Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Friday, January 6, 2012

Menjadi seorang pelajar, perlu cekal

hai..hai..hai






Kabare? Waras?? Moga-moga waras macam saya. Saya di USM pada tika dan saat ini. Sedang memburu impian. hehe.. Macam biasa, menjadi kehidupan bergelar anak, adik, makcik kepada anak-anak buah, pekerja dan pelajar sangat memerlukan semangat juang yang tinggi dan kental. Kalau tak kental, dah lama saya drop menjadi seorang pelajar. Kalau saya drop menjadi seorang pelajar, beberapa masalah akan dapat diatasi, antaranya:







  1. Masalah kewangan (paling utama dan sentiasa menjadi yang pertama akan difikirkan ketika sesuatu keputusan diambil). Tapi kata orang "yang menjadi masalah adalah bukan sebanyak mana wang didapati tetapi bagaimana cara wang itu digunakan". Kalau nak diikutkan, aku ni dah macam pompuan apa dah, tak penah beli baju baru, tak penah beli kasut baru, kereta pun dah berapa lama tak hantar carwash, dan macam2 lagi la, gara-gara the money constrain. Sangat dahsyat. Dek kerana memikirkan perjalanan master yang masih panjang dan enggak tau macam mana lagi ujung pangkalnya, maka saya telah merelakan diri saya dengan memansuhkan aktiviti soping dalam kamus hidup saya buat sementara waktu. Tapi mengorbankan kesenangan yang sementara untuk sesuatu yang telah lama diimpikan lebih manis kan!!!!




  2. Masalah dengan bos yang tak berapa menyokong. Biasa la, diorang semua dapat master and phD from obersi. Setakat saya pulun sangat nak sambung master dalam negeri ni sapa la yang nak pandang sangat kan. Tak pa, akan saya buktikan bahawa saya adalah sangat bersungguh dalam misi mendapatkan segulung kertas ada endorsed master from chanselor USM.




  3. Masalah pembahagian. Saya terpaksa mengurangkan masa bersama kawan-kawan dan famili terutamanya. Syukur sangat2, famili memahami (pada ketika-ketika tertentu jala). Tapi, walau apa pun, saya sayang keluarga dan mereka tetap keutamaan utama dalam hidup saya.




  4. Masalah nak mencari pasangan hidup., Masalah ni creat sendiri sebab rasa macam kalau kawen time tengah stadi ni, dengan masalah kewangan yang sangat tak stabil, macam mana la nak manage famili pulak. Lelaki zaman sekarang ni, semua nak isteri yang boleh tong-tong sara famili. Saya ni nak sara diri sendiri pun semput dah.



Banyak lagi. banyak yang bersarang dalam kepala hotak, cuma tunggu masa nak meletops... Tak pala, saya anggap itu sebagai dugaan dalam hidup saya. Dengan pertambahan usi, dengan status single, dengan kewangan yang sangat tak stabil, dengan master yang masih tenggelam-timbul, dengan kerjaya yang masih belum memberi kepuasan kepada saya, dengan size badan yang comelllll.... huh.. penat doh kepala otak nak pikir semua..






Namun, life as a human, everybody make mistake and we learn from the mistake and we also need to learn to accept that sometimes its our own fault. Life is short and make is fun as you wish.






p/s: nak update benda lain, tapi, takpala... lain kali erk...

1 comment:

istiqamah said...

wahahaha...cayok!! miss dayah