuh la jugak bila tanya nama "Haron Yasin". Saya ingatkan dia taktau nama dia sebab nama dia pelik sangat. Then, datang la pakcik penjaga dok melawak-lawak dengan haron yasin. Haron yasin ni muka serius, orang  buat lawak pun taknak senyum. Tanya nak baju apa, 'hijau'. 

Pakcik: Haron pilih baju kaler apa, amboi siap ada sampin lagi, bergaya la hang haron ghaya ni.

Saya: haron nak baju kaler hijau pakcik. ***sambil sengih**

Pakcik: Haron ni penyengap. Dia bukan nak cakap, tu yang pi sekolah kena buli selalu. Mak dia tinggai dia kat rumah anak yatim ni. Ayah dia la dok ambik kalau cuti tapi ayah dia tu myanmar (saya tak ingat myanmar kot tapi foreigner la)

Saya: La, yaka. Patot la dia, muka serius ja. Takpa la pakcik, saya bawak dia pilih jam dulu. Dia mintak nak beli jam.

Saya pun tanya-tanya, sembang sambil gosok kepala Harun. Bila saya nampak dia dah selesa dengan saya, saya suruh dia ambik troli, pilih jam sendiri, pilih kasut sandal dan kasut sukan, pilih songkok, pilih makanan yang dia nak. Nampak macam dia minat nak beli mainan, tapi bila saya tanya dia geleng. 

Saya: Haron, kita beli alat tulis nak.

Haron: sengih sambil angguk.

Saya: Kita ambik pencil ni dua la. Nanti satu boleh guna kat sekolah pagi, satu buat keja rumah.

Haron: Ambik satu ja. Nanti tak guna kalau dua.

Saya Kita ambik dua la, takpa kalau duit tak cukup kakak tambah.

Haron: Senyummmmmm

Saya: Haron balik raya dengan mak ka nanti

Haron: Dak. Mak pi keja kat penang. Dia mai letak kat sini, tapi tak mai dah sampai lani. Ghaya balik qhumah ayah

Saya: Ayah haron Islam jugak ka?

Haron: ***dia geleng****

saya: Ayah duduk rumah dengan kawan-kawan ka?

Haron: Ha...

Saya sebak. Maksudnya pagi raya dia sorang jela pakai baju melayu dengan sampin. Dia nak beraya dengan sapa, ayah dia bukan sambut raya. 

Dah habis bayar, tetiba dengan muka ceria dia tanya

Haron: Kak, kita ada berapa hari lagi nak raya?

Saya: Kita ada y hari lagi nak raya.

Haron: oooo, kita posa x hari  jala lagi kan. ** Muka sangat ceria. 

Saya sangat sebak. Terus saya sapu kepala dia dan bagitau saya nak ke surau solat asar. sebenarnya saya taknak dia nampak mata saya yang dah bertakung. Lepas solat asar, saya patah balik ke pintu tempat saya tinggalkan Haron Yasin. Dia dah takda, depa dah bertolak balik ke masjid. Saya tak sempat nak bagi duit raya personally kat Haron Yasin. Beberapa malam, saya asyik terbayangkan adik yasin.

Besar dugaannya, tapi dia tak pernah tinggal puasa. Saya taktau bila balik rumah ayahnya, samada dia masih kekal puasa atau tak. Doakan yang terbaik untuk Adik Haron Yasin. Semoga dia membesar menjadi pembela agama seperti Syeikh Muhammad Yassin.