Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Tuesday, May 31, 2016

Roadtrip Semenanjung Malaysia- Part 1

Hari-hari fikir bila nak start tulis pasal roadtrip semenanjung Malaysia.. Sebelum roadtrip haritu semangat sangat, rasa tak sabar nak tulis. Tapi bila dah habis roadtrip terus tak menulis.. Lepas tu rasa bersalah dekat diri sendiri, ni semua salah sendiri sebab pergi transfer gambar takdan habis tapi terus delete gambar dekat henfon.. Waktu jumpa Eju dan beritahu dia pasal gambar hilang, nampak kekecewaan yang teramat sangat dimuka eju.. Sebabnya, hampir 80% gambar exciting sepanjang roadtrip ni ambil pakai fon. Pakai tab Eju tak banyak..

Macam mana sejarah roadtrip Eju dan Dayah bermula…

Dah hampir bertahun saya mengidamkan roadtrip naik viva secara santai. Maksud santai ni, bersama kawan yang sekepala dan tak rushing-rushing, kengkonon nak cover semua tempat best.. Yela, waktu jadi student semua benda nak explore. So, sebelum ke Jepun dah cakap dengan Eju siap-siap, “kumpul duit so lepas je aku balik dari Jepun dan habis viva, kita ON terus”.. Yela, kena start cepat sebelum masing-masing ada komitmen lain, maybe Eju akan start keja tak lama lagi.

Habis viva hari Rabu, Jumaat tu saya ke USM, nak diskusi serius dengan Eju… Bincang #lovehaterelationship terus Eju kata kita pergi lepas raya Cina… Tapi nak kena rancang tarikh gedebuk gedebak sebab saya dah booking slot TEM di UTP masa tu dan ada training ISO kat opis, so kena anjak-anjak.. (Patut aku buat keputusan keluar projek ISO awal lagi, boleh enjoy roadtrip ni kaw-kaw)…
Tapi kata Eju: “Mak Eju mesti tak lepas kalau kita pergi berdua jek Dayah, mesti mak Eju suruh bawak adik lelaki EJu… Kalau Dayah ada kawan lelaki nak ajak sekali, ajak la…”…
Saya: “Masalahnya aku ni takda kawan lelaki… Takpa, bawak la adik-adik hang, kita cover transport and makan..”
Eju: “Dayah sedia la kot-kot kita gerak lepas raya cina.. Eju rasa adik-adik Eju cuti lama time tu.. Nanti print out peta eh.”
Saya: “Eju apa-apa hal bagitau awal. Nak prepare kereta apa semua lagi”

Tengah sedap cuti raya Cina, Eju whatsapp…

Eju: “Dayah, adik Eju cuti lama raya cina sampai Ahad ni.. Apa kata kita gerak lepas raya Cina? Hari rabu pagi-pagi tu bertolak dari Kulim.”
Mau tak kelam-kabut saya dan nak dijadikan cerita, kereta pun tak sempat nak servis betol-betol. Belasah je la. Yang excitednya adalah family saya. Haha… Siap bagi bekal nasi kenduri untuk pagi rabu.


Rabu (10 Februari 2016)…. Tarikh yang bermakna

Pagi dimulakan seawal jam 5.30am, Eju sampai kulim bersama dua orang adiknya.. Pergi ambil depa di stesen bas Kulim dan bagi depa siap-siap mandi bagi fresh sikit. Then kami pergi breakfast di Kedai Paklong.


8.00pagi- Bertolak dari Kulim, melalui jalan Baling/Gerik terus ke Zon Bebas Cukai Rantau Panjang, Kelantan.

Sepanjang perjalananan, Eju dan adik-adik dia masih dalam mood atas bas. Eju je la sibuk cerita pasal cerita-cerita dia pergi umrah, cerita dia dah habis PhD dan macam-macam lagi. Adik-adik dia kat belakang memang membuta. Sampai je kat Grik, “Eju rasa macam tak percaya kita dah mulakan roadtrip kita”… Eh, baru nak percaya? (Alamak, sambil typing ni pun dok rasa excited nak repeat lagi roadtrip ni)

Nak dijadikan cerita, bila sampai ke puncak Titiwangsa tu, kabus tebal-setebalnya sampai tak nampak jalan. Wah, best sangat.. Excited la kami, sebab Kedah kan panas ya amat.. Waktu tu pulak dok viral Kelantan akan alami musim sejuk.. Kitorang memang dah hampir percaya sangat-sangat dah masa tu, sebab selama ni ke Kelantan tak pernah jumpa kabus tebal macam tu. Peghak sangat hang ni… So, kami singgah jap kat puncak Titiwangsa tu, pakai earmuff bulu-bulu tu, pakai handglove comel then tangkap gambar banyak-banyak.





Kereta saya kan tak sempat servis, dan kereta tu memang tengah bermasalah. Tapi Allah tu maha baik.. Eju sorang ja boleh start kereta tu tanpa masalah. Masa tu ada masalah dengan switching suis kereta dan saya tak sempat nak contact Perodua untuk servis, nasib la Eju dah jadi macam technician Perodua. Dia godek-godek kereta sikit je terus enjin hidup tanpa masalah.




Then, kami teruskan perjalanan ke Rantau Panjang. Itu checkpoint pertama. Dan, kesilapan kat sini adalah bilamana saya mintak Eju (Orang yang tak pernah ke Kelantan dan Terengganu melalui Gerik, sediakan itinerary)… Masalah utama kami adalah, bilamana kami terpaksa habiskan pengembaraan kami dalam masa 4 hari setengah dan kami perlu melalui jalan dalam. Means kami tak akan ambil highway langsung. Dan, Eju cuba bayangkan jalan yang kami akan lalu umpama highway, masa banyak cutoff.

Kami singgah makan dan cuci mata di Rantau Panjang sekitar jam 1.00 petang. Pukul 2.30 petang dah kena keluar dari Rantau Panjang. Nak stretching bagai, nak makan lagi, nak jenjalan tengok-tengok barang walau tak beli. Memang telah diingatkan awal-awal, “Kita travel naik viva 4 orang, barang penuh bonet dan kita perlukan keselesaan, jadi, please jangan shopping…hehe”… Semua orang patuh arahan, makanan je banyak dibeli buat kudap-kudap dalam kereta tu…

Next stop adalah Kampung Tok Dor, Ajil, Besut, Terengganu. Kami nak melawat sahabat sewaktu belajar di USM, Memey. Memey ni sebenarnya kerja di penang, tapi masa raya Cina tu dia balik ke kampong di Terengganu, maka kami gunakan peluang yang ada untuk singgah melawat Family Memey. Dulu waktu Memey kahwin, takda sesapa dikalangan kawan-kawan yang turun Terengganu, saya jadi pengapit Memey di Kedah je. Perjalanan dari Rantau Panjang ke Tok Dor terpaksa dilajukan, sebab kami perlu sampai pukul 5petang untuk taknak menyusahkan family Memey. Penatnya la tekan minyak. Sampai je rumah Memey, memang saya ambil peluang bersantai, rehat-rehat sambil makan keropok lekor. Lepas solat dan bergambar beramai-ramai, kami keluar bersama Memey sebab Memey ajak makan tepi pantai. Apa lagi, dah sampai Setiu, kena la makan celop-celop. 




Dari rumah Memey ke pantai, adik Eju takeover drive. Saya jadi mem besar kat belakang, ini la masa nak tengok pemandangan best-best, nak tangkap gambar gempak-gempak (tapi gambar hilang, padan muka!!!!)
Kami ke Pantai Penarik, Setiu, Terengganu. Angin sangat kuat, dan selepas maghrib hujan turun.










Lepas makan, kami terus berpisah dengan Memey. Janjinya akan jumpa di KL sebab kami akan sama-sama singgah melawat baby newborn seorang lagi kawan USM. Kami meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Menginap satu malam di Kuala Terengganu.



_______End of Day 1_________________________

Sunday, May 29, 2016

Kulim Hi-Tech,Kedah

Start awal minggu lepas, kulim dah semakin hijau. Dah tak seperti sebulan yang lepas. Saya suka betul musim selepas kemarau 3 minggu lepas.. Setiap hari excited datang kerja sebab nak lalu kat jalan yang cantik ni.. Tengok, sambil drive sambil capture gambar..




























Bila saya tunjuk gambar ni dekat anak sedara, dia tanya :Eh, ni kat negara mana? (sambil mata ke atas!!!!)

 


Tapi...
Walaupun Kulim ada tempat jual durian yang femes, namun tetap tak boleh menandingi Pokok Sena..Balik kampung minggu lepas, tengok-tengok, durian kat rumah mak dah start luruh.. Sedap giler-giler... Tengok kaler pun dah mengancam.. Isi dia, fuhhhh, mabeles habis la.. 

Mungkin balik minggu ni dapat makan manggis pulak... Hujan-hujan ni lagi la cepat manggis tu kembang...





Saturday, May 28, 2016

Weekend bersama Zati

Rasanya, trip semenanjung Malaysia haritu memang akan ambik sikit masa untuk di publish.. Dah seru dah semangat 46 suruh mai, malangnya dia tak mai jugak, dasar ketegaq..


Walaupun tak dinafikan terasa amatlah rugi bila pengalaman dan trip yang sebegitu berharga dan sangat didambakan tidak diabadikan dalam blog, tapi, takpala, adalah tu second trip yang lebih best nanti.. Harapnya second trip nanti tetap ada Dr.Eju kesayangan.. Dr.Eju akan sentiasa menjadi kesayangan, sangat memahami dan tak banyak kerenah bila travel. Sepanjang pengalaman saya travel dengan Eju dalam dan luar negara, memang smooth sangat apa yang dirancang. Dia seorang yang cool dan sangat memudahkan untuk saya yang malas pikir banyak ni…

Semalam Eju bagitau, dia dah dapat result interview di USM haritu dan dia gagal. Saya tahu dia mungkin kecewa tapi sebab dia cool, payah la nak nampak dia kecewa. I.Allah, ada la tu Allah atur rezeki dia kat mana2. Harap-harap dekat Shah Alam, ada la geng kalau saya nak ke sana…hehe

 
During our roadtrip..


Last 2 weeks, saya ke Shah Alam dan UPM, balik semula ke Kulim drive sorang-sorang.. Jadinya saya singgah Ipoh sebab Zati nak tumpang balik ke Pokok Sena. Pucuk dicita ulam mendatang. Zati ni, nak kata kesian pun kesian jugak tapi sebenarnya tak perlu kesian pun. Dia duduk sorang-sorang kat Ipoh tu, nasib baik la uncle dan auntie sebelah rumah tu sangat menjaga dan mengambil berat kebajikan si Zati ni. Siap bagi nombor phone uncle tu suruh si Zati ni bagitahu kalau balik lewat malam, nanti uncle akan bukakan lampu porch. Zati kata kekadang balik kerja, si uncle ni tolong bukakan gate. Ada jugak karang jadi menantu uncle tu, boleh bawak sorang sedara baru at least…


Zati ni ada masalah duduk dengan orang, jadinya dia tak nak ada hosmet. Rumah besar duduk sorang-sorang, eh ngeri pulak bila ingat rumah dia yang sunyi dan suram tu. Budak tu kecik tapi degil ya amat, malas nak layan.. Tapi sebab kawan baik sendiri, terpaksa la layan jugak.. Kalau tak layan kang, buatnya dia kemurungan, tak pasal-pasal dapat penyakit kanser.. Ok, kita skip bab perangai tak bermasyarakat si Zati ni, kang dia baca perang dunia ni.. haha


Di sebabkan saya sampai petang, keluar UPM pukul 12.30tgh, kena hantar staff saya tu ke stesen tren, pastu masuk KL jap dah hujan rebut pulak KL masa tu… Di sebabkan saya sorang, terus rasa berdebar nak drive balik sensorang, singgah Sg Buluh rehat solat makan semua sampai cuaca ok balik. Tu yang pukul 5.00petang baru sampai rumah Zati kat Ipoh. Malam tu dah cakap kat Zati, nak keluar makan makanan best di Ipoh. So, malam tu lepas maghrib terus Zati bawak ke restoran Nasi Lemak Ayam Kampung. Happening gila restoran tu. Sempoi sampaikan kami tak sedar habis borak dah pukul 10.30malam, tapi Zati macam tak nak balik. 

(Aku dah menguap berkali-kali sambil ajak dia balik)…


Kata Zati, dah lama sangat dia tak keluar malam, bila ada kawan macam saya datang baru la dia keluar makan malam kat luar.. Dah hampir setahun dia tak dak geng keluar malam.. (Seb baik la I ada Zuhana kat Kulim yang selang semalam keluar dinner sama-sama, sumber kebahagiaan sangat dinner sama-sama tu)..Hahahaha.. ---- Zati kalau hang baca ni, aku nasihatkan hang buat sesuatu…kihkih… Sebab apa aku kata lagutu, sebab hang pelik sangat.. Pelik sebab bila hang keluar hang macam takmau balik.. Tapi kalau hang taknak take action pun takpa, nanti aku try la turun Ipoh selalu. Nak jugak merasa naik ETS turun Ipoh.


Malam tu banyak topik jugak la yang dibincangkan. Topik paling best simpan nak bincang dalam kereta esoknya time balik Pokok Sena. Kami ni, topik paling menarik adalah bincang pasal cuti dan rancangan bercuti. Malam tu topik lebih kepada pasal biz perfume si Zati dan kisah adik dia nak kawen. Biasa la tu, dekat sapa lagi dia nak bercerita kalau bukan dekat kawan-kawan terdekat (dan comel serta memahami macam I ni)…


Dah tak ingat apa lagi yang kami bincang tapi dalam semua yang dibincangkan adalah betapa saya tak sedar antara nikmat paling best yang Allah bagi adalah sihat… Sepanjang bekerja ni, tak pernah lagi la saya demam atau sakit yang ambik masa dua tiga hari (Alhamdulillah)… Setakat pening sikit-sikit sebab angin dan cirit sebab ke Indonesia haritu normal la. Oh, ada satu, 2 tahun lepas kot saya sakit pinggang sampai tak boleh bergerak. Tapi masa tu Dr kata sebab berlebihan berat badan (kihkih), stress (sebab masa tu steress kerja dan belajar) dan kurang minum air putih (ketagihan nescafe yang keterlaluan).. Tapi untuk orang yang duduk sendiri dan jauh dari keluarga, nikmat sihat adalah sangat bernilai. 


Malam tu lepas makan, konon-konon nak pusing bandaraya Ipoh. Tapinya, Ipoh celup tu nama saja duduk Ipoh dah hampir 7 tahun, tapi dia tak hafal jalan langsung. Last-last kami balik rumah dan marathon movie Korea sama-sama. Movie Korea pun pilih yang dia paling suka, queen control betol, haha.. habis la kalau dia baca ni… Gelak-gelak sampai near 1.30am, baru tidor.


Esok lepas subuh dah siap-siap (Tapi saya curi-curi lelap kejap).. Keluar g makan dekat gerai kengkonon sedap menurut orang Ipoh celop tu. Then terus balik Pokok Sena. Hujan lebat waktu nak keluar Ipoh, so saya terpaksa drive slow-slow, sebab dah ada bad experience excident dalam hujan, memang sangat phobia nak drive atas highway dalam hujan. 


Ingatkan dalam kereta akan berjaya la nak pujuk Zati ke Perhentian atau mana-mana pulau tahun ni, tapi hampeh jugak. Si Zati ni dia punya plan untuk bercuti hanya start tahun depan. Kumpul duit katanya, sebab tahun ni dia beli emas banyak-banyak. Disebabkan kereta saya kan manual, memang ke mana-mana pun saya akan drive sorang. So, dalam kereta tu bincang la jugak kot-kot ada chance boleh upgrade kereta ke auto.. Tapi topik ni tak mendapat sambutan sebab Zati tak minat nak upgrade kereta kecuali dia dah 40tahun nanti… Kalau dengan Zu pun tak mendapat sambutan sebab dia nak pakai MyVi biru dia tu sampai bila-bila katanya… Bohsan la gini…

Lepas hantar Zati kat rumah mak dia, terus balik rumah dan tengok kat rumah mak dah ada lauk kari ayam kampong, kerabu manga, pajeri nenas, talapia goreng dan etc.. Yeay, terus tak kisah kalau drive manual pun asalkan dapat lauk sedap macam tu selalu…. Ish, senang sangat ni nak rasuah Hidayah, letak je paha ayam terus lupa kejap tadi kena ketuk kepala dengan hammer..
Hihi…..

Zati, jangan marah tau… sayang zati, rindu sangat kawan I ni.. mihmihmih



P/S: 
1. Zati ni kawan sekolah kat Asma dulu. Tapi masuk form 4 dia pindah balik tengganu. Bila parent dia pindah balik Pokok Sena tahun 2009 kot, kami jadi rapat until now.  And Zu (my best travelling partner bila perlu testing luar AMREC, merangkap mypartnerincrime) walau cuma dikenalkan sekali dengan Zati, tapi sangat sukakan Zati... Sebab nya: Depa rancang nak buka Rumah Masih Ada Yang Sayang.. haha.. Rumah orang tua-tua yang takdak orang nak jaga.. And both selain daripada menjadi owner akan juga menjadi penghuni di situ, katanya... Sukati hampa la.. Semoga tercapai niat suci tu.. Nanti i datang melawat with my lovesss onessss...
Bersama bakal owner Rumah Masih Ada Yang Sayang.. Masa ni breakfast makan mee kicap di Ipoh..
2. Eju, setelah berkali-kali memujuk sejak tahun lepas untuk berbuka di Puncak Mutiara, seminggu sebelum Ramadhan dah tetapkan tarikh untuk berbuka bersama. Amboih, laju benor dia blockdate... Katanya, jomla kita berbuka kat Puncak Mutriara, dah banyak kali nak kesitu tapi tak pergi pun, lepas ni entah ada chance ke tak... Alolo, kesiannya... Yela, jom la..