Part ini saya nak share tentang persediaan barang.
Jangan bawa barang terlalu
banyak. Saya pun mula2 bawak baju banyak, takut tak sempat nak basuh, tapi
lastly, mak saya datang dan keluarkan banyak barang. Tapi, xpa, kat sana semua ada, kalau tak cukup barang beli ja kat sana. Apa yang perlu
bawak-mengikut pemerhatian saya.
1.
Bawak baju kurung 2 pasang dan jubah 2 pasang.
(dah cukup banyak dah) tapi kalau korang nak selesa lagi, bawak ja t-shirt
muslimah dengan slack kaler gelap. tak salah pun asalkan menutup aurat. Kat sana
kemana-mana pun dalam telekung, so, pakai jela apa pun kat dalam tu.
2.
Bawak 2 seluar panjang untuk pakai kat dalam.
3.
Bawak 2 baju inner lengan panjang dan hantar
tailor suruh dia jahit poket depan.
4.
Telekung 2 pasang
5.
Kasut untuk bergerak ke masjid- 1
6.
Kasut untuk perjalanan jauh dan mendaki -1
7.
Stoking secukupnya dan handsock 1 pasang
8.
Mask muka atau purdah buat sendiri
9.
Pakaian keperluan ehem2...
10.
Baju tido satu pun cukup.
11.
Gunting untuk tahalul. Bawak sendiri-sendiri dan
sentiasa pastikan ada dalam beg.
12.
Bawak la ma’thurat.
13.
Vaseline jangan lupa.
14.
Ubat adalah wajib. Panadol, ubat batuk, strepsil
bawak banyak sikit, dan ubatan yg sesuai.
15.
Plastik kasut.
16.
Sejadah kecil.
17.
Botol spray. Ini adalah keperluan, terutama
sekali di masjidil haram. Dalam flight pun sangat perlu. Toilet flight kan
sangat kecil, susah nak ambik wudu’.
18.
Barang mandian jangan lupa. Bawak sekali sabun
basuh dan hanger. Hanger sangat penting.
19.
Kalau anda peminat kafein tegar seperti saya,
pastikan bekalan nescafe 3 in 1 atau radix adalah mencukupi.
20.
Duit sangat perlu.
21.
Kalau anda masih bujang trang tang tang seperti
saya, bawakla NAMECARD secukupnya. Hahahahaha
22.
Paling penting, bawa la sekeping hati kesana
untuk beribadat.
Kalau pegi tak bawa apa2 pun
takpa, kat sana berlambak semua tu.. yang penting bawak diri dan hati.
Passport jangan lupa ya..., bawak
beg besar adalah bonus, nanti kat sana korang akan paham.
Sila rancang jadual, saya
berkali-kali diingatkan supaya merancang jadual oleh Dr Istiqama. Tapi saya
sendiri taktau apa yang perlu dirancang. Bagi saya, ia bergantung kepada jadual
aktiviti travel agency. Namun, sebagai persediaan peribadi, saya mencadangkan:
- Belajar
sujud tilawah. Mana tau tetiba imam buat sujud tilawah
- Belajar
sujud sajadah
- Solat
jenazah
- Solat
sunat rawatib
- Solat
taubat
- Solat
tahajud
- Solat
hajat
- Solat
tasbih
- Ingat bahawa di madinah dan mekah tiada doa Qunut. Ikut jela imam buat apa. Pastu kat masjidil haram tak payah buat solat tahiyatul masjid sebab kita akan buat tawaf, tawaf dah menggantikan solat tahiyatul masjid dan kat situ juga takda waktu yang diharamkan untuk solat. Anytime.
Kat masjid nabawi atau masjidil
haram, quran berada di mana-mana sahaja. Nak bawa dari malaysia boleh, taknak
bawak pun boleh. Kalau bawak lagi bagus kot, sekurangnya kita boleh baca
terjemahan. Tapi toksah la bawak yang gedabak (walaupun saya bawak yang gedabak), ada ja quran yang kecik tu yang user friendly.
Pastikan juga datang awal ke
masjid. Datang awal yer, sejam sebelum masuk waktu solat, pastikan dah berada
di masjid. Masuk jer, minum air zam-zam sejuk, wah nikmat gila...
Wah, dah tamat..
Anybody nak pegi palestine??? do contact me, mau folo..
3 comments:
banyak membantu entry ni..tq
Terima kasih atas perkongsian. Semuga Allah memberkati hidup mu
Sama-sama.. Semoga berguna untuk semua
Post a Comment