Persediaan diri untuk ibadat
tawaf dan saie juga sangat penting. Untuk ibadah umrah, kita disunatkan untuk
memakai pakaian berwarna putih. Tapi kalau pakai jubah kaler apa pun takpa.
Saya tak pakai jubah, saya Cuma pakai baju kurung berwarna putih. Takpa pakai
apa pun, yang penting kita kena tau dari mana nak start tawaf, berapa pusingan,
dari mana nak start saie dan berapa pusingan. Kena la baca dan belajar betol2.
Daripada apa yang ustaz ajar, umrah adalah perbuatan yang dilakukan dengan
pengertian. Bacaan adalah nilai tambah. Dan tiada bacaan khusus.
Tawaf
Saya biasanya lakukan tawaf
sorang2. Hanya tawaf pertama sahaja saya buat beramai-ramai. Kemudian untuk
tawaf umrah atau tawaf sunat saya lakukan sendiri. Saya akan berjalan di
belakang jemaah Malaysia atau berdekatan dengan jemaah Malaysia. Saya pilih
sendiri waktu yang saya rasakan sesuai untuk tawaf. Biasanya selepas solat
subuh saya akan balik hotel untuk brekfast, dan tido selama sejam. Kemudian
kembali ke masjid untuk solat zuhur. Saya tak balik selepas zuhur dan tunggu
solat asar. So, kalau nak boleh la tawaf sunat time tu. Selepas asar saya akan
balik hotel untuk perbaharui wudu’ (mana tau nak terkucil). Kembali semula ke
masjid untuk solat magrib dan isyak. Kemudian balik untuk makan malam dan cek
jadual aktiviti. Biasanya saya tido pukul 1 dan pukul 2 dah bangun untuk ke
masjid. Subuh di madinah adalah pada pukul 4 pagi dan di mekah adalah pada
pukul 3.30 pagi.
Bacaan untuk tawaf adalah
terpulang kepada kita. Ada orang bawa buku. Saya simpan buku dalam beg. Saya
banyak berzikir, istighfar, baca surah pendek dan baca la apa2 yang kita paham
maksudnya. Niatkan dalam hati. Kalau nak baca buku pun takpa. Saya tengok ramai
ja yang baca buku. Tapi pastikan kita tak tolak orang dan bacaan kita tak mengganggu
orang lain. Juga kena pastikan bahu kiri kita sentiasa mengadap ke arah kaabah.
Satu lagi, saya pastikan saya membaca ummulkitab surah Al-Fatihah untuk satu
pusingan tawaf dan surah Alam Nasyrah untuk satu pusingan.
Namun pastikan sewaktu tawaf,
kita sentiasa dalam wudu’. Dan pastikan juga aurat tidak terbuka. Dalam ihram,
jangan la gatal-gatal nak pegi dekat kaabah, sebab kaabah berbau wangi. Takut
bau kaabah melekat pada pakaian kita. Dan juga jangan tetiba kaki kita
melangkah masuk ke hijir ismail andaikata time tu tiada orang dihijir ismail.
Batal la nanti sebab hijir ismail adalah termasuk dalam kawasan kaabah. Tawaf
adalah di luar kawasan kaabah sahaja. Lepas tawaf, sembahyang sunat tawaf
belakang makam ibrahim dan lakukan sujud syukur. Kemudian pegi minum air
zam-zam, itu adalah sunat.
Saie
Saie nampak mudah tapi penat dan
meletihkan. Itulah pengorbanan seorang ibu. Jarak anatara bukit safa ke bukit
marwah agak jauh. Sebenarnya tiada bacaan yang khusus untuk dibaca, zikir pun
dah cukup baik. Saya pernah baca yasin sewaktu saie. Tapi waktu saie, kita dah
takda pantang larang, takda wudu’ pun takpa. Kalau nak berenti minum dan
berehat sekejap pun takpa. Pernah sekali waktu umrah kali ke-3, saya banyak
berenti rehat sebab letih sangat. Memang pengorbanan siti hajar sangat besar.
Kasih ibu. Jadi bila tiba di bukit marwah, naik la ke atas bukit marwah dan
berdoa. Kalau saya, saya minta supaya saya juga menjadi ibu yang terbaik
seperti siti hajar, isteri yang taat, dan hamba yang yakin dengan penciptaNya.
Tahalul
Bawa gunting dalam beg. Gunting
kecik ja. Kalau kita belum bertahalul, kita jangan guntingkan rambut orang
lain. Dan jangan bagi orang guntingkan rambut kita selagi dia belum bertahalul,
nanti tak sah.
Yeay!!! Selesai lah umrah.. bebas
lah kita dari ihram. Berada dalam ihram, ada 13 pantang larang. Kena baca dan
fahami betul2. Nanti kena bayar dam kalau kita langgar pantang larang. Terutama
untuk lelaki, korang lagi la kena betul2 jaga.
2 comments:
singgah sini baca pengalaman2 umrah utk saya nanti...tq sharing..
Terima kasih
Post a Comment