Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Wednesday, June 13, 2012

Umrah-3

Bila baca-baca kembali umrah-2, saya rasa macam banyak grammer mistake pulak.. ayat pulak macam berterabur.. hish, kanak-kanak ribena la pulak saya ni..



BTW, on the day saya berlepas ke sana, i should be a happy bride on that day.. but, god know the best.. He give me most memorable journey yang akan saya ingat sampai bila-bila.. setiap apa yang berlaku ada hikmahnya kan.. and, if Dia tarik satu nikmat, Dia akan gantikan nikmat yang lebih besar lagi kan..



Perjalanan 8 jam 30 minit dari KLIA ke Jeddah sangat meletihkan. Bertolak 3 petang dari KL dan sampai jam 6.30 di Jeddah.. Kemudian bertolak menaiki bas hampir 4 jam lebih ke Madinah.. Sampai Madinah hampir azan subuh dan kami terus bergegas untuk solat fardhu yang pertama di Masjid Nabawi. Sangat meletihkan. Hampir 48 jam kami tidah tidur. Balik dari solat subuh, brekfes dan saya dah tak sabar untuk berada di Raudhah. Letih dan kurang tidur dah tak termasuk dalam tentatif dah time tu.



Kami berada di Madinah selama 3 hari dan cuaca di Madinah sangat mengagumkan. Suhu sangat panas dan berbahang, tapi saya tak berpeluh dan berbau langsung.. haha.. (perempuan pemalas pakai baju 2 hari tak tukar).. Hari last kat Madinah, cikgu-cikgu lelaki nasihat suruh saya pakai niqab (purdah), maka menonong la saya ke kedai arab beli niqab satu.. malangnya satu subuh kat masjidil haram (tido lagi lepas subuh), saya tertinggal kat masjid.. hoho.. sayang betul itu niqab..



Apa yang kami buat di Madinah?

1. solat fardhu di masjid nabawi
2. ke pasar kurma
3. menziarahi masjid Quba (masjid yang dibina oleh nabi. pertama kali sampai, solat tahiyatul masjid, dan solat syukur. bila berada kat situ, rasa hiba. berada di masjid yang pertama dibina oleh nabi. sayu betul.)
4. melawat gunung uhud. (gunung yang dijanjikan syurga oleh Allah.. dihadapan jabal uhud terdapat makam saidina hamzah dan sahabat-sahabat)
5. melawat masjid qiblatain(masjid 2 kiblat) dan masjid apa tah satu lagi tu..
6. melawat ke muzium Madinah.


Singkat ja masa kat Madinah, tapi Madinah sangat best. Subuh sekitar 4.04 pagi, waktu malaysia sekitar 9.04 pagi.Tapi bila subuh, angin akan sepoi-sepoi bahasa. Angin panas yang nyaman nama dia.


Untuk masuk ke masjid Nabawi, untuk wanita sahaja kot, akan ada guard yang cek beg, no phone , no kamera, no food, no pakaian.. so, jangan beli-belah before masuk masjid. Guard dia sangat tegas. Orang arab memang akan tegas tapi takda disiplin. Pastu kalau nak membeli belah, plis beware. Mereka suka tipu. Bukan semua tapi arab jahiliyah masih wujud, maka berhati-hatilah supaya anda tidak tertipu dan terpedaya.


Pengalaman manis di Madinah adalah bila pada subuh terkhir sebelum bertolak ke Mekah, saya diberi kesempatan untuk terbau betapa wanginya kubur syuhada'.
Saya ingatkan saya terbau minyak wangi kawan saya, tapi bila kawan saya bagitau itu mungkin bau kubur Baqi' baru teringat yang saya sebenarnya sedang menuju ke Baqi' (saya pergi berdua dengan kawan saja- kawan saya la beria ajak saya pi, saya ingatkan perempuan tak boleh tengok Baqi'). Saya ke Baqi' sewaktu saya melakukan ziarah terakhir ke makam nabi. Sampai ke pintu hotel pun saya masih terbau-bau Baqi'.

Peringatan:

1.       Sila bawa mask atau paling bagus sila bawa purdah dari malaysia.. beli kain suku meter dan jahit ja sendiri. Kat sana mahal..
2.        Kalau anda pemilih makan, sila bawak sambal tempe dan ikan bilis sendiri. Macam saya, takda masalah.. makan malam pun saya makan macam makan tengahari.. sebab tu tak sampai 10 hari pun kat sana, badan saya naik macam di pam-pam..
3.       Untuk beg kasut (kasut perlu disimpan dalam beg kasut di luar masjid, walaupun ramai yang bawa masuk kasut dalam masjid tapi saya tak berapa berkenan, kotor kan..), sila bawa beg kasut yang biasa2 sahaja. Paling bagus sila bawa beg kasut yang kaler striking. Macam saya bawa ja plastik thank you yang dapat waktu beli apa2 kat kedai tu.. Senang.. Pastu bawa plastik besar, orang pun boleh tumpang letak kasut..
4.       Sila bawa kasut yang soft tapaknya dan selesa.. Tak perlu kasut mahal, yang perting selesa dan sesuai dengan kaki orang asia (takda la mak arab nak pakai kasut kita).. Kasut saya Cuma berharga RM7. Tapi sangat berjasa kepada ramai orang. Ramai orang nak pinjam kasut tu sebab selesa.

2 comments:

Anonymous said...

dayah..upload la gmbar2 kt sana..ada x gmbar2 tu..tringin jgk nk tgok..

jgn la kamu menyembah batu... said...

tak perlu upload...biarlah tuhan saja yang tahu rahsia hambaNya...