Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Friday, January 13, 2017

KOREA TRIP- PART 1- Departure


Im so happy tonight. Shan yang kerja sekali di NIMS, Japan messaged me. Sending our articles, published by RCS (Royal Society of Chemistry). Walaupun sebenarnya contribution saya amatlah kecil, sekecil kuman agaknya. Tapi, mungkin yang kecil itulah yang significant agaknya.

Happy yang seterusnya adalah sebab besok malam Izzati akan turun kulim. And we will spend Sabtu Ahad disini bersama-sama. Sabtu rancangnya nak jungle tracking, kalau larat la, most probably macam nak ajak dia jenjalan queensbay atau gurney atau paradigm mall. Lamanya rasa tak window shopping. I love shopping, tetiba.. Padahal poket kering. Kahkah. Tak kelakar sebenarnya nak shopping time poket kering.

Eh, apahal mukadimah panjang sangat ni.

Nak cerita macam mana boleh terjebak ke korea ker kite?

Waktu kat Jepun haritu, dah aimed dah, end of 2016 nak ke New Zealand. Hamboih tak agak-agak, nak ke new Zealand kengkonon. Tapi, macam yang dok tulis sebelum-sebelum ni, research yang dok buat ni kan macam takdak output. Memang angan-angan je la nak ke obesi lagi.

Sampai la around September atau early Oktober macam tu la. Memang dah tengok dah pasai conference kat Jeju, tapi tak yakin akan mampu pi ke tak. At same time, dah allocate la sikit bajet project untuk ke sini. Incase tak dapat pi, moh ler kita travel ke Shah Alam bebanyak kali. Gituuuu. Then, dalam pertengahan Oktober, rasa yakin mampu tulis paper. Tungkus lumus la masa tu. Ingat lagi, hari nak ambik jubah konvo, saya stay kat USM sebab nak tulis final part paper dan terus submit guna line wifi USM. Adakah patut bagi kredit dekat USM jugak????

Lepas submit, senyap je. Nak cerita kat orang pun takut, takut paper direjek. Tapi first week of November, dapat emel yang paper accepted, and kena buat correction. Tungkus lumus ler kita buat paperwork mintak nak ke obesi dekat Papa Besar kita (MOSTI). Dan turut la jugak bertungkus lumus buat correction waktu tengah excited jumpa Madoka, kat Langkawi. Ni la reason kenapa tak boleh nak excited jumpa Madoka, hati separuh dah kat Jeju masa tu. Hihihihi

Gedebuk gedabak, pong pang cikyah semua ada, by pertengahan Disember dapat result MOSTI lulus (after bertubi tubi hantar emel). Masa ni jasad pun dah sampai Jeju. Gila excited. Beli tiket flight AOR-KLIA-INCHEON-GIMPO-JEJU-GIMPO-KTX-BUSAN-KLIA2-AOR dekat RM4000. Harga tiket pun dah boleh pi balik London. KTX tu train paling laju di KOREA, antara Seoul ke Busan Cuma ambik masa 2jam setengah. Since, saya kan takut naik katebang, maka, alang-alang dah sampai, moh ler kita jenjalan. Saya pergi sorang jer, takdak laki nak ajak teman, hehehehe. So, saya rancang after conference nak balik ke Seoul, tidoq 2 malam and ke Busan naik train dan tidoq 2 malam kat sana. Last day nak balik Malaysia dari Busan. So, hotel di Seoul dan Busan adalah sendirian berhad, ditanggung halalan toiyibban oleh tuan empunya badan.

Its winter time masa saya pergi Korea. Jangan buat memain, suhu waktu siang kat Seoul memang mostly negative masa ni, I prepared a lots of ubat prescribed by doctor.  Tentatively, saya akan ke Korea start 27th Disember malam and balik ke Malaysia on 5th Januari. So, winter attire amatlah mustahak (bubble jacket, coat, gloves, a lots of stokin, heating attire few pairs, mufler, and bonjot kat kepala taknak bagi telinga freeze) dan inilah factor beg menjadi sangat besar. Juga perlu bawak bekal makanan yer sebab tak sempat nak stadi kedai makan halal kat korea. Apa susah, maggi kan ada, hahahaha. And kakak saya sediakan jugak sambal bilis. Walaupun sambal bilis ni tumpah dalam beg and kena kain telekung sikit. Next time kena bawak sambal yang betol-betol kering. Berbau sambal telekung I, nasib baik kusyuk lagi solat, like really?

Okay, kita pendekkan cerita. Saya terserempak dengan bos kat airport KLIA. Beliau pun nak ke Seoul jugak malam tu. Tapi, kami takda la naik duduk sebelah-sebelah. Bos ada factory visit kat Seoul sehari je pun esoknya tu, lusa paginya dah balik. Lotihnya la dengar pun. 

Antara yang hantar kat epot, ada mak and kakak jugak. Depa dua ni memang selfie gambaq depa ja memanjang.
Masa ni dah excited hantar gambar kat semua orang bagitahu boleh tidor kuak lentang japgi.

Tiba-tiba jodoh datang (besar harapanku!!!).. hahahahaha... Keciwa masa ni
Kat dalam flight, dekat nak take off, ada Korean young guy datang duduk kat sebelah. Bila flight dah stable, steward datang and tanya soalan yang, WTfish???
Steward: Excuse me, are you two together?
Masa ni daku dah nganga terkujat. Mamat sebelah pun terdiam.
Steward: If not, and if you are okay, one of you can move to behind. We still have empty row at the back. 
Yeay, sebab Korean tu duduk tepi I, I pulak tepi tingkap yang dah strategic dah, beliau lah yang kena bangun and pindah ke belakang supaya saya selesa nak tidoq kuak lentang. 

Oh ya, kami naik MAS malam tu, dari alor setar-KLIA-Seoul. Tiket last minute, dekat RM1500. Hurmmmmm

Flight touched down Incheon at 7.10 am. Turun tu ambik luggage dan terus cari tempat nak solat. Pandai-pandai la cari tempat tersorok. Sebab saya dengan bos and 2 orang dari kampeni consultant yang datang dengan bos, its much easier, tak kekok sangat. After settle, kitorang pekena kopi kat airport. Lepas kenyang and dah refresh, saya ambik bus untuk ke GIMPO airport. Oh sebelum tu, saya topup dulu T-money sebanyak 20,000KRW (tak cukup pun). Bersepah kedai kat epot tu yang boleh topupkan kad, GS25, 7 eleven and many more.  Harga one way Incheon Airport ke Gimpo Airport cost around 5000KRW, yang ni saya bayar pakai T-money, naik bas touch je kad tu dekat mesin dalam bas yang depa dah sediakan. 

Morning coffee with bos and ada 2 orang lagi orang kampeni consultant yang bawak ke sini. Bukan bos belanja, mereput la berharap, hahaha, orang kampeni tu yang ajak and even orang kampeni tu yang beria ajak join depa.. Kan dah kata memang mereput la tunggu bos ajak, eh!!! ex-bos.. Sebab tu jadi ex.. Sebelum mereput.. hahahaha
Bos tanya kenapa tak naik train. Well, lebih mudah naik bas sekiranya ada big luggage. Korea structure adalah bergunung ganang, jenuh ler nak junjung beg besar dan berat naik train, ditambah dengan limited escalator services. Sila naik bas yer kalau nak mudah dan jimat tenaga. (Sila sediakan wang lebih kalau nak naik bas, kuikuikui)…..

Masa ni gedik-gedik capture gambar Incheon kengkonon, last sekali, boring...


Sampai Gimpo airport sekitar 11.30 am. Saya dah booking tiket return Jejuair dari Malaysia lagi. So, saya terus ke kaunter dan minta kat orang kaunter tu nak fly awai. Bagusnya, depa memang layan dan letakkan nama saya dalam senarai menunggu. Finally saya dapat naik flight 12.45pm kot, kalau ikutkan flight asal yang saya beli 1.30pm baru nak gerak. Ok la tu dapat pi awai. Sekurangnya dapat landing awai, I means landing atas katil.. Hehehe.. And, saya reached Jeju International Airport pukul 1.45pm.

Dah sampai epot.. Masa sampai ni terus ke kaunter Jeju Air dulu setelkan pasai tiket semua. Dah dapat tiket dia yang macam resit beli barang kat pasaraya tu, boleh la merayap sekitar epot.



Bila dah sampai masa, kita bergerak ke tingkat atas.. Departure kena naik atas.. Airport ni kecik jer, padahal international.. Macam airport Penang la lebih kurang
Dari Jeju Airport, naik cab (yang uncle driver tu sangat ganas dan kasar) terus ke hotel tempat conference. 
 
Jeju International Airport
Selalu tengok yang pakai military service ni dalam drama saja.. So, nampak adik ni pestime terus jakun nak tangkap gambo.. Lepas dah beberapa hari memang merata dan berkeliaran je budak-budak pakai baju military service ni.




Naik cab ke hotel cost me around 5400KRW. Mahal la sebab airport dekat gila dengan hotel, tapi tak kisah la asaikan sampai. I paid hotel in cash, around 415,000KRW for 4 nights. Naik bilik, refresh, makan and opkos la turun balik. Jenjalan ler….

Hotel RegentMarine The Blue betul-betul mengadap laut, tepi laut, dekat pelabuhan. Area pekan Jeju Lama. Kapal cruise parking depan hotel. Petang tu saya jenjalan, ambik angin segar, hirup O2 banyak-banyak, and click on lots of beautiful pics. 
my cozy bed


Hotel mengadap pantai, betul-betl mengadap pantai.. Cuma bilik saya mengadap hillview sebab nak reduce kos. Mahal kot hotel kat Jeju. Sebab dibayar je duduk hotel, kalau sendiri, memang pilih hostel je la






Laut depan hotel






Malam tu tidor nyenyak. Penat??? Hey, katil hotel tu sedap nak mampos. Masih merindui keempukkan katil hotel tu saat ini….

p/s: Gambar nanti la kita compile sekali.. Malas nak upload pakai line kat rumah. Slow kalahkan siput sedut, nyut----nyuttttt

No comments: