Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Wednesday, January 18, 2017

KOREA TRIP - JEJU TOUR DAY 1 and 2

Hello... 

Semalam tidor sambil merindui tangerine Jeju ni... Waktu conference, organiser sediakan tangerine Jeju atas meja, kalau kat malaysia ni organiser biasa letak gula-gula. Tapi participant macam tak minat sangat tangerine ni atau maybe depa malu nak makan, so banyak la yang berlebihan. Dalam 2 kotak macam tu.

Lepas habis dinner, depa letak satu kotak besar tangerine dekat tepi kafe. Pastu offer dekat kami (beberapa orang kat meja sebelah kotak tu) suruh ambik lebih sikit (maybe lebih 2 atau 3 biji). Opkos la saya ambik lebih. Dah naik bilik, mandi, kemas semua, masuk dalam duvet, baru terpikir kenapalah aku tak angkut sekotak lebihan tu naik bilik. hihihihi.. Menyesal gila. Mahal kot tangerine ni. Boleh bawak balik Malaysia sourvenir percuma. kuikuikui.


Tangerine yang dirindui. Sedapnya. Saya makan bendalah ni as early breakfast and late supper. Jugak as snack after tour, sementara nak mandi sebelum tidor. Eh, jelas pulak explanation aku.
 Pagi 1 day tour tu, saya bangun awal, pakai heat thermal, baju tebal dan jaket bubble. By 9am kami dah kena berkumpul kat lobby hotel untuk start our tour. Ada lebih kurang 20 orang yang joined this trip. 


Dari bilik hotel saya. Saya kat tingkat 10, hillview mengadap bandar. Ok la hotel ni, selesa. Yang penting bantal empuk dan tilam tak sakitkan badan.


Kami naik bas tour. Adoyai, driver bas ni boleh buat orang sakit jantung mati cepat. Giler la depa drive.


Kebanggaan Jeju. Halla-san. Mount Halla. Tengok dari jauh je la.. Dari angle berbeza akan nampak bentuk yang berbeza. Ada satu angke tu akan nampak macam Fuji-san. Marah orang jepun kalau baca ni.


Dari tempat kami berhenti rehat sekejap sambil ambil gambar Halla-san ni, ada lebihan salji 2, 3 hari lepas. Boleh la merasa nak pegang salji. Lepas kempunan..


Nasib la ada tourguide tolong ambilkan gambar. Konon-konon nak ambil gambar background Halla-san, tapi rasa macam berlatarbelakangkan jalan tar je.


Dalam bas. Saya kat depan sekali, duduk sebelah tourguide. Uncle belakang pakai spek hitam tu dari Singapore, teman wife dia (lecturer kat Singapore) yang join conference. Anak lelaki dia pun joined sekali. Sebelah tu, sang lelaki tu bersama awek dia dari taiwan rasanya. Ada beberapa lagi students dari taiwan. Belakang tu yang nampak pakai spek hitam, dari %5R$^*AEL.. Dia claimed dari ISRAEL????? Malas nak layan..
 First checkpoint, kami ke Jeolmul Natural Recreation Forest. Best giler sebab kat sini masih ada salji. Yeay, jenjalan atas salji. Pokok-pokok kat sini pun cantik. Trek simple tapi menarik dan berkemungkinan boleh mengundang kecelakaan.. haha

Jalan jela ikut trek yang disediakan. Tapi better jalan ramai-ramai, nanti akan ada kawasan yang sunyi and bercabang. Tak pandai baca hangul, matik la


Lake ni dah beku ayaq dia.. Tengok, guna satu jari pun boleh!!!


Nampak lake ni macam biasa je kan, tapi.... beku dah... Jangan disangka, air yang tenang tiada buaya...


I suka gila laluan ni.. laluan yang masih bersalji...


Ini participant dari Japan.. NO, im not obsessed with Japanese. Tapi, memang tiba-tiba dah bejalan and bersembang sesama.. Lecturer ni bawak wife dia, belakang tu.. Siap bagitahu lagi, nanti kalau ke Niigata, contact dia, (dia mengajar kat Niigata university), dia nak bawak jenjalan.... yeay


Epik kan gambar ni??? i love!!!


Ni Sunny, tourguide.. Tapi cuaca masa ni pun memang sunny. Best la, terang yang dingin. Dingin la, kekadang kosong degree. Tapi most of the time, below 5degree.


Teringat buku "The road not taken".. ini map taman ni..
 Then, we ols move to perkampungan Jeju Folk Village. Menurut tourguide kami, setiap rumah disini dipelihara dan diberi elaun khas oleh kerajaan.Dengan syarat, mereka mesti mengekalkan struktur lama rumah mereka. Boleh stadi lebih sikit kalau korang datang sini sendiri, sila bertanya kepada encik wikipedia, dia bijak nak mampos.
Kami singgah rumah uncle ni. Hebat uncle ni, boleh cakap melayu sikit-sikit, maybe sebab ramai pelancong dari malaysia, indonesi atau singapore yang pilih rumah dia. Dia terang sikit-sikit pasal sejarah Jeju, sejarah perkampungan, nilai budaya dan asal-usul penduduk Jeju.


Rumah dia pernah jadi lokasi penggambaran muvie. Tapi saya tak ingat la tajuk apa muvie ni. Banyak jugak poster muvie ni digantung sekitar Jeju,


Uncle ni bawak kami tengok sekitar rumah, tengok telaga dan jamban (bawak tempat berak tu dia bela babi, opkos la saya lari jauh-jauh sebab geli).. oh, dia dah tak berak kat situ ler sekarang, moden sudehhhh.. Then dia bawak masuk dapur, jamu teh sejuk, and terang sikit-sikit apa yang dia jual. Ada serbuk teh dan sabun apa tah, kitorang semua tak eli pun, sebabbbb, ermmmm, mahal la jugak, i mana mampu... Biar tak cantik, jangan poket kosong!!!!


Depa semua kusyuk dengar explanation selepas keluar dari dapur. Masa ni dah nak say goodbye dah.


Next, we moved to makan lunch. Dekat hujung kampung. Ada satu kawasan kedai-kedai. So, kitorang stop situ and pilih satu kedai ni untuk makan. Sunny kata, kedai tu antara yang tersedap. Eh, ada ka makanan korean sedap?? Hahahaha.. Boleh la, dah lapar ni rasa apa pun sedap.


Yang lain-lain makan pork belly la, black pork la, kite diberi makan grill fish.. Tak pasti ikan apa ni. Tapi kat Jeju, makanan semua adalah terbaik. Sebab air dan tanah di Jeju adalah antara yang paling terbaik di dunia. Hey, tanah volcano kot.


Pasangan Indian ni memilih untuk teman saya makan fish. Padahal depa makan je babi. Sedap la kimchi kat sini. nyum-nyum, sedapnya. Lepas makan, rasa melugai. Nasi habis separuh mangkuk je.
 Then, kami ke Seongsan Illchubong Sunrise Peak. Jauh jugak la. 

Di Jeju, banyak sangat kincir angin. Untuk simpan energy, kagum la. Depa pandai gunakan natural sources yang ada. 


Captured dari dalam bas. Best kan. Banyak gila kincir angin ni.


Ini la Seongsan Sunrise Peak. Untuk new year, depa akan gather untuk tengok sunrise 1 January kat sini. masa kami sampai ni, 30hb Disember, khemah dah penh di dataran. Kereta pun dah penuh di parking. Orang dah mula berkumpul, park kereta siap2 sebab takut full nanti. Hotel memang dah fully occupied dah masa ni.


Awal sampai tu, kitorang pegi tengok dulu woman diver buat show kat kaki air. Turun sikit, jumpa la. Penat jugak walaupun jalan sikit je. Hadoi la. Ni la akibat gemok maleh eksercise. Show ni nak tunjukkan betawa woman sangat hebat, boleh dive and tangkap ikan. Depa siap buat persembahan nyanian lagu untuk gather semangat depa. Pastu depa pun terjun. Once depa terjun, saya dah start merayap.


Bergambar itu penting. Kata nak update instragram.


Bergambar lagi. Nasib la ada selfie stick ni.
Ciptaan Allah tu memang terpaling Indah. Tiada pendua.


Ok, gambar ni berjaya upload dalam instagram.
Kat hujung sana tu, Jeju Mini. A small island.


Saya dah start memanjat masa ni. Dan juga dah start penat dan menyesal gemok.


Masa ni bukan setakat menyesal gemok, juga turut hadir adalah perasaan menyesal panjat gunung ni...


Masa ni pulak, perasaan yang hadir adalah, "Bagus la tak ikut kata hati"... Nasib baik tak patah semangat, kalau tak memang menyesal datang Jeju tak naik sampai atas gunung ni.. Kebanggaan Jeju kot... One of new wonderds in Nature


Nampak tak orang Jeju bangga dengan gunung ni.. Shape gunung ni sangat cantik



Then, kami pergi lepak kejap tepi pantai ambik angin.. Memang ambik angin sungguh.. 10 minit puntak sampai.. Sempat la selfie kejap..


Kat sini ada banyak kincir angin... Kat Jeju nimana-mana pun sama je, air laut sentiasa cantik...





Last checkpoint untuk 1st day tour adalah Manjanggul Lava Tube.. Yang menariknya, gua ni dari lava gunung berapi, berbeza la dengan yang dekat tempat lain, mostly adalah batu kapur. So, gua ni pun antara news wonder in nature. Kebanggaan warga Jeju nih..


"Kenapa abang pandang saya macam tu, saya malu tau!!!"...




Jalan je la sampai tempat yang dah tak boleh berjalan




End of day 1st... balik hotel, makan maggie, lena sampai pagi... eh, tengah malam bangun menggagau makan limau dulu.. Limau jangan dilupa..

.........................................................................................

On 2nd day of tour, ramai yang tak join. Ada lebih kurang 8-9 orang ja yang join kami. Ok la, lebih sedikit, lebih mudah perjalanan.. hahahahahaha

Kami ke Camellia Hill pagi ni. Nak tengok bunga Camelia.. Saya salah faham, ingatkan depa bagi makan babi bunga ni.. Bodoh aku.. Sampai tour guide tanya balik mana dapat idea macam tu... hahahaha







Lama jugak kami pusing dalam taman Camelia tu.


Habis je pusing, kami ke Sanbang-san di Seogwipo.. 

Subhanallah, cantik sangat tempat ni. Kat Jeju banyak laluan jalan kaki.. Walaupun masyarakat Korea tidak sebersih masyarakat Jepun, tapi depa berada dalam kelas rajin berjalan yang sama... Laju...  


Masa ni, saya asyik snap gambar ja..


Cantik gila-gila


Gambar ni without filter okey!!!!!


Macam nak kerja tukang masak/goreng ikan bilis kat Jeju je.. 
Habis jenjalan kat Sanbang-san, saya dah start makan snickers.. Saya lapar sampai nak termuntah dah masa ni.. huhuhuhu.. masuk angin.. so, naik bas, terus lena.. Tak boleh nak buka mata, sebab berpinar-pinar..

Kami pegi makan.. Kat restaurant Korea, makan secara buffet korean food. Terlalu sedap.. Teringat-ringat sampai sekarang. Dah la masuk je restaurant tu, semua pandang saya.. Hehe.. Menurut tour guide, ini adalah kali pertama dia handle muslim. Tapi, saya salute la dengan dia.. Dia memang betul-betul jaga.. Kat sini, dia makan dengan saya. Dan dia langsung tak ambik samada pork, meat atau chicken. Langsung tidak. Dia cuma makan nasi, sayur, ikan, telur, kimbap dan lain2 yang saya boleh makan.. Siap ambik kimbap banyak-banyak suruh saya cuba.

Waktu dia tengok saya ambik makanan dia siap tanya "banyaknya makan????"... hahahaha
Padahal, orang korea kan makan banyak. Means, saya makan memang banyak betol.. Saya kan lapar. Nasi dia sedap sangat kat restaurant ni.. Nasi saja pun sedap. Dia buat nasi dengan beras hitam.. Tak lembik sangat, just nice. Sayur semua sedap. Ikan sedap, ikan bilis sedap.. kimchi and sotong sedap.. Sedap la.. Sedap sebab lapar pun yer jugak.

R.I.N.D.U

Mustahil la akan ke restaurant ni lagi selepas ni.. Saya tak ingat tempat dia sebab saya kan terlena. Yang pasti kedai ni tinggi, dan menjadi tumpuan korean tourist jugak, selain masyarakat setempat. Saya rasa sorang makan dalam 10,000KRW atau tak lebih dari 20,000KRW... S.E.D.A.P

Tak jumpa dah makanan korea sesedap kat restaurant tu..

Gambo takda sebab pening masa sampai, sibuk makan kemudiannya dan kenyang terlampau selepasnya.. Tapi, masih terasa kesedapannya sampai sekarang..


Then, kami ke JusangJeolli Cliff.. 
Habaq mai, mana tempat kat Jeju ni yang tak cantik.. 
Masya'Allah... so beautiful...

Kat sini, batuan dia berbentuk heksagonal.. segi enam, segi lapan, semua segi ada.. cantik sangat-sangat..






Habis kat sini.. Kami ke.... tempat yang wanita je suka..
Tengok je, tak beli apa-apa pun.. Even, aiskrim yang dikatakan sedap "greentea matcha" pun saya tak beli.. Mahei.. Barangan innisfree puntak banyak pilihan.. "ala dayah, habaq jela takdak duit"
Habis je tour sekitar O'Sullock, kami ke Mysterious Road.. Kat jalan ni, pemandu bas matikan enjin, free gear dan.... kereta bergerak sendiri walaupun jalan tersebut menaik... hebat kan Allah jadikan tempat tu.. Mysterious Road ni berhampiran LoveLand.. Tapi kami tak masuk loveland tu sebab ada kanak-kanak bawah umur.. Bukan saya kata, tour guide yang kata hokey...

Berakhirlah perjalanan kami.. Lepas hantar couple 'israel' tu dekat airport, bas hentikan kami dekat hotel. Masing-masing akan menuju ke destinasi sendiri.

Saya naik atas, makan limau dulu, basuh muka semua.. Turun balik..

Pusing kawasan sekitar.. jalan kaki je la...

Bye Jeju.. Thanks for being so nice to me...




No comments: