Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Wednesday, January 11, 2017

Tahun Baru 2017

Assalamualaikum,

Happy New Year 2017 everyone…. Im just 11 days late

Tahun 2016..
Yang seronoknya:
I spent more time with family
Family members bertambah selepas 2 anak sedara berkahwin
Ekonomi family bertambah baik
Saya masuk kerja dengan semangat baru sebab baru sangat balik dari Jepun
Projek Sciencefund berakhir dengan baik pada penghujung 2016
Berjaya tour semenanjung Malaysia naik viva
Viva dan konvo Masters dengan gumbira
Professor dan Madoka datang Malaysia
End my 2016 in Jeju Island alone

Bila melihat semula ke tahun 2016, Allah bagi banyak kegembiraan dekat saya..

Kusangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari:

Berita yang paling sedih dan menyebabkan saya terhenyak adalah bila saya diberitahu anak sedara saya disahkan menghidap kanser darah.. Saya tak menangis masa tu.. Saya sangat clueless.. Terdiam, tak tahu nak react macam mana.. Saya tak tanya khabar dia selama beberapa hari sebab saya tak tahu nak bagi reaksi sedih atau tabah… Alhamdulillah.. After kemo dan still dalam proses kemo sebenarnya, dia semakin sihat, semakin baik dan berat pun dah bertambah. Kadang-kadang, saya takut jugak, macam mana kalau sel kanser tiba-tiba aktif kembali.. Sungguh, setiap kali fikirkan pasal dia, air mata saya jadi sangat murah. I can be very emotional by just thinking about her. Belum cakap lagi tu, kalau saya cakap pasal dia, rasa kering tekak ni sebab tahan perasaan. 

Bila Doktor yang hidap kanser tahap 4 meninggal hujung tahun 2016, dia terkesima. Dia terkejut, saya nampak perubahan air muka dia sebab saya yang maklumkan dekat dia Doktor tu meninggal.

Lepas saya balik dari Korea, dia cakap dengan saya:

D: Kakyana putih sama macam Doktor tu kan. Orang yang ada cancer memang putih macam tu kot?

Saya: Mana ada. Dia putih memang nampak sakit. Hang putih tak macam orang sakit langsung.

Memang dia putih lain macam, kadang saya panggil dia mayat bergerak. Dah la putih, kurus kering pulak tu. Hahahaha. Saya taknak treat dia sampai tahap nak jaga hati dia seolah-olah dia memang sakit. Saya treat dia sama macam saya treat yang lain. Tapi, hati saya dicarik-carik bila dia masih muntah selepas makan ubat kemo. SETIAP HARI. Muntah dan lemah. Saya cakap dengan dia, “rasanya putih ni sebab makan ubat kemo, kan dah sihat, Stop je la makan ubat. Ubat-ubat ni yang akan membunuh, bukan sel kanser”.. hihihi

Aishhhhh…. Malas nak cakap pasal dia dah…………..

Dari segi kerjaya, Allah lanjutkan pengalaman saya sebagai ketua projek sehingga hujung tahun. Saya rasa 1/3 dari 2016 dilalui dengan saya tak dapat tidur malam. Mungkin imsomnia barangkali. Cuma, saya sangat pasti faktor saya tak dapat tidur adalah masalah kerja. Tapi, tu la kan. Allah bagi solution one by one. Mula-mula projek dapat extend, then satu paper accepted for publish in RSC, then dapat present 2 papers di Langkawi and lastly dapat present satu paper di Korea. Perit projek ini, tapi disebabkan projek ini jugak la saya dapat ke Jepun dan Korea. Dan disebabkan ini la jugak saya dapat naik Gunung Fuji dan cuba zipline di Nami Island. Dan Allah bagi saya pengalaman handle 3 orang staff. Hebat percaturan Allah bagi.

Saya mahu tinggalkan kenangan 2016 dalam blog ini terus. Taknak dah toleh-toleh. Babai 2016

Selamat Datang 2017
Saya mula kan tahun ini di Seoul, Korea, alhamdulillah.. Ya, secara solo traveler tapi semua kos ditanggung SIRIM…hihihihi (jangan bagitahu CEO baru)



No comments: