And khamis pagi tu aku present to panel MOSTI. Successful. Kalau tak successful khamis ni, memang aku xkan ada mood la untuk percutian dengan zati dan timah ni. Ko rasaaaaaa.
Jom layan gambaq. Since Timah kerja di Gurun, so dia naik train dan turun di stesen kuala kangsar. Zati plak drive dari ipoh ke kuala kangsar.
Masa pagi depa gerak dari kuala kangsat |
Excited dapat rasa one of the famous coffee in kelantan |
Sampai je Kubang Kerian, depa ambik aku dan kami terus shoot ke Besut. Malam ni kami akan bermalam di Bukit Keluang Beach Resort. 1 malam harga bilik untuk 3orang adalam RM198.00.
Lepas checkout, just p melawat tempat start hiking. Bukti dah sampai.
Dan kami singgah setiap pantai dari besut ke KB. Name it, semua kami turun melepak, just to kill the time. Gambar ni, korang boleh agak tak dia tengah cari apa dalam air.
Dia cari masalah gais!!!!
Pantai melawi ni, macam teh beng air dia.
Since kami sampai KB around 4pm, aku suggest untuk terus gi makan celup tepung dekat Acutera. Actually depa nak makan celup tepung kat area besut or tengganu, tapi aku lebih prefer sini sebab murah, quality ok dan ada kerang celup tepung.. Hey, mana ada kerang celup tepung di pantai penarek tu. Sini ada ok. Makan semua dalam gambar ni, 2 coconut shake serta 1 air kelapa, total cost RM53. Murah yakmat kan.
Lepas makan, takdak aktibiti apa, terus kami ke bilik di KB yang zati dah booked di Cerana Resort, KB. Kami stay sini 2 malam, dengan kos 2 malam RM298.
Orang Kedah nak rasa nasi kerabu linniey. Semua ni total kos RM36. Dalam pinggan tu kerabu rumpai air, tapi kami syak kelapa dia dah basi sebab rasa masam sangat. Masam tu due to kelapa dah tak elok.
Lepak pantai senok lepas makan just to kill the time.
Lepas shopping di pasar siti khadijah, aku ajak solat asar dan maghrib di masjid kampung laut. Cantik area sini.
Auw, bakal isteri siapa ni?
Lepas maghrib, bawak depa lepak kedai kopi legend kat KB.
Aku pun first time explore KB malam2.
Lepas checkout, kami breakfast di Kedai Oren Kubang Kerian. Bagi ore kedah makan roti gedik versi kelate.
Sebelum balik, kena la bawak tempat aku lepak. Sungai sri pulau kat belakang rumah sewa lama aku.
On the way balik, boleh pulak sang gajah ni ucap selamat tinggal kat depa.. ahahahahha
No comments:
Post a Comment