Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Sunday, July 26, 2015

Pre-Raya, Raya dan Post-Raya 2015.. Dramatik sangat

Assalamualaikum,
Selamat Hari Raya.. Maaf zahir dan batin..
Banyak benda nak share pasal Ramadhan, Raya dan Syawal 2015 (setakat harini la, tak pastila drama apa pulak lepas ni)
Ramadhan
Ramadhan yang tenang tapi mencabar minda.. Banyak jugak benda yang berlaku tak seperti yang diharapkan. Start dengan tempahan kerepek dan semperit last minit supplier bagitau tak dapat nak supply (erus malas nak deal taun depan, hahaha)…
Then, tiba-tiba dapat tau speaker Singapore taknak datang Malaysia ( satu hal pulak nak cari orang lain yang dapat suit dengan ongkos yang diluluskan sebab waktu isi proposal buat costing guna ticket flight Singapore and guna converter Singapore, sakit kepala pikir)…. Then En Nik bagitau pihak Japan takdapat nak kontek, langsung depa tak reply emel and so on (ah sudah, bertahun tunggu, lepas lulus ini pulak jadi)…
So, duduk diam2 lepas solat terawih, sambil minum kopi panas tengah rumah sorang2, renung semula, sampailah tenang, dan percaya semua yang berlaku ada hikmahnya.
Inilah yang dikatakan kalau Allah kata Tidak, maka Tidak lah ia… walaupun ia kelihatan Ya pada kita..
Masa ni memang terlintas dalam hati
“Maka nikmat tuhan kamu manakah yang kamu dustakan”
MasyaAllah, a very soft reminder… So, lepas  tu terus rasa tenang dan OK, takda apalah, lets move on..
 
Kadang, takda la kadang sangat, memang selalu pun, kita (especially saya) terlalu gembira dengan nikmat bahagia sampai terlupa siapa yang buat kita rasa bahagia.. Kadang tengah duduk sorang, tiba-tiba macam ada angin lalu celah hati yang buat kita rasa tenang and rasa bahagia… korang pernah rasa tak… walaupun sekejap, sekali lalu je, tapi susah nak describe feeling tu… Especially bila duduk dalam kereta, samada dengar tazkirah atau lagu yang beri tamparan kepada kita dan kita rasa kena sangat dengan situasi kita masa tu…
Satu benda lagi bila suami kawan baik saya meninggal pertengahan Ramadhan. Bayangkan dia kol saya dalam 4.45 pagi, masa saya masih mamai sebab set alarm pukul 5 pagi.. Terus terbeliak biji mata sebab terkejut.. Lama dia tak pernah kol, saya pun tak sempat nak kol.. masing-masing bz.. Dengar je suara dia yang macam bermasalah, terus rasa bdebar. Bila dia bagitau husband dia meninggal semalam dan dah kebumi, saya macam tak percaya.. Saya taktau nak bagi respon macam mana.. Speechless… Tau saya jawab apa, OK La… hahaha… Sebab dia memang dalam proses nk bercerai dengan husband dia..(Teruk aku). Tapi still saya rasa kesian dengan husband dia. Yela, saya pernah jumpa, bersembang, mengikuti kes mereka, dan tiba-tiba saya dapati mereka berpisah dalam keadaan yang agak tragik. Lepas letak fon, terus tak lalu nak makan sahuq, minum susu dan tak sabaq nak kol dia nak update semula cerita…
Raya…
Saya kan tak buat baju raya, malam raya gigih jahit lace murah kat baju lama yang paling jarang pakai… Tau tak gigih gila jahit?. Bersungguh sangat walaupun mata tak larat buka… Dan sebab beli semester, letak kat tangan dan bahagian depan baju jer,, jadiklah...
 
Pagi raya….
Jeng.. Jeng… Jeng… Saya pun ambik la baju raya saya, shawl, baju mak dan bapak… Ok, kita mulakan iron baju yang lebih berusia.. Then sampai lah baju saya… Saya pun tengok lace kat baju sambal berkata dalam hati
“cantik jugak lace ni, pandai aku pilih kaler”
Sekali letak nak iron..
“Eh, awat macam pelik lace ni tak sama dengan leher pulak ni”…. Ohhhhhhh noooooooo
Taktau la nak gelak ka nak ketawa.. So, relax sat dan teruskan iron baju raya kesayangan sangat tu..
Jeng … jeng…
“Mak, tengok ni, cantik dak?” sambil pusing pusing ala-ala Hindustan…
You know whattttttt…. I jahit lace tu bahagian belakang baju dan bahagian depan kosong… trendsetter sangat… Lantak la, terus pakai pi surau solat raya.. Kakak siap kata, “eh, pesyen baru ka?”
Syawal ke-2
Malam tu dapat wasap dari no tak di kenali.. Oh, rupanya dari kawan zaman belajar arab dulu.
Alhamdulillah… setelah hampir dua tahun tak jumpa, dia wasap bertanya kabar.. dan jemput datang ke rumah baru dia.. dan bagitau
“Awak, kita ambik anak angkat perempuan umur 3 tahun, nanti datang la rumah tau”
Ya Allah, soooo happy.. Dia sebaya saya and still single.. Tak sabar nak p rumah dia dengar cerita…
Syawal ke-6
Mak saya tak sihat, jadi saya just chill kat rumah, malas nak keluaq.. Tiba-tiba dapat satu kol dari Skynet suruh keluar ambil barang di bank Islam pokok sena, alasannya dia cover sampai area PEKAN POKOK SENA SAHAJA… Ceh, lain kali letak la area yang cover terus dalam website.. Ok la, sarung jubah semalam then terus keluar..
Waktu odw, saya ternampak sorang budak perempuan pakai t-shirt putih, seluar track, sandang beg sekolah, pegang buku sedang jalan kaki.. kesiannya, dah la panas rembang, masa tu dalam 3.30 petang… Anak sapa ayah dia tak datang jemput ni?. Terus la saya p jumpa orang Skynet tu, then singgah wah seah beli barang sikit…
On the way balik, lebih kurang dalam 1 kilometer dari tempat saya jumpa budak tadi, saya terserempak lagi dengan dia, terus la saya stop… brek mengejut kau, sebab kat situ macam selekoh yang ada semak sikit… Pulak tu, situ kawasan ladang getah yang berekar-ekar, memang takda rumah orang, sunyi sangat… Pokok Sena kan…. Terus buka tingkap…
“Adik, nak pi mana, mai naik kakak hantaq balik”
Dia geleng-geleng.
“eh mai la, bahaya ni jalan sorang, takdak orang jalan ni.. Mai naik” kemas2 sikit seat depan, dengan rambutannya, kotak Skynet, barang wah seah… ayyok..
Tiba-tiba adik tu mencebek… eh pahal pulak budak ni..
“Adik nak pi mana, mai la naik kakak hantaq, jom-jom, mai masuk”
Terus buka pintu, dan adik tu pun masuk, tutup pintu, dan dia start menangis dengan teresak-esak..
“La, awat ni. Jangan la teriak. Ni nak pi mana ni, Mai dari mana?
Nak pi tualang. Dari rumah tadi…. (terus menangis)… saya lari dari rumah”
Omg…. This is omg..
“Awat lari dari rumah, nak p tualang rumah sapa”
“Tak tau. Ibu halau. Dia tuduh saya curi duit.. Saya tak ambik pun duit ibu”... lepas tu dia bagitau kat Tualang ada rumah kawan dia... senang sikit hati
“Ish, awat lagutu.. Ni ibu tau dak? Ibu tu sapa? Mak tiri ka?”… tengok sinetron banyak sangat..haha
“Dak, ibu tu ibu la…Ibu tuduh saya ambik duit dia. Saya takmau dah balik rumah tu. Ibu tu sayang kakak lebih”
“Ok, ok. Duit tu hilang banyak mana? Adik ni form berapa?”
“160.. tingkatan dua”
“La hai, kecik lagi.. takpa takpa.. rumah adik kat taman tu yang mana satu (sebab taman tu ada low cost and medium cost)”
“Takmau, satgi kakak pi bagitau ibu”
“Yala, yala.. Jom kakak hantaq pi tualang, tapi satgi mesej ibu bagitau ada kat rumah kawan. Jangan dok buat ibu qisau.. Bahaya ni jalan sorang-sorang. Kalau kena colek ka kena rogol ka, ishhhhhh bahaya ni”
Diam ja budak tu…
Dia mintak saya berenti dekat simpang nak masuk ke rumah kawan dia.. Sebelum dia turun saya bagi duit raya lebihan duit shopping kat wah seah..
Balik tu saya cerita kat kakak.. Kakak saya kata
“Awat hang tak kunci pintu keta, hantaq budak tu pi balai polis”
Danggggggg… seriously, saya neves sangat bila dia kata dia lari rumah.. aku pulak yang takut… tak boleh nak pikiaq apa.. Petang tu terus tak senang duduk,, dah la tak mintak no fon dia.. CEREDIK SANGAT HANG HIDAYAH!!!!!
Tadi kat opis, cerita kat depa, terus kena ceredik lagi.. Zu siap
“Nanti tulis la dalam blog”…..
Ok Zu, as u wish….
 Setakat ni saya tengok takdak lagi berita budak hilang di pokok sena, I. Allah adik tu mesti contact mak bapak dia macam saya suruh.. Hai, maciam-maciam cerita raya tahun ni...
 
 
 
 

Sunday, May 24, 2015

Perlu ke jadi bossy?

Assalamualaikum.. 

Nak lap peluh jap.. fuh fuh… baru habis mencangkul, peluh mencurah-curah, mood nak menaip pun masa ni la dia mai.. Waktu tengah dok bergolek-golek tu mood pun tergolek sama… 

2 minggu sudah, eju datang sini, dengan dijemput oleh saya. Memandangkan saya dah jemput dia mestilah dia pujuk-pujuk suruh saya hantar dia semula ke USM, yelah kuturutkan. Tengah menikmati nasi pecal lele sedap gila babas dekat depan U@Sains tu tiba-tiba sebut dia macam nak jumpa Dr Nasir. 

Saya pernah tulis pasal Dr Nasir, tahun 2010 agaknya entry tu. Mula-mula saya macam taknak jumpa lagi sebab segan pastu tak prepare apa nak pegi takkan nak melenggang tangan kosong. Tapi saya pun memang dah lama nak jumpa dia cuma selepas kes beliau diheret ke mahkamah, hasrat tu terkubur. Terkubur sebab kalau jumpa dia tak tau nak react macam mana. Then, saya pun cakap la setuju. Kol Dr N dan dia bagitau dia dah keluar dari desasiswa dan duduk di kondo dekat area USM jugak. Kitorang pun ke tesco beli hokkaidocake yang mabeles dekat King’s pastu berpusing la dekat setengah jam baru jumpa kondo Dr N. Benda pertama yang ditegur oleh wife Dr once pintu lif terbuka (tuan rumah kena turun ambik tetamu sebab rules condo tu tak benarkan tetamu naik sendiri) adalah 

“Lijah berubah dah”.. 

 Yeeeee, berubah tu maksudnya gemok lah… Kami bersembang lama jugak, saya pun sempat la tanya serba sedikit perkembangan terbaru DR dan makan bihun yang dihidangkan pastu balik sebab nak masuk opis semula petang tu. Dr N adalah supervisor FYP dan Mentor saya sepanjang tiga tahun zaman undergraduate, orang yang banyak mengubah saya menjadi seorang yang lebih yakin dengan tindakan yang akan diambil. Zaman di bawah beliau adalah zaman yang saya banyak ketawa, faham erti sahabat dan zaman banyak main air mata.. Beliau pernah panggil saya ke bilik dan bagi RM 3000. 

 “Lijah, kau ambik duit ni dan pegi ke bank, bankin ke akaun mak aku”… 

 Gila kau.. menggigil saya berjalan peluk beg kuliah ke bank, dah la jalan kaki tengah panas.. Haha.. Pastu sekali tu, dia panggil saya jugak, 

 “Lijah, kau hantar dokumen ni ke dekan Teknologi Industri. Kau hantar terus ke tangan dia jangan bagi sesiapa tengok dokumen ni termasuk diri kau sendiri”… 

Tu dia, saya pun apa lagi, grab dokumen celah ketiak, jalan dengan yakin sejauh hampir satu kilometer ke skul teknologi industry. Sebab tu dulu kurus, banyak berjalan. Sampai je school teknologi industry, jumpa setiausaha dekan, saya bagitau yang saya nak pass by hand kepada dekan. Yappadeiii 

“Adik, dekan lambat lagi. Mungkin setengah jam baru masuk sebab ada meeting. Adik nak tunggu ke?” 

Opkos la saya angguk, gila tak tunggu, arahan bos besar kat skul kimia tak boleh lawan. Kan dah dikata jangan bagi sesiapa, terus ke tangan dekan. Melangut la sorang2 depan pejabat dekan. Once dekan masuk, setiausaha dia panggil terus saya masuk jumpa dekan. Lepas pass dokumen, 

 “terima kasih” 

Kembang kuncup sebab dapat jumpa dekan. Bangga dapat pass by hand. Balik tu Dr tanya, 

“Lijah, kau dah bagi terus ke dekan ke?” 

Tu ok lagi. Ada sekali Dr suruh saya ikut dia ambik barang. Sekali kena sound, 

 “Lijah, kau jalan terkedek-kedek kenapa. Cuba jalan laju sikit. Jalan pun lambat” 

Tudia, mulut boleh tahan. Ada sekali time ITEX, saya buat latihan industry dengan DR masa tu sebab takda kilang nak ambik saya. Masa diorang ke itex, saya kena jaga lab dan bilik Dr. Dan kena jaga family Dr. Malam2 kena ke rumah DR temankan wife Dr… Haha.. Macam bibik pulak aku masa tu.Tidur je la, esok pagi saya masuk lab macam biasa. Ada banyak kenangan pahit dan manis sepanjang menjadi student DR. Satu yang dia tekankan, setiap kali balik dari kampong kena bawak buah tangan. Dan setiap kali nak balik kampung kena mintak permission dia sepanjang jadi student FYP. Tapi pernak kantoi sekali balik kampung tak mintak permission tapi muka saya masuk paper The Sun kena interview pasal pembinaan escalator di terminal feri Penang. Terus DR panggil marah-marah dan sebut,

" Dah la balik tak mintak izin, muka masuk paper besar pulak tu, muka aku masuk paper selalu kecik je"... hahaha.. masa tu perasaan sedih kena marah dan lawak nak tergelak bercampur aduk...

Tapi disebabkan cara Dr handle student, Lijah Temah Kiah Esah dan Sahak pun jadi sangat baik dan sayang menyayangi antara satu sama lain.. cewaaaahhh.. macam end up as a happy family. 

Lepas habis belajar, Dr sms saya dua kali. Satu bagitau ada sorang lecturer di school kejuruteraan dan sorang lagi di school Teknologi Industri perlukan student master dan dia mintak saya mintak. Saya pun mintak malangnya sorang saya tak berkenan, sorang lagi pulak tak berkenankan saya.. Yeah, what u give u get back Hidayah… So, bila saya ke rumah Dr last 2 weeks dan melihat dia dirumah sahaja sebab digantung dari mengajar sehingga kes selesai, rasa sedih dan sebak.. He taught me a lot, especially about life.. I am today sedikit sebanyak dicorakkan oleh beliau. Walaupun Dr sedikit menekan tapi bila melihat dari segi positif it’s a good thing. Menyebabkan saya menjadi seorang yang menyuarakan apa yang saya rasa.. 

Ok, bab outspoken ni bos pertama di opis pun salah satu penyebabnya. Yang tu pun menekan jugak. Saya pernah tanya direct kat dia bila dia asyik nak marah-marah saya bila saya buat salah, 

“Dr ni asyik nak marah saya sangat dah kenapa”.. haha.. 

Terbalik, staff pulak pegi sound bos, sifat bossy tu dah menyerlah dari waktu status kontrak staff lagi.. Last week, hari khamis, saya kena present financial pogress projek depan VP RnD SIRIM. Takda la apa sangat just present macam biasa.. Tapi once habis present VP tanya satu soalan yang saya memang dah sedia skrip dah.. Gila terkejut sebab sebelum tu saya riki2 depa kata dia fokus on presentation.. Dia tanya soalan yang saya memang nak sangat dia tanya, 

 "Hidayah, saya nak tanya, awak ni gred berapa?" 

Seriusly,,, omg.. Depan semua bos, memang fokus pandangan ke arah VP, saya terus luahkan apa yang terbuku dalam hati.. Yes, yes, yes.. lantak la apa nak jadi lepas tu,,, Dah bos2 taknak buat something kita terpaksa luah perasaan dekat VP walaupun taktau la VP tu akan take action ke tak. Tapi tengok dia dah angguk2.. Ok la tu.. 

 Kui2.. Itu je.. babai.. 

Eh, kita dah ada improvement tau... nanti la kita cite..lalalalala

Tuesday, May 5, 2015

Laptop, Inovasi dan erm erm Fahrin

Assalamualaikum..

 
Buat gapo.. Bajet macam ada orang nak baca blog ni. Lately ni laptop macam buat hal. First time saya detect dia macam kurang sihat bila nak tengok movie dengan izzati malam hari buruh last week, tiba-tiba dia buat hal jadi blue screen. Aiyak. Cuak sekejap tapi takda la cuak sangat sebab rasa macam boleh lagi ni nak format.. Tapi bila bawak balik kampong boleh la pulak budak-budak bertuah tu main game.. Saje la tu nak main-main dengan I laptop ni.. Tapi… Tiba-tiba semalam dia tak boleh baca pendrive yang simpan segala maklumat thesis.. Seriyes memang cuak habis..Gabra taktau nak cakap…  Sebab nya, takda buat back-up la pulak the latest version thesis and powerpoint presentation.. Berpeluh la sekejap. Nasib baik bila buka kat opis takda masalah. So malam ni laptop ni dah bagi kerjasama Cumanya taktau la dia selesema ka apa, dok sedu tak habih-habih.. Macam-macam, mentang-mentang la dah lapan tahun dia nak tunjuk hero la ni..

 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

New topic plis.. ilmiyah la sikit hidayah!!

Ok, ok,,,
 
Sapa suka dengar radio Malaysia Kedah. Chanel 96.5 untuk negeri kedah, tempat lain tak pasti la pulak. Saya memang peminat setia RMK especially slot pukul 6 petang setiap hari. Yelah, balik keja masa tu memang tepat la timing. Slot pukul 6 petang adalah slot agama. Macam-macam la topic yang dibincangkan, adal hal semasa, hal rumahtangga, macam-macam la.. Sampaikan saya dah boleh tau kalau yang dok kol tu sapa. Dengaq suara pemanggil pun dah tau sapa. Selalunya ada sorang mamu dari penang memang rajin sungguh la kol, memang dah cam la suara dia kalau dengaq dia sebut… “Helllloo, assalamualaikum, ni mamu dari penanggg…”
 
Ada satu hari tu, RMK jemput Ustazah Nik salida, kalau tak silap la nama dia nik salida suhaila kot.. So topic yang dibincangkan haritu adalah inovasi. Kita make it short je la k. Apa yang paling menyentuh hati saya bila dia cakap pasal jangan berkira melakukan inovasi dalam kerjaya. Sebab nya.. Ustazah kata, dalam hidup kita yang bekerja ada dua bos. Satu bos di atas kita dan satu lagi bos yang paling besar. Jadi, sekiranya kita melakukan inovasi dan tidak dipandang bos di tempat kerja, janganlah merasa sedih sebab ada bos besar yang akan memandang kita.. Andai tidak menerima imbuhan yang besar sekarang, I.allah ada imbuhan yang besar di sana kelak… Bagus sangat topic yang dibincangkan petang tu.. Actually slot dia panjang jugak dalam 45minit termasuk  soal-jawab.. Untuk orang yang keras kepala, terlalu agresif, outspoken macam saya memang kena sangat topic yang dibincangkan tu. Hahahaha.. So, ok la, lepas ni saya kena la berubah jadi lebih cool, lebih relax, lebih sopan santun, lebih down to earth dan lebih segala-galanya.. lebih ayu, paling penting lebih kurussssss…la, la, la, la,,,
 
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
p/s:
Sekarang ni tengah berdebar fahrin nak kahwin dengan siapa.. berdebar la pulak tunggu dia nak nikah sabtu ni.. Janganlah tiba-tiba fahrin kol malam jumaat depan ajak kahwin dengan dia, nanti susah la nak buat keputusan, takkan nak kecewakan fahrin kot tapi at same time taknak hampakan orang lain.. plis fahrin jangan buat I berdebar, plis plis plis… I tak suka tau u biarkan I berteka-teki, I ni straight forward orangnya, kalau I rasa macam suka sikit-sikit pun I akan straight bagitau kat orang tersebut.. well, life is too short untuk nak pendam-pendam rasa pastu merana sensorang.. so not me..i lagi rela kena rijek dari tidur tak lena makan tak kenyang mandi tetap basah dok angau sorang-sorang..(ye, I memang muka tak malu)
 
 
 
 
 
 
 

Wednesday, April 29, 2015

Kini, Kini dan Esok


Hai..

Tengok, I dah selamat sampai Kulim.. Walau seronok dapat mengembara, tapi perasaaan bila nampak signboard Kulim tu sangat tak boleh nak describe..speechless.. Rasa macam terbuai-buai..


Dulu waktu masih lagi jadi kontrak staff, lepas 2 bulan beli kereta viva tu, saya terus kena outstation ke MINT, Dengkil. So, selepas seronok menjadi gila stereng selama 2 bulan, maka bermulalah pengembaraan yang penuh cabaran. Serius, saya sangat gila stereng masa tu, sebab sebelum beli kereta saya tak pernah pegang stereng. Pegang stereng waktu belajar kat kelas memandu dan waktu exam JPJ.. In between tu memang pegang handle motor je. Yang kelakarnya, selama dua bulan tu adalah tempoh nak belajar main dengan clutch and gear (ye la manual kan!!).. Sebulan yang pertama paling kelakar sebab time nak bayar tol memang guna konsep touch n go walaupun bayar tunai, lepas bagi kad tol tu terus blah… Nasib baik la time tu system PLUS tak delay.. Kalau delay memang palang tu bakal jadi sejarah lah..Sebab time nak ambik card and nak bayar tu gear memang sentiasa kat Gear 2..Haha, takut kereta mati enjin sebab tak pandai main clutch.. Ok, back to story…. Waktu ke MINT, memang dah niat nak buat kerja kat sana 3 hari ja.. Nak dijadikan cerita, tiba2 pegawai yang berurusan dengan saya ada hal urgent 2nd day dan dia nasihatkan saya tak payah datang MINT, just datang on 3rd day.. Yeay-yeay… Paling double yeay bila malam 1st day tu kawan saya yang belajar kat UKM bagitau dia dan kawan2 nak ke Genting esoknya.. Tango dan chacha la saya malam tu.. Mesti la nak ikut.. OK, bukan cerita Genting yang nak cerita. Actually, saya drive sorang pegi dan balik dari KL, superwoman kan saya. Lepas habis keja di MINT, saya terus ke AMPANG dan stay dirumah pakteh.. Rasanya saya pernah cerita pasal Pakteh yang single dan loaded ni.. Since dah pernah cerita pasal Pakteh so kita skip la promoting dia.. So, balik kedah, lepas ja tol Juru, tempat pertama yang paling saya rindu gila-gila time tu, TIME TU LA, adalah Kulim Mall… Haha.. Terbayang-bayang tomyam dan nasi goreng ayam merah Kulim Mall yang suatu ketika dahulu.. Ohsem sangat.. Sampai ja Kulim, saya terus ke Kulim Mall bungkus makanan baru balik rumah. Padahal dah makan kat RnR.. Ok, habis cerita.. Kesimpulannya, harga makanan sebelum GST memang sangat ohsem…. TAMAT…
 
 

Last week kan seminggu takda kat ofis. Pastu masuk kerja pun terkejar-kejar ke USM sebab nak tengok equipment experiment kat sana. So, this week agak cool la sikit. Pagi isnin yang indah dengan azam dan semangat yang berkobar sebab ada kerja nak siapkan, yela kan dah terinspirasi lepas ke Shah Alam, maka datang ofis pun dengan penuh keceriaan. Lepas pintu lif terbuka, disambut oleh senyuman manis makcik cleaner. Since saya ni kalau tak senyum pun dah manis, kalau senyum tu taktau nak habaq kemanisan tu macam mana, semahal teh ais selepas GST... makcik tu tegur:

“Lama tak nampak”

“Ha, seminggu takdak”

“Patut la, sunyi ja rasa minggu lepaih"

Oh, thanks makcik.. Rasa macam sangat diperlukan sangat.. kuikui


Lepas tu masa nak balik petang tu.. Oh, since baru lepas tinted kereta, so dah tau getah dalam pintu kereta tu ada problem jadi tak boleh turunkan tingkap sebelah pemandu.. So, nak bagi hawa panas dalam kereta keluar, saya turunkan tingkap pemandu dan tingkap penumpang belakang.. Lepas lambai-lambai kat pakcik guard (memang aktiviti wajib time balik kerja) saya pun memandu sambil menyanyi lagu twinkle-twinkle.. Tengah dok like a diamond in the sky, tiba-tiba phone bordering.. ₰ ada orang dalam bahaya di sana ₰… maka naiklah no pakcik guard;

“Hello, Hidayah ka ni”

“Ya, hello pakcik, saya ni. Awat pakcik. (suspicious sangat masa ni, awat la pulak)”

“Ni, tingkap belakang tu tak katup. Sat lagi hujan ayaq masuk pulak. Jangan lupa katup”

“Oh, ok, pakcik. Terima kasih”

See, payah la.. Semangat nak cari kerja lain serta merta hilang.. cewah, bila la yang semangat sangat tu.. Terus rasa, alaaaaaaaahaiiiii…. Incredible feeling…gagah perkasa sangat feeling tu..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Pasal kerja sambilan yang disukai (cikgu tuisyen yang gigih)… mula-mula, means early this year student Cuma ada tiga orang ja.. Then bertambah sorang.. Pastu bertambah 2 orang.. Pastu bertambah lagi.. Sekarang nearly 10 orang.. For a critical subject macam chemistry, ada 10 orang student adalah sangat mencabar.. Sebab ada pelbagai latar belakang student.. Ada dari sekolah yang memang belajar guna medium English dan ada yang cikgu mengajar umpama sang kura, dan bulan 4 dok chapter 2 lagi.. sigh.. So, cikgu Kimia yang sporting ni kena la pandai tarik minat students.. Nak kena ada method dan formula macam mana nak buat momentum students tu sentiasa streamyx.. Ok, itu rahsia.. Sikit tahun lagi mungkin saya boleh buka pusat tuisyen sendiri (angan-angan betol).. Satu malam ni, lepas habis kelas, owner pusat jumpa saya;

“Cikgu, cikgu nak ke Jepun ka”

Ternganga saya, bila masa aku cakap aku nak ke Jepun… “ Eh, takla. Kenapa?”

“ Ada parent student cikgu jumpa saya Tanya betol ka cikgu nak pegi Jepun”

“Oh, ok-ok.. tak lagi. Kalau jadi pun lambat lagi..”

“Kalau jadi cikgu bukan pi lama kan? “

“Oh, tak. I. Allah saya tak pi lama. Tapi bukan sekarang. Maybe hujung tahun atau kalau tak hujung tahun pun saya akan susun jadual saya”

“Saya harap cikgu tak pi lama..”


Saya tau, dia nak habaq yang depa perlukan saya.. haha.. Yakin betol aku.. Walhal, macam tak dapat ja pi.. Maybe saya ada crita dengan student atau mintak depa doakan permohonan training saya lulus.. Terus depa bagitau parent. Parents pulak dah risau. Jumpa cikgu.. Cikgu susah hati, terus pujuk (eh, sesuai ka guna istilah pujuk???)… Ye, cikgu cemerlang gemilang memang di sayangi anak murid dan bos..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Itulah kehidupan.. Kalau tak fikirkan sekarang dah 2015, saya sentiasa rasa saya masih 23 tahun…. Sebab, kehidupan masih macam waktu umur 23 tahun.. Walaupun ada beberapa aspek yang berlaku peningkatan, termasuk berat badan, tapi still I feel macam 23 tahun…. Ok, 23 tahun tak berapa challenging,  25 tahun paling best.. interm of friendship, relationship, lovehaterelationship, I enjoy all the ships yang I terjatuh ke dalamnya, kenangan adalah suatu memory-card yang kita terlupa password nak buka dan delete semua memori tu.... And now, after 5 years.. I become a sophiscated ‘girl’ aka. woman.. haha.. biarlah aku nak tulis apa pun..


In 5 years.. banyak yang dah dilalui.. jatuh bangun.. Oh, jatuh adalah sesuatu yang simple, tapi part bangun adalah satu bahagian yang saya paling bangga walaupun kelihatan tak significant pada orang lain. Bila pandang semula ke belakang, satu perkataan yang saya boleh kata kat diri sendiri adalah “WOW”,,, Sila berlari Hidayah…Tapi, jangan berlari atas treadmill, kena secara larian berirama, supaya larian tu harmonik dan memorable.. Kita tak tahu ke mana kehidupan ni akan bawa kita, sila masukkan elemen sound effect supaya andai kita terjatuh kali kedua, ada irama yang boleh mendamaikan dan menenangkan supaya kita khayal dan tak terlalu sakit.. Dan paling penting, dengan berlari badan boleh jadi sihat dan KURUS…

 
Saya sendiri tak tahu macam mana nak tahu keputusan istikharah.. Tapi maybe respon orang keliling pun salah satu keputusan istikharah… Kan???
 
p/s: Tapi antara aktiviti extreme dalam bucket list yang paling nak dicuba sekarang adalah... jeng jeng jeng.. nak cuba bungee jumping di New Zealand/ Phuket, Nak try paragliding yang tertangguh di Bukit Jugra dan nak merentasi laut secara flying fox di Sabah... Oh man, membayangkan pun dah cukup teruja..

 

 

Friday, April 17, 2015

Weekend yang panjang


Assalamualaikum,

 
Wah rasa macam lama pulak tak tulis, rasa kekok pulak bila nak buka dan nak menulis. Macam orang yang tak pernah jumpa, bila nak jumpa (after long conversation, then plan nak face to face) rasa berdebar jantung berdegup kencang.. eewaaahh.. haha.. Padahal bukan jumpa sapa pun. Just a blank page pun nak rasa berdebar..
 

Demam Teman lelaki upahan tak habis lagi.. poyo betol, padahal bukan minat sangat tengok movie.. Tapi sebab nak tengok pelakon wanita dia yang pakai mulut merah ang ang macam (Syazana) tu, dengan kaki yang cantik (haha), suka buat duck face, pastu berlagak nak mampos, memang boleh kasi meroyan. Meroyan la kejap, kasi chan sebab stress nak siapkan thesis.. Saya lagi suka membaca dari menonton. Saya lagi feel membaca dari menonton, sebab tu la melankolik sikit. Saya boleh menangis teresak-esak hanya dengan membaca.. Dan saya boleh tertidor waktu tengok cerita korea ramai-ramai zaman stadi dulu.. Serius, tak boleh layan betol kawan-kawan tengok movie dulu tapi kononnya nak layan korea sampai subuh saya pun join atas semangat setiakawan (choi sangat), tapi part depa nangis esak-esak aku terpinga-pinga tak paham… arghhh abaikan..Sekarang ni saya hanya boleh layan runningman (sekarang dah boolayan).. Dah la, malas nak ulas panjang-panjang, drama pun dah habis, sakitnya tu disini <3 font="">
 
Saya masih di KL.. minggu ni saya melalui satu journey yang panjang dan sangat menduga. Jumaat lepas 10/4/2015, saya dan syazana ke USM utk fetch Eju ke Kulim. On the way balik dari USM ke rumah syazana untuk hantar dia, hujan punya la lebat dengan angin kencang (macam tajuk lagu noh hujan) dan rebut petir sampaikan beberapa pokok tumbang. So, magrib tu Eju buat keputusan nak gerak ke KKB (kuala kubu baru untuk aktiviti trekking di Chilling waterfall). So terus kontek Zana (trekking mate terbaik) dan kami bertolak selepas isyak dalam hujan renyai2 dan sedikit keletihan. So tengah malam rehat di Ipoh dan sambung ke KKB selepas subuh dalam 7.30 am.. Elok sampai dan breakfast di KKb by 8.30 am. Cun betoi timing. Aktiviti di Chilling just moderate, ada treasure hunt, bbq (sedap betol lamb dia-seirius terbayang 3 hari).. Dan dalam pukul 11.30am kami trekking lebih kurang 30-40 minit ke air terjun. Air terjun dia takda la tinggi sangat tapi banyak ikan kelah. Dah la weekend ramai manusia di situ so mandi. Tapi, air dia sejuk and rasa refresh sangat, sempat la lupa kejap masalah dunia yang sementara ni. Pukul 5 kami bertiga bertolak ke Shah Alam, niat asal nak tidoq dalam kereta ja malam tu sebab  esoknya nak bertolak awal ke Banting untuk aktiviti paragliding di Bukit Jugra. So malam tu sampai Shah Alam terus kami ke seksyen 17 cari tiket bas balik ke USM dan Kulim untuk Eju dan Zana ahad malam. Rupanya terminal bas dah bertukar sementara ke Seksyen 13. Hampeh. Sejam lebih kami berpusing mencari, dah la letih dan lenguh segala-gala urat sendi. Dapat tiket bas, pegi makan (tak makan minum ja sebab semua dah letih yg kronik tapi lapar) kami ke masjid untuk solat dan rehat sekejap. Masjid biru yang tersergam indah tu, kengkonon kami nak tumpang di parking lot la kejap untuk lelapkan mata 3-4 jam. Kami bertiga dah bawak sleeping bag masing-masing dah. Sekali dalam tengah malam pak guard datang ketuk pintu tak bagi tidur dalam kawasan masjid. So, dengan keletihan, masih lagi lalok baru terjaga, dengan separa sedar saya pun drive dan waktu baru kereta bergerak tu saya terlanggar bucu divider untuk pokok. So kami ke rumah rehat SIRIM nak mohon masuk bilik dan nak bayar cash malam tu, malangnya kerana system yang di develop untuk masuk rumah rehat hanya dengan melalui system booking walaupun rumah rehat kosong, kami tak dibenarkan masuk. Saya sedikit kecewa, sebagai staff, saya maklumkan saya datang atas urusan kerja dan hotel cuma boleh check in esoknya. Serius sedikit kecewa sebab tengah letih lepas aktiviti dan bukannya saya taknak bayar, siap nak bayar cash lagi.. Tapi saya faham peranan guard. So, kami berpusing di seksyen 7 cari hotel dan dapatlah apartment 3 bilik yang sangatlah terlalu besar untuk kami bertiga yang halus ni (actually dua je halus sebab saya super halus).. Esok pagi, time nak ke Banting, baru perasan tayar saya dah terkoyak dan dah Nampak fiber..Tayar tu baru tukar sebelum GST (GST ni adalah lambang kasihan saya sebagai rakyat yang lebih kaya dari kerajaan sedia ada). Nak kecewa sangat tu takdalah, cuma sebab tayar tu baru tukar so ralat la sikit but its ok. Terpaksa batal aktiviti paragliding sebab tak berani nak drive jauh sebab since haritu ahad, banyak kedai tutup. Tengahari tu kami  reward diri driver denganmakan pecal yang marveles di Kampung Jawa dan terus check in hotel. Rehat sampai ke petang sebab saya pn dah migraine and budak berdua tu nak rehat yang cukup sebab isnin dah nak start kerja. Malam tu hantar diorang dan saya rest secukupnya sebab isnin sampai khamis tu nak attend heavy course pulak.
 
Isnin jumpa Ellina di IBRC, Shah Alam, a very successful researcher, merangkap kawan sekolah malah sekelas dengan saya di ASMA dulu. Dia sangat success walaupun dia lambat sikit dari saya, tapi lucky me as a fren dia kongsi banyak benda. Banyak yang saya kena perbaiki dan kena accelerate lebih sikit untuk berjaya macam dia. Berjaya macam dia bukan la sebab dia pegang jawatan besar atau apa tapi dia knowledgable dan move forward jauh dari saya. Takpa, kita bergerak dalam ertikata bersaing secara sihat. Tengahari seperti biasa kalau ke Shah Alam dating dengan Dr Qama dan seprti biasa jugak dia mesti nak makan kat tempat yg high class. ku ikutkan sahaja. So, highlight point disini adalah mesej yang kami bincangkan. Macam mana nak jadi parents yang terbaik. Qama Berjaya didik anak dia baca beberapa surah seawal usia setahun lebih. Sekarang dalam menginjak tiga tahun anak dia (Nurul) dah hafal juz amma.. So, kami diskas macam mana nak didik anak, time table, disiplin macam mana nak bentuk, n paling penting partner yang macam mana.
 
Seperti biasa jugak, nasihat yang paling bosan nak dengar "u cepat la kawen"... haha.. ofkos la saya tak marah tapi saya tak suka orang Tanya soalan yang semua tahu jawapan. Sapa kita nak paksa Allah, cuma yakinkan diri ia akan sampai pada masa yang betul dan adanya orang yang tepat, I.Allah.. Bagi saya, semua orang tahu kita takkan boleh melebihi orang yang menyusun jadual hidup kita, tapi sometimes kita terlupa you kahwin pun sebab Allah dah jadualkan macam tu, and if berpisah kemudian hari pun tak boleh nak melalak macam takda tuhan. Easy nak sebut Allah know best dan Sabar, tapi hanya yang sedang melalui rasai indahnya sabar. Dalam hidup kita mesti akan melalui fasa dimana kita jatuh sedikit, so, waktu kita sedang di atas nikmatilah seadanya.. Jangan sibuk nak bertanya soalan yang boleh lukakan hati orang. OK, EMO SEKEJAP.. TAH APA AKU TULIS..
 
Petang lepas tukar tayar di seksyen 7 jalan nak ke I-City, saya rest di hotel kejap and malam tu ke Bangsar untuk bengkel Patent. Ok la, walaupun masih lagi blur, nasib baik speaker ok (kan Hafiz... haha).. Hafiz, aku dah hantar proposal ke Faizal mintak dia advice, jangan jeles k.. Malam rabu kawan saya datang ambik kengkonon nak keluar lepak dan makan sama2. kami ke masjid jamek beli buahtangan untuk mak dan terus ke ofis dia untuk ambik kereta. Boleh dalam kereta....
 
Ela: Aku nak bawak hang ke cyberjaya makan nasi arab, tapi aku tak tau nama kedai yang kakak aku selalu bungkus tu.. Ok la, not bad rasa dia.. Aku nak set waze tak boleh masalahnya sekarang...
 
Me: Whattt.. apa ni nak bawak tapi tak tau kedai.. Is it Saba? Setahu aku Saba ja yang femes..
 
Ela: Haaaa, aku rasa betol.. Eh, hg lagi tahu eh... haha
 
See, sapa yang nak bawak tapi taktau jalan.. orang Kulim jugak nak kena habaq..
 
So, lepas makan di Saba makcik tu nak jenjalan di uptown Cheras la pulak. OTW ke Cheras, saya dah mengarut, dia Tanya lain saya jawab lain.. Teruk punya lalok.. Paling tragis nak balik ke Le Meridian kami pusing bangsar 3 kali.. haha.. hampir givap saya, nasib baik bukan saya yang drive kereta. Banyak jalan under construction..
 
Now, saya tengah melepek di rumah dia di BTS, esok nak melawat geng2 USM yang dah beranak pinak tu then malamnya nak shoot balik Kedah.. Doakan saya selamat sampai Kedah. Hopefully Ela dapat cuti untuk teman saya drive balik Kedah esok malam.
 
Thanks hafiz for reading.. haha.. Aku rindu suasana di mekah and madinah, macam melambai-lambai..
 
 

Saturday, March 7, 2015

Budi itu bukan dalam bentuk kuantiti..

Hai semua..
Dah beberapa hari ambik cuti. Mood nak bekerja tak berapa nak elok sekarang, daripada ke ofis dan merasa semua tak betol (macam aku sorang ja betul), baiklah gunakan cuti yang berbaki tu untuk setelkan apa yang boleh. Mana tau hujung tahun boleh berhijrah ke tempat baru pulak.. hehe.. Statik terlalu lama disesuatu keadaan boleh menyebabkan kebekuan fizikal dan mental.. Eh, fizikal tak membeku (elok ja dia mengembang), mental iyer beku.. Kalau diikutkan hati perasaan limpa jantung semua memang suka gila lah kerja sekarang.. suka gila-gila.. sampaikan belajar yang sepatutnya betol-betol dah jadi part-time, tapi tu la.. kadang-kadang kita perlu environment baru, perlu sesuatu yang lebih challenging dan sesuatu yang lebih fresh.. Paling penting perlu keluar dari comfort zone sekarang ni.. Part keluar dari comfort zone tu yang paling payah.. Tapi takpa kita cuba yang terbaik..
Eh, aku bukan nak cerita pasal kerjaya..
Semalam dan harini saya berkampung di USM.. dan pemastautinan kali ni di USM antara yang paling bermakna sebab Prof bagi green light.. Pertengahan tahun lepas, saya ada bagitau Prof, I need a change.. Then dia cakap, habiskan dulu master.. Baiklah.. Then sebulan lepas tu tengah discussion yang santai-santai sambil tunggu si Bashir pergi ke toilet kot, Prof tanya..
“Hidayah, apa perancangan jangka panjang u.. benda lain yang u nak buat selain kerja di sirim?” (prof tanya dengan muka seris.. Eh, dia sokmo muka serius, kekadang aku konfius dia tengah buat lawak ke marah)
“Erkk…Erk.. (ligat otak ni nak kelentong apa).. Saya nak masuk gomen kot..”
 No.. no.. your long term”
“Oh, saya nak buka nursery..”
“Dr dah agak you akan buka nursery.. Dr tengok you pun sesuai buka nursery..”
 
Sikit lagi saya nak tanya tang mana yang nampak kata sesuai buka nursery tu.. I. allah Prof.. Dari zaman belajaq dulu perancangan jangka panjang teramatlah banyak.. Tapi entah la nak berjaya dicapai ka dak.. Nursery tu payah la sikit sebab takda experience handle budak.. Kalau aku jadi parents pun aku tak percaya nak hantar ke nursery yang owner dia macam hang, Hidayah.. (paham2 sendiri lah)
 
Ok, cerita sepatutnya gini.. Tiga tahun lepas, satu pagi dalam pukul 11.30 pagi macam tu saya ke Lab di USM untuk buat eksperimen.. Nak jadi cerita hari sabtu minggu tu tetiba student kimia macam fobia nak ke lab.. Boleh takdak sesapa kat bangunan kimia tu.. Ada la dua tiga orang foreigner yang kelihatan berligar... Ok, tak kisah la kan, saya pun buat la eksperimen dengan bersungguh-sungguh sambil mendengar carta muzik sinar fm.. (ok, I kan sentimental).. Pastu nak ke toilet, memandangkan dalam lab tu ada segala fon, purse, kunci kereta, laptop kesayangan dan beg pink kesukaan, makanya dengan amat kecerdikkan sekali, saya telah menglock pintu tersebut.. P la ke toilet.. Keluar toilet, menuju ke lab, cari kunci dalam poket jeans.. ohemmmgiiii,, Tetiba monyet-monyet sarkas bertepuk tangan melihat sahabat mereka melompat-lompat dihadapan pintu lab tersebut.. u know.. kunci lab di dalam lab.. dan fon jugak di dalam lab.. termasuklah kunci kereta.. Yer, Hidayah memang sejak azali bijak.. Dan seperti diberitahu, hanya beberapa orang foreigner di Lab.. Seperti orang suku gila, berlarian la saya mencari setiap lab, dan saya jumpa seorang mamat kulit hitam berjalan sedikit tempang tengah cakap fon dalam lab dia.. Dengan sedikit muka memohon simpati, saya pun ceritakan masalah saya.. Saya mintak dia kol kawan-kawan Iraq dan Syria yang satu lab dengan saya (Bashir dan Luqman, malangnya lelaki kacak berdua tu tak angkat fon, terus saya isytiharkan depa tak kacak selepas tu).. Saya dah terlompat-lompat semula depan mamat kulit hitam tu (atau dalam bahasa sedikit tidak bertatasusila, mamat negro).. Dalam keadaan monyet tak dapat bunga tu, saya terlupa nak tanya dia asal negara mana, argghhh persetankan.. Yang penting, dapat masuk lab ambik semua barang dan fetch eju sebab dah janji nak p makan kenduri dengan eju by 12.30pm.. Ni nak kol eju pun tak boleh sebab tak ingat nombor fon eju.. Mamat tu pun dengan sedikit tempang gigih berjalan keliling floor memikiaukan strategi.. Kesian, saya cakap takpelah.. Saya cuba cari setiap lab yang under supervisor saya kot-kot ada kunci pendua…
 
 
Tadaaaaaa.. Jumpa.. Sekali lagi monyet melompat sebab mendapat bunga..Haha.. Nasib baik la takda orang.. Kalau tak mesti diorang ingat ada gempa bumi sebab school kimia bergegar.. Cepat2 saya buka pintu ambik barang dan bagitau mamat tu yang saya dah berjaya buka pintu sambil melemparkan senyuman paling manis yang saya pernah ada..
 
Next week nya, saya jumpa Luqman, dan bila saya nak cerita jer, Luqman bagitau yang dia dah tau dah.. Mamat kulit hitam tu dah cerita.. maybe depa kawan kot, yela sama-sama foreigner.. Luqman dan mamat kulit hitam tu dua-dua student phD.
 
Dan tadi setelah hampir tiga tahun kejadian tu, saya naik lif dengan mamat kulit hitam tu dan saya tengok dia pakai dengan sangat smart sekali.. Tiba-tiba ada seorang budak perempuan yang naik lif dengan kami tegur dia “Good luck”.. Lepas keluar lif saya tanya
“Pasaipa wish dia good luck. Awat dia pakai proper sangat”
“Dia nak viva sekejap lagi” (ok, budak perempuan ni bukan orang Kedah sebab tu dia tak cakap sat lagi)
Saya berpaling dekat mamat kulit hitam tu..
“Good luck too”.. dan dia tersenyum manis.. agaknya mamat kulit hitam senyum memang manis, patut dia jarang senyum..
 
“Saya rasa dia dah lama kat sini kan”.. kata saya
“Tak la, dia habis on time.. Lagipun dia mintak dekat Dr Ros nak viva awal sebab dia ada masalah kewangan n nak balik ke Afrika awal. Dr dia bagus sangat, awalkan semua untuk dia…”
Saya rasa berbunga.. Syukur Allah mudahkan semua untuk dia..
 
Lepas asar, saya kemas nak balik, waktu turun tangga, saya pandang ke ground floor dan nampak dia baru keluar dari bilik viva, dengan muka yang sangat ceria.. Mula-mula saya nak ikut tangga yang terdekat (sebab nak ligan masa taknak terlekat dalam jem kat bridge).. Tapi hati saya kata, lalu la depan dia, boleh mintak nak ambik gambar dia sebagai kenangan.. Saya pun ikut tangga jauh sikit tapi saya tak sempat nak tegur sebab ada kawan2 dia datang ucap tahniah mungkin..
 Dan saya pulang ke Kulim, mungkin saya sempat jumpa kalau saya ke USM dalam seminggu dua ni, dia dok buat correction time ni rasanya.. Kalau pun takdan jumpa, saya just nak cakap...
 
 
"Dear Dr…..,
Congratulation and thanks…. "
 
Mungkin sebab dia pernah buat baik kepada orang yang dia tak kenal dulu, Allah mudahkan untuk dia.. Susah nak jumpa student postgraduate kat school kimia tu yang grad on-time.. Setiap kali nampak orang keluar dari bilik viva, rasa seronok pulak.. tak lama lagi turn saya pulak.. mohon doakan semoga dipermudahkan..