Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Friday, January 27, 2012

Gunung Ayam- Part 2


Seperti yang saya bagitau sebelum ni, trip kali ni Cuma ada 4 orang ja yang akan ikut iaitu saya, mashi, cupin dan hajar. Ok la tu kan, lagi sikit lagi meriah la harapnya. Kita mulakan rentetan perjalanan ni dengan apa yang berlaku pada malam sebelum bertolak.




Khamis (19 Jan 2012)


Lepas magrib, baca quran 2 muka, saya mula bersiap sedia. Cek semua barang dah ready ke belum. Dah setel barang2 semua, saya mandi dan semayang isyak (sambil doa sungguh-sungguh supaya saya gagah berani nak naik gunung ayam nanti). Tetiba tengah relax, rasa mengantuk plak. Haha. Damn betol. Sambil-sambil tu saya sms dengan Usop (dia ikut trip sekali dan kami kenal waktu trip ke Chemberong dulu). Dalam kul 11 malam, (mashira memang dah ada kat rumah saya) kami berdua start bergerak untuk pegi amik cupin dan hajar. Hajar bawak baby dia sekali sebab nak tinggal kat rumah kakak dia kat Dabong jugak. Waktu on the way ke Dabong (Air Terjun Jelawang), hati memang tengah dup-dap sebab tak pasti apakah diri ini cukup fit untuk sampai ke puncak Gunung Ayam.


Jumaat (20 Jan 2012)


Dalam pukul 4 pagi, kami sampai kat rumah kakak hajar. Masuk jer rumah, terus tido. Nak dapatkan energy. Subuh tu tak sedar, dalam pukul 7 pagi baru bangun subuh. Lepas ja habih subuh, mandi dan siap-siap sebab geng2 shah alam akan sampai Dabong dalam pukul 8 pagi. Then breakfast dan terus shoot ke Dabong.

Jeng-jeng-jeng, sampai je kedai Mok (tempat kami breakfast, dah charter tempat tu) datang la si Izul dan Usop, kesayangan sangat dua orang ni. Haha. Sambil bertanya kami ok ke tak “dayah, ok tak?” eleh, saja la tu. Masing-masing excited nak naik gunung ayam.. 


Then, pukul 10 pagi kami naik van ramai-ramai untuk ke Gua Ikan untuk aktiviti eksplorasi yang pertama. Best sangat. Masuk 3 buah gua. Gua kelam, keris dengan gua apa tah satu lagi tu. Banyak gila pacat, sampai naik kat atas belakang saya dalam 3 ekor. Geli tapi still boleh buat-buat lawak dengan pacat-pacat tu. Ops lupa plak. Ada 2 orang renjer yang ikut kami untuk jadi Guide. Sorang nama Odie dan sorang lagi Poksu. Petang dalam pukul 2.30, patah balik ke Dabong, makan lunch dan terus shoot ke Air Terjun Jelawang. Wah, hati berbunga-bunga ni. Naik dalam pukul 4 petang. Agak ngeri jugak la trek dia walaupun takda la mencanak sangat, Cuma trek licin dan muatan agak berat. Licin nak mampus sampaikan berapa kali nak tersungkur. Kesian izzul sebab dia terpaksa jalan saing dengan saya dan Mashi. Oh, untuk trip kali ni saya dan mashi memang dah berjanji takkan terpisah. Dalam pukul 6.30 petang kami sampai kat atas Baha's Camp. Full tu tempat tu, ramai macam tempat orang pergi bercuti plak. Budak USM pun ramai. Kami terpaksa naik atas sikit untuk dirikan khemah. Makanya, tempat kami agak jauh dari air terjun. Tempat camp dia tak se’best camp site kat lansir. Lansir punya camp site memang terbaik la. Nak mandi malam tu pun teammate lelaki terpaksa teman sebab tempat dia agak bahaya. Air tengah deras akibat cuaca yang asik hujan ja. Malam tu siapkan makanan untuk bekalan naik Gunung Ayam esok. Haha. Sebenarnya saya tengah pertimbangkan samada nak naik Ayam ke tak. Awal2 memang janji dengan Mashi taknak naik Ayam, takut tak cukup fit. Pastu saya baca review dan rasa best plak kalau dapat naik. Bagitau Mashi yang saya nak naik, then Mashi taknak naik, kansel pulak, tup-tup dekat nak pegi tu Mashi bagitau yang dia nak naik. Saya mesti la bersemangat nak naik. Tapi cupin macam risau plak kalau kami naik, takut kami tak cukup tenaga nak naik. Uih, itu cabaran untuk saya. Penat-penat datang dan bayar mahal-mahal mana boleh tak naik kan. Lepas masak nasi himpit, dalam pukul 1 pagi, terus tido, nak kumpul tenaga.


Sabtu (21 Jan 2012)


Subuh esok, 6.15 pagi bangun lepas dengar abang Kamarul jerit suruh semua orang bangun Subuh. Lepas semayang, make up mind, kami akan naik gunung Ayam. Malu la kat geng shah alam kalau kami dua tak nak naik. Yang tak naik ada la dalam 5 orang, tu pun yang lemah stamina. Takkan la saya dan mashi yang masih muda belia dan kuat ni nak duduk kat camp site je kan. Rugi siot. Pagi tu bekfes bihun goreng yang sangat pedas dan takda rasa. Tak lalu gila. Apadaaaaa. Tak pro la masterchef kami. Dalam pukul 8.15 pagi, kami dah start berjalan. Wah, mencabar jugak. Lalu 2 anak sungai dan laluan yang sedikit mencabar. Perjalanan sedikit mencanak dalam 70degree. Jauh la nak sampai. Kami ambik masa lebih kurang 4 jam untuk sampai ke Gunung Baha. Sejuk. Kemudian tambah sejam lagi, kami pun sampai la ke gunung Ayam. Wah, saya orang pertama yang sampai ke puncak Ayam selepas guide. Bangga...bangga...,banggaaaaaaa dengan diri sendiri. Akhirnya saya sampai jugak ke puncak Ayam. (tanpa bantuan abang-abang macho amrec yang tak dapat ikut ke Kelantan). Sejuk sangat kat atas puncak Gunung Ayam. Kalau tak tahan sejuk boleh dapat Hipothermia. Alam ciptaan tuhan adalah sangat indah. Ya Allah, kagum betol dengan kabus yang menyelimuti pokok-pokok renek di puncak gunung ayam, nampak gunung-gunung sekeliling gunung ayam. Ada banyak gunung keliling tu. Kami sempat masak megi dan bancuh milo kat atas puncak Ayam. Heaven seh. Lepas bergambar lebih kurang kat Puncak gunung ayam dan gunung Baha, dalam pukul 3 petang, kami start turun semula ke base camp. 6.30 petang, singgah kat sungai baha untuk sembahyang jama’ asaq dan zuhur. Saya? (saya tengok org sembahyang ja, boleh?) hehe
togel-togel ja saya naik gunung ayam, tawakal jela sebab taknak kacau mood yang tengah bersemangat gila tu). Waktu diorang tengah semayang tu, hujan turun dengan sangat lebat. Basah kuyup kain semayang semua orang. Lelaki-lelaki pun semayang je dalam hujan yang tengah menggila tu. Hari beransur gelap, dan kami teruskan perjalanan pulang. Dalam pukul 7.45 mlm, jumpa dengan 2 orang renjer yang baru nak naik gunung. Aik malam-malam nak naik buat apa kan? Rupanya ada budak poli yang naik Gunung Stong hilang dalam hutan. Ya Allah, meremang bulu roma dengar. Pastu jalan lagi dan jumpa 2 orang renjer lagi yang nak naik cari. Budak tu lelaki rupanya. Selamatkanlah dia Ya Allah.


Kami teruskan perjalanan dan sampai ke kem dalam pukul 8.30 malam. Sangat melelahkan. Lepas mandi, terus saya lelap. Pastu bangun sebab diorang kejut suruh makan jugak sikit. Makan, huhu, tak sodap. Tak boleh dah nak masuk. Makanya, saya pun masuk tidur. Tapi, tidur saya tak lama pun sebab lepas tu saya dengar ada orang menjerit-jerit suruh semua orang bangun.... kenapa?????

No comments: