Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Monday, January 2, 2012

Salam Tahun Baru.. 2012

Bismillahirrahmanirrahim
Salam tahun 2012..
Sangat cepat kan masa berlalu.. amin..amin..amin.. Walaupun niat di hati saya nak masa berlalu dengan lambat namun hati kecil saya masih mengharapkan kedatangan 2012 akan membawa seribu kebahagiaan kepada saya. Walaupun hakikatnya saya takda la gembira sangat tahun ni, sebab financial saya akan sangat2 tak stabil starting from this year. Kereta dan master saya sangat2 memerlukan saya.Masa dan wang. Jadi itu la yang akan saya lakukan sampai lagi 7 tahun. Kecuali ada putera raja yang turun dari langit dan sama-sama nak tanggung beban itu bersama. Kata kan segala susah senang nak kongsi bersama.
Namun, kita lupakan pasal duit. Duit ni sampai mati pun tak cukup. Lagi besar gaji lagi banyak nak kena pikir. Pikir pasal duit, sampai bila2 pun saya tak boleh nak move on. So, kita pikir pasal benda lain. Tahun 2011 dulu, azam saya adalah nak kumpul duit banyak-banyak, tapi tak tercapai la pulak. Jadi, taun ni taknak dah buat azam pasal duit. Rezeki ni, usaha ja. Kalau tak usaha, mana la rezeki ni nak mai merangkak kat kita kan.. Sebab azam pasal duit belum dimakbulkan, makanya taun ni kita azam benda lain pulak. Tapi nak financially stable tu memang sentiasa dalam mind saya.. sapa yang takmau ada free of beban hutang kan??
Taun ni, saya mohon semoga Allah bukakan pintu Jodoh saya. Haha. Malu nak sebut. But im already 27 this year.
selain berkahwin, saya nak master saya berjalan dengan lancar. Walaupun banyak obstacles dalam perjalanan master saya, dengan takda moodnya, tapi duit dah habis beriban-riban, makanya kena bagi fullest commitment jugak. Jangan ikutkan sangat hati tu Hidayah. Kata DrMas, aku punya matlamat adalah dapatkan master. InsyaAllah, doakan yer.
Selain pada tu, dalam takda-takda duit ni pun, saya nak pegi berjalan-jalan taun ini. haha. bUkan pegi luar negara pun, nak pegi dalam negara ja. Hehe. Antara tempat-tempat atau aktiviti yang dah ada dalam kepata hotak ni adalah:
1. Gunung Ayam, Kelantan
2. Gua Tempurung, Ipoh
3. Skytrex, Shah Alam
4. ATV Adventure, Klang
5. Bukit Broga, Semenyih
6. Pantai Madukan, Sabah
7. Cameron.. Here i come... (gathering kawan sekolah rendah)
haha. sikit ja, tapi omongan harus lebih. Orang lain nak pegi Beijing la apa la, saya nak pegi dalam negara ja pun. tu pun kecoh. Tu pun mau ada dekat 2K nak realisasikan. Adoiyai..
Ada satu lagi, sepatutnya saya pegi umrah taun ni, tapi money constrain punya pasal. Terpaksa ditunda dulu. But, InsyaAllah, saya akan cuba yang terbaik untuk umrah/haji saya.
Tapi top of dat, saya nak jadi anak yang terbaik. Saya akan cuba menjadi anak yang lebih terbaik. Saya tau, selama ni saya gagal menjadi anak yang solehah. Macam mana eh nak jadi anak yang lebih terbaik. Ya Allah, jadikanlah saya anak yang terbaik, anak yang solehah, anak yang takkan lupa kepada kedua orang tuanya.
Ok, setakat masa ini, itu ja yang saya harapkan dulu. Another mission akan diberitahu kelak.
p/s: nanti saya akan ceritakan tentang aktiviti yang akan dibuat bulan ini. Gunung Ayam: here i come. hehe

No comments: