Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Monday, December 18, 2023

Gadget baru hehe

assalamualaikum semua,


Lamanya tak masuk blog ni..

Masa sebelum sambung belajaq, salah satu azam aku selain dari nak kurus adalah nak pastikan blog ni sentiasa berupdate setiap minggu.


Nampaknya, tak berjaya.

Aku rasa satu tahun hanya sekali aku update blog ni. surprisingly aku dah tahun ke3. Kakak senior tahun akhir sudah, takuitnya.


Lagi beberapa bulan aku akan tinggal kehidupan sebagai student di usm ni. It is not a great feeling.


Ok la, dah least. Nandi aku update lain gadget apa yang aku baru beli ni.


Tataaaa

Friday, September 1, 2023

Know-know dah September 2023... hello blog, i am back

 fuhhhhh...fuhhhh...fuhhh (muncung itik aih mulut aku nak tiup debu-debu tebai kat blog ni)

Ya Allah kurniakan aku kekuatan untuk aktifkan semula blog ini bagi menemani hari-hari terakhirku dalam status pelajar sepenuh masa ini... aminnnn

In one year more, I have to go back as full-time worker...

And, after 2 years, I have already been in so much love with Kota Bharu. 

Aku siap declare kat budak-budak kat lab bahawasanya "aku kan orang kota bharu" sebab aku lebih familiar dan tau banyak benda yang berlaku kat kota bharu ni berbanding depa... hahaha

Perjalanan projek aku masih panjang, ada one tough milestone aku kena selesaikan sebelum aku boleh susun semula flow thesis PhD aku. Ye la, kita ni bab susun flow memang hebat, satgi run eksperimen tak dapat, jenuh plak. So, aku lebih prefer, run dulu eksperimen, once the results bagi data yang cantik macam orang hat run eksperimen tu, masa tu tulis la tesis hang all out...Gituu

New staff with Ph.D akan masuk mid of September. I hope the staff can assist me as much as she/he can so kita boleh deliver misi kerajaan ni sebaik mungkin. 

Aku ni serabut sikit la bulan september ni. Salah satu sebabnya, rumah aku dah boleh masuk, so, aku nak kena balik kedah dan singgah kulim untuk collect the house keys. Pastu aku nak kena selesaikan urusan api ayaq dan check the defects. Pening kepala la jugak bila tengok komen-komen pembeli yang dah ambik kunci, rumah depa terlalu banyak defects. Aku kan kalau balik kedah akan stay kat kampung, so, nak ulang-alik dari pokok sena ke kulim uruskan hal rumah tu required masa duit dan tenaga yang super banyak. Adududu. Dah setelkan hal defects rumah nanti, nak siapkan grills, kipas, lampu, perabot...And semua tu baru yer sebab yang rumah lama aku dah wakaf habih dah... kaching kaching kaching nak ambik mana niiiiii.. Takdak sugardaddy ka nak sponsor, ahakkks

Oh, aku lupa la nak update cerita mak aku. Taktau la pasaipa, jadi malas nak buka blog, padahal dalam hati memang nak update dan simpan kat sini semua tu. 

Ya Allah, kasi Hidayah kekuatan untuk update selalu blog nya..

Aku ada few cerita nak share kat sini. Kena list siap-siap la kot kan supaya aku tak hilang ingatan..hahah

1. Kisah mak aku kena stroke dan still survive until harini 😁.

2. Kisah aku kena refer untuk test mamogram dan ultrasound due to simptom and history 😉

3. Kisah rumah kesayangan yang punya lama tak siap-siap 🙆


Sebagai manusia, kita berusaha, Allah jua yang menentukan. Apa yang belaku semuanya dengan Izin dariNya...

Alhamdulillah for everything and everything happens for a reason.

Sunday, January 8, 2023

Happy new year 2023

Selamat Tahun Baru 2023


Another year, new life plans, new vacations plan, ehhhh vacation kau eh

Tahun baru sinonim dengan umur pun bertambah.

Dan kepada yang single, bawangrians kembali bersoksek bila si minah tua tu nak kawen.. 😁😁😁😁😁😁.. Sibuk je eh, tapi itu la hiburan untuk manusia yang suka bersosial..gitu


Haritu masa awal Disember 2022, aku balik ke Kedah. Lepas tu aku ke UPM buat kerja kat sana hampir 2 minggu (i will documented on this), balik dari UPM tersakit badan faktor penuaan hampir seminggu lebih.. Memang masa sakit badan ni mood semua ke lautan dalam, teropong pakai infrared memang tak jumpa la, pakai la broadband ka wifi ka 5G ka, memang meruyup signal tak dapat detect. Biar la dia. Nanti-nanti kembali la ke pangkal jalan bila sang supervisor wasap tanya bila nak hantar paper, masa tu baru dia tau erti gelabah bewak. 

Dan, setelah seminggu di tahun 2023, baru aku kembali ke kelantan. Sampai kelantan, pakej migrain pulak, seharian terdampar bak singa laut tak boleh buka mata kepala berdenyut nyut-nyut. Benci gila bila kena migrain ni. Dan cuaca di Kelantan ni pulak, adoih. Tak membantu langsung dengan kehilangan aku di lautan dalam haritu. Makin kelam la signal pencarian. 

Satu benda yang aku recognised, aku masih belum recover dari homesick. Eh, homesick ke nama dia. Bukan homesick, more to kedah sick kuikuikui, Arghhh, tak suka duduk kelantan.

If one day orang tanya apa benda yang aku menyesal masa buat PhD, aku nak jawab "the decision to register as fulltime student at medical campus USM and let my SV know I can stay there for whole 3 years" arghhhhhhhh... My worst decision ever. Ada banyak benda yang sekiranya aku boleh turn back, aku nak ubah, dan dalam semua perkara yang aku menyesal tu, berada di kelantan adalah perkara yang aku paling menyesal. Just imagine, after 1 year in Kelantan, aku masih tak boleh terima keberadaan aku di sini. Heart and soul not found here... Arghhh benciiii

But, what to do. 

Nak taknak, aku kena habiskan study secepat mungkin dan hopefully rumah di kulim cepat siap so aku boleh balik writing di Kulim. I need a place yang ada entertainment and dekat dengan family. So every weekend I can go back, like usual dulu-dulu. So, I can do my work and at times can have family time jugak. Miserable giler rasa sekarang ni. Tah la, aku pun tak tau apa yang miserable tu, tapi rasa kelompongan di sini. 


One of my resolution adalah, to start new year of 2024 and the rest of the year and life in Kedah. No more kelantan 😌

Friday, October 28, 2022

Antibody dari USA

 Sejak 2 bulan lepas, aku nak beli new set of antibodies untuk projek aku. 

And since result eksperimen yang aku buat tu promising, so, aku nekad nak order je banyak2 from the same supplier. Supplier tu dari USA dan nak jadi cerita dia naikkan harga kaw2 okeh. Sakit jiwa. No wonder la banyak business malaysia katop kedai. 

Lepas kejan finance dan sebagainya, kami banyar more than RM25K for that antibodies.

And tadaaaaaa.. Just 10 minutes ago, after waiting for 1 month, supplier tu bagitau dia dah shipped the item. Maigod.


Aku rasa macam perasaan berdebar nak jumpa pakwe lama. 


Arghhh. 


Nak pakai baju apa ni masa terima parcel tu nanti.


Nak kena mekap la kan..


Cant wait!!!!

Rombongan kawan-kawan dayah ke kelantan.. syok ok kelantan nih..

Since pertengahan september (kalau tak silap), zati maklumkan yang dia nak turun jenjalan KB. Opkos Im happy to be a host. Malangnya, aku kan dah buat keputusan nak masuk hostel masa tu sebab zati kata nak datang masa deepavali and deepavali adalah towards end of october. So, aku pun tak simpan sangat benda tu dalam kepala. Sampai la, awal october, aku balik kampung, pergi shah alam, then batuk2 sampai sakit kepala kat kg... Tengok2, eh, this weekend la zati nak turun KB. Ku kuatkan hati balik ke KB walaupun mak aku kata awat tak cuti sampai habis deepavali je. Sebab lagi 2 hari ja nak cuti masa aku balik ke KB tu. Boleh bayang dak aku balik KB hari rabu dan jumaat dah start long holiday. 
And khamis pagi tu aku present to panel MOSTI. Successful. Kalau tak successful khamis ni, memang aku xkan ada mood la untuk percutian dengan zati dan timah ni. Ko rasaaaaaa.

Jom layan gambaq. Since Timah kerja di Gurun, so dia naik train dan turun di stesen kuala kangsar. Zati plak drive dari ipoh ke kuala kangsar.

Masa pagi depa gerak dari kuala kangsat

Excited dapat rasa one of the famous coffee in kelantan

Sampai je Kubang Kerian, depa ambik aku dan kami terus shoot ke Besut. Malam ni kami akan bermalam di Bukit Keluang Beach Resort. 1 malam harga bilik untuk 3orang adalam RM198.00.

Pagi ni hujan, selepas golek-golek tanpa tujuan dan habis topik perbualan, kami keluar breakfast. Lepas breakfast pun hujan lagi. So, kena la cancel plan nak hiking bukit keluang. Yeay. Aku memang happy cancel hiking sebab i dont think it is a good idea during moonson ni. So, lepas breakfast kami explore beach je la sambil tengok view yang memutih ni. kuikuikui



Lepas checkout, just p melawat tempat start hiking. Bukti dah sampai.

Dan kami singgah setiap pantai dari besut ke KB. Name it, semua kami turun melepak, just to kill the time. Gambar ni, korang boleh agak tak dia tengah cari apa dalam air.

Dia cari masalah gais!!!!


Pantai melawi ni, macam teh beng air dia.

Since kami sampai KB around 4pm, aku suggest untuk terus gi makan celup tepung dekat Acutera. Actually depa nak makan celup tepung kat area besut or tengganu, tapi aku lebih prefer sini sebab murah, quality ok dan ada kerang celup tepung.. Hey, mana ada kerang celup tepung di pantai penarek tu. Sini ada ok. Makan semua dalam gambar ni, 2 coconut shake serta 1 air kelapa, total cost RM53. Murah yakmat kan.

Lepas makan, takdak aktibiti apa, terus kami ke bilik di KB yang zati dah booked di Cerana Resort, KB. Kami stay sini 2 malam, dengan kos 2 malam RM298.

Orang Kedah nak rasa nasi kerabu linniey. Semua ni total kos RM36. Dalam pinggan tu kerabu rumpai air, tapi kami syak kelapa dia dah basi sebab rasa masam sangat. Masam tu due to kelapa dah tak elok.

Lepak pantai senok lepas makan just to kill the time.





Lepas shopping di pasar siti khadijah, aku ajak solat asar dan maghrib di masjid kampung laut. Cantik area sini.
Auw, bakal isteri siapa ni?


Lepas maghrib, bawak depa lepak kedai kopi legend kat KB.



Aku pun first time explore KB malam2.

Lepas checkout, kami breakfast di Kedai Oren Kubang Kerian. Bagi ore kedah makan roti gedik versi kelate.

Sebelum balik, kena la bawak tempat aku lepak. Sungai sri pulau kat belakang rumah sewa lama aku.

On the way balik, boleh pulak sang gajah ni ucap selamat tinggal kat depa.. ahahahahha


Wednesday, October 26, 2022

Happy Birthday Hidayah!!! BTW, aku dah pindah masuk asrama.. betapa lamanya aku tak update

 Actually my birthday was 2 weeks ago.

Kehidupan adalah sangat hectics, how to manage emotion and how to manage situation. Erghhhhh

But, after all. As a good friend a mine said "everything will passed"... yes, time will heal everything.

On my birthday this year, 

Itu adalah tarikh aku kena hantar laporan milestone ke-2. And it totally miserable and chaotic. Hahaha. Unexperienced project leader with no one to help. Gitu la. Bila hang bukan lah sesiapa, even projek member sendiri pun taknak membantu. Ingat tu.

It took me 3 mandays to totally understand how things should be reported. kuikuikui.

Dah2 tak nak cakap pasal benda dah lepas.

My birthday tahun ni bermula dengan wasap kaknina pada pukul 12 malam menjelang 15 september. 

Tah cemana nak crop mendalah ni..

Pagi birthday aku, aku drive balik kedah. Yes, just a week before aku dah balik, tak sampai 5 hari, aku drive balik lagi. Begitu la sejenis kegigihan hidayah.
Sebenarnya, harini adalah hari yang crucial. Aku kena submit report milestone projek ke pihak MOSTI (funder projek aku). Kegigihan sebenar aku adalah apabila aku berhenti di hentian tasik banding, stesen minyak grik, masjid kampung apa tah, hanya untuk betulkan financial report projek aku seperti yang diminta oleh akauntan syarikat. End up, kami tak submit report hari tersebut. After 4 hari termasuk public holiday, baru kami berjaya submit report. Alhamdulillah. And after a month, aku berjaya defend that milestone successfully.

Dan pada awal Oktober, aku tekadkan diri, register masuk asrama. After much consideration, this might best the best option. Tawakkal je la.

Hostel life is so far, okay. Biasa la hidup dengan budak2 20an... Mereka ni mostly budak2 baru habis degree dan sambung master. Bersepah yakmat ya bilik kami. Bilik hostel ni ada 3 bilik yang akan dikongsi berdua, a simple pantry dan living hall. Tapi part living hall ni sakit mata sket la sebab depa buat tempat simpan luggage dan tempat letak barang2 laundry. Amboi aih. Hampa sakan noh.

Aku bagi masa sampai aku sempat rehat dulu. Akan aku buat kerahan simpan barang2 peribadi di bilik masing-masing. 

Gambar sekarang

Masa mula2 masuk.. baju dari rumah sewa tak kering.. gigih basuh baju sebelum pindah

BTW, nurul hamizah budak IBRC tu pun dah balik shah alam for good! huwaaaaaa... alone and lonely mode ON.




Friday, September 9, 2022

Penangan betui

Kuarantin covid sekarang 7hari kan?
Haritu, aku cuma sempat habiskan 5 hari kuarantin seorang diri dalam bilik.
Masa hari ke-6, kawan aku call. Dan dia tanya keadaan aku. Aku cakap, aku taktau keadaan aku ok ke tak. 
Dia terus offer aku ke rumah dia. Dan aku tanpa bertangguh, macam orang mengantuk disorongkan bantal.. Aku terus siap2, bawak semua kelengkapan dan straight ke rumah dia..haha.. Actually bukan rumah, bilik hostel. Kahkahkah.
Seriously, itu adalah the best offer aku pernah dapat sepanjang aku stay di kelantan. Thanks dude, selamatkan aku.
I cant imagine how traumatic mangsa-mangsa covid berkuarantin selama berminggu-minggu dahulu. Ah, no wonder ramai yang depress.

Aku ingatkan fasa kuarantin akan menjadi fasa aku berehat dan recharge diri.
Rupanya aku SILAP.
Aku lost terus. Dan sampai sekarang aku masih dalam fasa nak bangun semula, jahat sungguh virus covid ni. Seolah virus ni, dia pi kutip semula perasaan was-was, resah, loser etc yang aku dah buang jauh-jauh dari hidup aku.
Sepanjang aku kuarantin 5 hari tu, hanya masa hari pertama aku tidor seharian sebab demam panas.
Mai hari kedua, otak aku berlari laju selajunya, keluarkan semua hormon takut, overthinking dan kegagalan dalam diri aku, jahatnyaaaaaa. Aku tak boleh lena berhari-hari.

Sebenarnya aku ingatkan aku ok, sehinggalah ramai yang tegur.

"dayah, mana hang? awat hang macam lost ni? mana dayah pi menghilang"

"dayah, lain sangat bila naik kereta hang senyap tak bercakap, hang pi mana dayah"

"akak, akak lain sangat bila lepas kena covid, dah tak marah-marah dan tak cakap banyak"

"You, this is not you. Kenapa lagi 2 minggu nak present you dah rasa loser, mana pergi konfiden you yang mencanak dulu tu. You yang dulu, esok nak present, harini you masih relax boleh jenjalan pi merata."

"Eh, awat you kurus ni?" 

Yes, paling ketara adalah selepas seminggu, aku kelihatan kurus. Hahaha...Serious memang aku kelihatan kurus, lost weight. Ini patutnya berita gembira kan? Tapi aku tak suka, I missed my old me. Highly determined and redah segala challenges. 

But, the new me, is a new branding of how I should be.

Apa aku buat dalam fasa ini:

1. Aku belajar meminta bantuan orang. Dulu, semua benda aku nak buat sebab aku tak konfiden bila aku biar orang lain buatkan. Tapi sekarang, aku belajar meminta bantuan orang lain. Aku masih dalam fasa membina semula semangat yang hilang, therefore, aku minta bantuan ahli projek bagi benda-benda yang aku terlalu overthinking sepanjang aku kuarantin. Things yang aku rasa aku tak boleh nak handle, aku mintak staff dan projek member tolong. 
And, surprisingly, aku tak rasa aku loser bila aku terpaksa minta tolong depa. Thanks guys.

2. Aku pasakkan dalam hati, semua orang tak berjaya in one day. Take one thing at one times. There are period where you faced failure and failure is part of learning process. 

3. Aku ingatkan diri aku, aku ada semua benda: duit, resources dan masa. Jangan give up. 

4. Funder dan panel jugak pekerja. Mereka juga manusia. Usaha, doa dan tawakkal supaya mereka memahami dan bertoleransi.

5. Aku take a break.

Aku balik kampung, balik jumpa kawan-kawan dan keluarga yang aku sayang dan sayangkan aku. And that is the best decision ever.

Wah.. 

Dan, aku cuba cari apa yng trigger aku. 

1. Maybe rumah sewa. 
2. Suasana lab.

So, aku try make changes.

And, aku harap aku buat perkara yang betul.

Bak kata kawan aku, "You sebenarnya dah ada keputusan, bila you tanya pendapat orang, its not because you nak pilihan, tapi you just nak dengar orang lain akan buat apa, keputusan you tetap takkan berubah lepas you dengar pendapat orang"

So, this whole month aku cuba setelkan apa yang aku boleh setelkan di Kelantan dan misi seterusnya adalah untuk pujuk sv supaya bersetuju dengan keputusan hidup aku. 

Masa aku dalam perjalanan pulang ke kelantan tadi, perasaan tak seronok, sedih, menggigil cuba nak hadir, arghhh, aku yakin keputusan yang aku dah pilih I.Allah tepat. 

Macam mana kalau SV aku tak setuju dan nak aku stay depan mata dia?

Lantok la kalau hang tak setuju, aku tetap ketua projek..kahkahkah


Monday, August 29, 2022

Selamat 4 tahun tanpa bapak

 Semalam, 28 Ogos, cukup 4 tahun hidup tanpa bapak aku.

4 tahun, tapi macam baru beberapa hari lepas aku berlari-lari di koridor hospital. Setiap yang berlaku 4 tahun lepas tak pernah hilang dari memori. Kadang rasa letih, seolah tengah berlari, tapi rupanya aku tengah duduk termenung. 

Kenangan dan memori effected our live, miserably.

Semoga bapak tenang di sana. Selama 4 tahun, tak pernah sekali pun bapak aku muncul dalam mimpi aku. Aku selalu baca orang mimpi parents mereka, mimpi bercakap la, mimpi pegang tangan la, mimpi mengadu macam-macam. Tapi aku, mimpi nampak bayang pun tak pernah.


Al-Fatihah

Monday, August 22, 2022

Work Hectic and Positive COVID-19

 Assalamualaikum,

Kalau tengok tajuk, mungkin dah boleh tau what is this post is all about. Yes, is about how hectic my brain is, and suddenly tested positive for covid-19 (menangis dalam hati terkenangkan kerja yang banyak tetiba covid pulek) - tapi - apa yang berlaku, jika difikirkan dari kacamata muslim, semuanya berlaku demi hikmahnya, I.Allah. 

Just nak put it here as remembrance. Satu hari nanti, aku akan buka dan baca balik the struggle yang aku hadap to achieve apa yang aku mimpikan. Aku percaya, semua orang hadap the same struggle especially when we start as a beginner. Masa buat salah, itulah the best pelajaran yang kita akan belajar supaya kita tak mengulang the same mistake the next time. Tapi, kena kuat la jiwa sebab harga untuk sebuah pelajaran itu sangat mahal. Dan tetap aku percaya, semua orang yang hebat-hebat tu menghadapi dugaan dan ujian yang sama. 

Masa aku proposed this project, I never thought it will be this hard, hahaha. Ye la, opkos la aku expect tapi tak sesangka ini sangkaan ku. Hahaha. Nak menangis nak meraung nak bawa diri nak berenti segala galanya.. semua nya ada. Especially when you didnt get the support from your own colleague. Sedih and marah. That was the feeling at that time. But, one day i sat down and i said to myself, one day if this project become reality, you know who you should be grateful to. Allah. No one know the struggled that you faced except HIM. Arghhh, tulis ni pun meleleh airmata. Because sometimes I just need someone who can say, 

"Its ok dayah, nobody starts perfect"

This whole month aku memang tak boleh tidor malam. Pukul 1pagi terjaga, dan otak aku dah ada all the negative thoughts. All the negative thoughts, arghhh, how i tried to be positive, still the syaiton nirrajim tu tetap nak menegatifkan pemikiran aku. Bulan ni aku kena hantar milestone report kepada mosti dan this milestone is not success (at this moment).. Plus the antibodies yang aku guna, naik harga khaw-khaw.. 5mg pair antibodi boleh beli axia cash sebiji. (please, izinkan airmata aku meleleh sampai esok pagi).. Dan antibodi yang ada dalam simpanan aku dah habis.. 

And struggles with staffs. Thats another drama la kan. Semua orang akan ada drama dengan staff. Boss aku pun ada drama dengan aku hahaha. Masalah aku dengan sorang staff aku adalah, dia sangat cepat pelupa, ya Allah, kuatkan aku ya Allah, sampaikan dia mintak aku tulis kerja-kerja yang dia kena buat dalam note book dia. Guys, kita lantik dia as researcher, not intern. Kuatkan aku Ya Allah. Dan dia ada doctorate, cemana dia dapat that doctorate. Aku nak kena ajar dia balik la ni. huhuhu. Sakit jiwa raga.

POSITIVE COVID-19

Dan semalam, aku bangun pagi dengan rasa sakit badan. Sakit gila-gila. Aku ingat sakit badan ni effect aku tak cukup rehat dimana aku tak cukup tidor. Nampak aku tak buat apa2, tapi otak kita bekerja lagi kuat dari badan kita.  

Masa tengok naik faint line dekat test line tu, aku rasa perasaan bercampur baur. I have lots on my plate. 

But, on 2nd day, yes, Allah want me to take a break. 

Terima kasih Ya Allah bagi aku merasa covid-19 disaat aku dah ambik vaksin dan di saat aku perlu berehat. Simptom hanya demam sehari dan sakit-sakit badan. Baiknya Allah.. (murah pulak airmata ni)

Everything happens for a reason. This whole day, aku try to reflect how to make things achievable, and benefited to all. 

Doakan aku kuat dan dapat hadapi semua ni.

Ya, mana ada benda datang dengan senang. Mana ada benda datang dengan sekali try. 

Yes, ada, kawan aku buat PhD without struggles with labwork. Dia kata sekali try semua menjadi. Itu ujian dia. Sebab after that dia bercerai. Ujian dia lagi hebat. Kiranya ujian aku ni sebesar hama. 

Friday, July 22, 2022

Dugaan sebagai postgraduate student

 Hai..

Hihi

Aku kan, ada sorang kawan dari sirim yang sedang sambung belajar as master student. Dan alhamdulillah, dia pun dapat kebenaran as fulltime student, dan yang paling best adalah dia buat master di USM, Kelantan juga. Tapi, dia takda la fulltime terus di Kelantan, dalam tempoh study ni cuma 2 bulan lebih je dia stay Kelantan untuk a small portion of study yang melibatkan sampel darah, and the rest of the study dia buat di sirim shah alam.

Bila aku tengok dia, aku terkenang the younger me semasa tengah buat master. Bila tengok dia stress, nangis, rasa nak drop-out, memang mengimbau nostalgia sangat. Aku cakap kat dia, you are lucky since you met me during this journey. Ada orang yang boleh consult and give motivation. Sekurangnya semasa you sambung belajar ni, you ada a clear direction, a supervisor to guide and to look up  if there is problem. 

Masa aku sambung master dulu, aku takda specific projek, aku kena buat semasa hujung minggu atau ambik annual leave sebab boss aku tak bagi aku campur aduk kerja hakiki dan personal (dia consider master as personal matters aku walaupun at the end of the day SIRIM guna master aku untuk kpi syarikat PHUIIIIIII sangat). Aku dulu terkontang kanting, taktau nak buat apa, taktau apa2 and there is nobody yang aku boleh get an opinion. Sadis gila. But, that what shape me who i am today. Harini, aku boleh bagitau the younger generation yang nak sambung belajar, what is the sequence and consequences of every decision yang you akan ambik. I've been there, and I know where it will lead you to. 

You takkan belajar banyak benda dari orang yang berjaya, yang hidupnya with one try terus berjaya. Sebab dia taktau what is the tricky part. Tapi you boleh ambik iktibar dari orang yang berjaya after few trials on how to avoid and overcome the tricky parts.

Macam aku, walaupun kadang-kadang aku berjaya in one try, aku tetap akan jumpa orang-orang yang masih belum berjaya yang satu batch dengan aku untuk tanya which part yang depa tak lepas and what is the trick, so that bila orang tanya aku cemana aku boleh berjaya, aku boleh bagitau the lesson learned. Apa yang you kena bagi extra attention. 

My friend ni, dia ada masalah dengan supervisor. Garang nak mati SV nya pun. Aduh. Kita yang dah bekerja ni, bila sv layan macam budak sekolah yang taktau apa2, pastu dok kata kita selow bebenor, bodoh bagai benda mudah pun tak reti2, memang kecik hati la kawan. Hari-hari la menangis bengkak2 mata nak balik shah alam, taknak sambung dah belajar. Aku boleh gelak je la. Gelak dalam hati la tapinya, gila nak gelak depan dia mau nangis terus betul2 drop study pulak nanti.

Aku cakap kat dia, aku nampak apa yg ko hadapi ni kecik sebab aku dah hadapi. Tapi aku paham perasaan ko. Ko orang yang tengah lalui. Tak sama feeling orang yang tengah lalui dan orang yang dah lalui. One day, bila ko dah grauate, yang ko akan ingat hanya lah moments ko viva. Apa yang ko sedang lalui sekarang, percaya laaaa, ko dah tak ingat kesakitan yang ko lalui sebab dah ditutupi kegembiraan masa berjaya graduate. 

Dan, doa kan la, asbab kesusahan yang sedang dilalui ni, panel-panel masa viva nanti dilembutkan hati dan ko berjaya viva dengan cemerlang, at least dapat minor correction.. Kita tak tau, mungkin ini la cabaran yang Allah bagi untuk mudahkan urusan kita masa submission tesis. So, you decide la nak doa macam mana. I.Allah pasti dipermudahkan. 


Aku pun kalau mudah banyak benda, terus jadi takut. Apahal macam mudah sangat ni!

Tuesday, July 19, 2022

Post awal pagi

 Masa sekarang 4.43am

Sejak aku kembali ke alam persekolahan ni, aku dah start alami masa tidor tak menentu. Biasa la, kadang panic attack datang tanpa dipinta, terkebil-kebil pandang dinding. hahaha

Dan since semalam aku achieved one of the milestone in my study, aku rasa today reserved a post. Gedik kan.

Kemarin aku dah berjaya pitch dengan jayanya, aku consider as BERJAYA sebab aku berpuas hati dengan komen dan feedback dari panels. Aku sejak dah tua ni, memang aku letak expectation yang tinggi terhadap diri sendiri. Expectation tinggi tu apabila, nak present pukul 10am, di pukul 8am aku masih lagi bergumpal dalam selimut tak boleh bangun sebab otak taknak berenti fikir dari tengah malam. Malam tu aku sempat la pitch dengar sendiri selama 2kali. Pitch sambil dengar sendiri ni penting tau, supaya kita tau how to jump from one slide to another tanpa rasa awkward. Sebab let say kalau aku tak prepre the pitch earlier, yes, aku la manusia paling bodoh sebodohnya saat itu, kahkahkah. Sejarah telah membuktikan. 

SERABUT.

Serabut sebenarnya dengar komen dan soalan panels. Sebab depa tanya tu terus kepada masalah yang aku memaang expect untuk dihadapi. Haish, sembang dengan orang pakar ni, depa tau kat mana masalah akan muncul, kita teruih rasa tak boleh relax. Tu yang pukui 3am terkebil mata tak boleh lena teruih bangun bancuh nescafe and type this post. 


RAYA HAJI.

The best raya haji selepas bapak aku dah takda. We olss, i means th whole family had the best raya in our life.

No offense.

Terima kasih Allah. 


KELANTAN.

Normal la, everything under control. Ye ke? 

Normal la, nak sebut ok tak boleh. 

Kalau Kak Nina tanya ok ke tak, aku jawab jawapan ok dari aku adalah fake, so, dia tanya balik, normal ke? So, senang aku nak jawab, normal for a student who at the same time had to deliver work (where at times semua orang kat tempat kerja termasuk bos-bos tu fikir dayah bersenang lenang sambung belajar full time......fine, korang ingat aku bersenang lenang sambung belajar full time, ok fine..)- Korang tunggu aku habis belajar nanti, aku bagi korang rasa plak apa maksud dayah bersenang lenang di kelantan... tak sabar nya nak habis belajar.. 💋👾

Semalam ada sorang colleague dari shah alam email, mintak maaf sebab dia baru tau aku kecik hati dengan the way he replied to my work and he wished me all the best in my study, terus la aku tak jadi nak ligan dia after aku habis studi. haaaa, nasib baik eh mamat ni.

If mana-mana orang yang buat aku geram sepanjang aku sambung studi ni, aku simpan yer nama-nama ni, korang tunggu eh aku habis studi nanti. Nak larikan diri yer dari tolong aku, haaaa, tunggu nasib hampa nanti. Bizi yer sekarang, tunggu nanti untuk tau apa maksud bizi, nak tengok jugak bizi tu membawa outcome apa. We'll seeeeeeeeeeeeee. Jangan main-main eh dengan aku.😈😈😈

Scary tak?

Kuikuikui.

Mungkin depa boleh start prepare surat resign sebelum aku habis belajar 😏

Wednesday, June 22, 2022

Just a short update

 Kesihatan adalah harta yang paling berharga dalam kehidupan

2 minggu kebelakangan ini adalah masa-masa yang agak mencabar. Mencabar minda dan emosi. 

Dan, paling mencabar adalah bila kesihatan kita turut teruji. 

Betullah kata orang, belajar peringkat paling tinggi ni memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. 

Kita diuji dengan pelbagai ujian, keluarga, duit, kesihatan, yang kesemuanya mempengaruhi emosi.

Keluarga dan kawan-kawan adalah cheerleaders yang terbaik. Tapi opkos bila jauh dari keluarga, kita taknak keluarga susah hati, so, kepada kawan-kawan lah kita menumpang bahu tempat mengadu.

Terima kasih kawan-kawan, mengambil berat bertanyakan keadaan hari-hari, eh, sebak pulak..hahahaha


Terima kasih Allah hadirkan seseorang disaat-saat sukar ini. 

Thursday, June 9, 2022

Update kehidupan selepas banyak bulan enjoy cucuk langit

 Assalamualaikum,

Ya Allah, lamanya aku tak update and banyaknya kisah-kisah hati dan kehidupan yang aku terlepas nak abadikan kat sini. 

Tak, 

Bukan kisah kenduri kahwin aku... hahaha


Sebenarnya, aku ni dah sebulan lebih takut nak jumpa SV aku.

Aku takut nampak je muka aku depan pintu lab tu, dia terus mintak review paper aku. 

Arghhhh

Aku tak tulis lagi. Tak tau la kenapa, azab sangat rasa nak start menulis. 

Macam payah nak mampus, merata aku cari tips..

Dari PD, ke Shah Alam, ke UPM, ke Kulim... tetap sampai saat ni, satu page pun tak dapat.. 

Review paper busuk2 pun kena ada 30pages...

Arghhhhh

Stress weh dengan kemalasan dan keprocrastination sendiri ni

Setiap hari aku ber azam nak menulis, tapi tetap takda progress


Meluat!!!!


Jadi harini, aku mula audit diri aku. Kenapa aku jadi writer block tahap kritikal sangat ni, tang mana kekurangan dan silap aku?

Then, TING!!!!


Weh,

Aku dah lama tak tulis blog, so, aku dah hilang salah satu momentum hidup aku.


Jadi dengan terciptanya post ni, aku harap lepas ni aku akan lebih rajin update perjalanan PhD aku.

Apa progress aku?

Berapa paper aku dah submit for publication?

Macam mana respond MOSTI lepas aku present progress?

SIRIM bantu tak aku sebagai student dan ketua projek?

Aku kena abadikan semua moment-moment tu.

Especially moment aku join jamuan raya di USM dan SIRIM. hahaha


Paling manis, moment satu keluarga aku berkumpul after nearly 8 tahun kami tak dapat berkumpul seperti raya tahun ni. 

Dalam kekalutan dan keterjutan kita menyambut raya, sesungguh raya ini adalah raya yang termanis untuk keluarga aku.

ALHAMDULILLAH.


Ok guys.

Sampai ketemu lagi. 

Doakan aku rajin update blog k.

Friday, April 8, 2022

Salam Ramadhan 2022

 Salam ramadhan al-mubarak semua


Alhamdulillah, aku sempat pulang meraikan 1st ramadhan bersama mak di kampung seperti rutin 36tahun yang lepas. Syukur sangat, tak dapat aku bayangkan macam mana kiranya aku kena sambut puasa di perantauan (perantauan la sangat kan, tu pun ada hati nak mohon sambung belajar kat obesi), mesti kemurungan sepanjang sebulan berpuasa.

Lumrah la hidup, dengan mak kita sekalipun, ada ja benda yang nak di gaduhkan, especially anak perempuan dengan mak. Tapi, mak being mak, tetap no. 1 dalam hidup anak-anak. Benda paling bahagia yang kita akan rasa, adalah apabila mak kita excited bila kita ada kat depan mata dia. 

Orang kata, being apart make the love grow deeper. Tak sempat buka mata bangun pagi lagi, mak dah tanya nak makan apa. Tak sempat hadam breakfast, mak dah bagitau dia nak masak apa untuk lauk lunch. Yang kita ni, dok teringin lauk viral yang dok tunjuk dalam FB. Namun, kena la mendahulukan keghairahan mak nak menyediakan makanan kegemaran anak nya. Dalam masa yang sama, kit kena la pandai-pandai rancang, agar makanan viral tu sempat di jamah sebelum nak puasa esoknya. Hidup ni kena la bijak, nak bahagiakan mak, diri sendiri kena bahagia dulu. Gitu. 

Kadang, kita rasa kita dah tersenyum lebar happy bahagia memancar-mancar, namun hakikatnya orang sekeliling tak nampak pun kita bahagia. Sebab, in realiti, kita buatbuat bahagia.. Kita sacrificed untuk bagi kebahagiaan kepada orang lain. Ingat orang lain akan bahagia ka kalau kita buat-buat bahagia. Nope. Depa juga manusia, depa tau bila orang yang depa sayang sebenarnya tak bahagia. ..... 

Eh, apa aku melalut ni. 

Jom back to topik sambut puasa.

3 hari sebelum puasa, aku balik kampung. Kalau balik 3 hari sebelum puasa, maksudnya ada 2 hari je la masa nak enjoy sebab sehari tu konfem-konfem habis dekat atas banjaran titiwangsa-gerik. Aku ni, kalau takda la jalan titiwangsa-gerik ni, memang setiap minggu aku balik kampung. Seram betui la balik jalan ni, namun, sebab sayang, kerana insan-insan kesayangan dihati, aku rempit la jugak naik banjaran ni. Seharian kat sini, malam tu konfem tidur lena.

Sebenarnya, sebelum aku balik, famili members aku dah berkumpul ramai-ramai (which is semua balik kecuali aku, huwaaaaaaa), dan memasak untuk di agihkan kepada jiran tetangga. Sedih sebab dah beberapa kali event ni aku tak dapat join sebab aku di kelantan. 😔😔

2 hari yang best, makan-makan-makan... hehe..macam kan kelantan ni takda makanan best.

Serious la, aku tak boleh nak terima sangat makanan-makanan kat kelantan ni.

First ramadhan, alhamdulillah. 

Berbuka bersama mak. Lepak dan rehat. Dan, mak masak lauk berbuka, hahaha.. Tak guna punya anak.
Puasa ke-2, aku dah bertolak balik ke kelantan.

Alhamdulillah. 

Now, menikmati ramadhan di kelantan pulak.

Nanti la dekat nak raya, atau selepas raya, aku akan ulas pasal pengalaman puasa aku di perantauan negeri serambi mekah ni. Eh, ye ke, kene ke jolokan negeri serambi mekah? hurmmmm.... nanti aku bagi opinion aku..kuikuikui


p/s: banyak benda aku nak share. new labmate, pd trip and kawan-kawan tersayang yang sentiasa di hati yang dah ada buah hati 😍

Monday, January 31, 2022

Kehidupan di bulan kedua HUSM... meh

 

Ini gambar tadi, SV ajak gegirl bergambar sebab kami semua gegirl je yang ada kat lab harini. Kalau tengok gambar ni nampak macam kami semua sebaya kan

Hidayah yang obese.. overly obese...aarghhh

Ni kalau depa kena tunggu aku untuk makan..mula la hantar gambar nak bagi aku kesian. Masalahnya setiap kali aku jumpa SV memang depa akan hantar gambar kesian anak kucing macam ni.

Aku letak satu balang sweet and rupanya most kat dalam bilik study tu dok tunggu je aku offer this sweets

Lepas dapat gaji, apa lagi, belanja akma amalin and bello makan nasi pak gembus

Ni satu lagi gambar nak bagitau depa lapar sangat2 dah

Friday, January 28, 2022

Mungkin biasa2 tapi kehilangan mereka memberi kesan

 Assalamualaikum,

Dah hampir penghujung Jan. 

Sebenarnya pada tarikh yang sama pada bulan lepas, kawan baik bapa aku meninggal.

Pada pagi pakcik tu meninggal, aku akan balik ke kelantan dan aku tak pergi pun melawat jenazah dia atas sebab yang sukar dijelaskan. 

Dan sepanjang perjalanan dari kedah ke kelantan, aku menangis dalam kereta. hahaha. Meratapi kesedihan pakcik tu meninggal, dan atas sebab ini jugak lah aku tak boleh melawat jenazah pakcik tu.

Pakcik Rahman adalah bff bapak aku, sangat rapat. Masa bapak aku meninggal, dia depressed. Walaupun dia ada isteri dan anak2 tapi semua orang tahu dia depressed lepas bapak aku dah takda, sebab dia kehilangan kawan baik yang setiap hari 2x dia datang jumpa. Kadang dia datang jumpa bapak aku sekadar nak jenguk muka je, tak turun pun dari motor dia. 

Dan selepas bapak aku meninggal, kami meneruskan rutin membeli kelengkapan raya untuk bapak aku seperti setiap tahun dan hadiahkan kepada pakcik rahman ni. Kira macam sedekah atas nama bapak aku. Kiranya lepas ni kena cari orang lain pulak lah.

Sedih betul, sampai sekarang pun sedih. 

Masa bapak dan mak aku pergi haji, pakcik rahman dan wife dia dah menunggu di Mekah. Dan depa tunaikan haji sama-sama. Masa pergi haji tu, depa pergi 3 orang bff, ada sorang lagi kawan baik bapak aku pun dah ada di Mekah masa tu, since depa bertiga dapat trip haji yang berbeza tarikh. Berbeza tarikh pelepasan tapi pada musim haji yang sama. Sweet kan. Tapi bff yang sorang lagi tu dah meninggal lebih awal, tak lama lepas depa balik dari haji. 


Dan petang tadi aku dapat emel dari staff yang uruskan administration projek yang aku sedang jalankan ni memaklumkan bahawa dia dah resign dari sirim. 

Blur dan kosong. Seriously aku jadi kosong. 

Dah la projek ni susah, tiba-tiba orang yang aku tumpang untuk kuatkan aku, resign, lemah tak terdaya sungguh rasanya diriku ingin seperti dia membawa semangatku bersamanya... macam poyo kan, tapi inilah perasaan aku sekarang..

All the best kak asma, thanks for everything, since dari zaman saya lead scifund lagi akak dah banyak menolong saya.


Sekian, itu saja.

Aku takda mood.


Btw, raya cina ni aku tak balik, aku stay kat kelantan, sebab aku baru je balik last week, dan aku dah tua nak merentas banjaran titiwangsa hampir setiap minggu..kihkihkih


Friday, January 14, 2022

Gali kubur dan bahana lepas makan KFC

4hari lepas, aku balik kerja dah petang dalam pukul 6, aku perasan ada sekor kucing macam terbaring tak bergerak. Aku cuba acah-acah nak halau pun dia taknak gerak. Sebagai seorang penggeli kucing, aku macam arghhhh awat hang mati dalam kawasan rumah aku. 

Nak jadi cerita, malam tu kedua-dua hosmet aku ONCALL. Aku stay sorang je la kat rumah so aku macam stress gila sebab aku tak boleh nak share pasal kematian kucing tu kat sapa2.

Esok pagi, yes, sah memang dia mati. Badan dah start kembung. Kat lab, dah petang tu, aku wasap Ain ceritakan pasal kucing yang mati tu. Dalam rumah ni, aku lebih close dengan ain. Even hosmet sorang lagi pun close tu ain. Apa2 problem pun nak cerita kat ain. Ain kata, takpa la, petang ni kita buang.

Petang tu aku balik lambat, masa nak sampai rumah, aku berselisih dengan kereta ain. Aik nak gi mana pulak si ain ni. 

"Mu nak gi mano ain"

"Aku nak gi buang sampah"

Sampai rumah, masa aku park kereta, aku perasan ada segurumpulan lalat dok terbang atas binatang berbulu hitam. Aik, ain buang kat dalam lubang depan bilik aku ke? Tapi kenapa binatang ni kaler hitam, bukan ke kucing yang mati tu kaler grey. Terus aku tak sabar nak tunggu ain balik dari buang sampahnya tu.

Masuk je dia dalam rumah, aku terus tanya:

"Mu gi buang mana kucing tu"- muka serius ni, nak marah la jugak apahal buang dalam lubang depan bilik aku,  means awat hang buang dalam compound rumah, why not tunggu je aku untuk tanam sama-sama.

"Aku gi buang la"

"Buang kat mana? Tempat sampah"

"Aah, aku buang kat tempat sampah tadi. Nape?"

"Habis tu, apa benda hitam dalam lubang bawah pokok depan bilik aku tu?"

"Hah, benda apa pulak. Jom pergi tengok"

Lepas aku tunjuk-tunjuk lokasi sebenar dari kejauhan, ain pun jumpa. And, surprisingly, memang kucing mati la. Kucing lain. Peliknya, depa ni kenapa nak mati secara berjemaah dalam kawasan rumah aku ni. Aku dah la tak suka kucing. 

Malam tu, mesti la aku serabut mak jemah. Cemana ni, cemana ni... Hosmet aku relax ja, yer masalah kucing ni simple je bagi dia, tadi pun dia angkat kucing yang grey tu siap ada lebihan isi kat lantai dia ambik berus cuci relax ja. Aku memang tak boleh, mau muntah hijau aku kat situ. Lepas isya', aku wasap budak2 lab, akma and amalin, if ada cangkul tolong ler bawak. And aku pun cerita la apa yang jadi. 

Nak habaq mai, baik tak baik la budak-budak dua orang ni, depa bermurah hati, mai rumah aku, tolong korek lubang, angkat and kuburkan kucing. Kucing tu dah besar, macam mak kucing. Aku sangat la berterima kasih kat depa. So, dah habis segala susah payah depa tu, kami gi minum-minum. 

Yeah, sepanjang depa buat kerja, aku menjadi mandor dari kejauhan. Kuang ajo kan.




Menteri sila belajar yer cemana nak bagi nampak seolah-olah kita sangat into the scene. Ni baru posisi yang betul. 

Depa request nak air kelapa, ni je la port yang aku tau.. So, depa approved sedap. And memang sedap, Kami minum coconut shake dan keropok lekor. Dah la lawa dan bijak, pastu baikhati pulak, moga korang dapat la suami yang soleh..Ni mesti bangga ni kalau tau aku doa diorang dapat suami soleh. Aku selalu cakap, korang ni nampak je innocent, tapi stalker, kenal saje Dr fattahamin la, Dr syedsaddiq la... maciam-maciam.

Aku dan zati, hari-hari berkongsi cerita. Selalunya mode kami bercerita adalah melalui voicenote. Pastu mengantok, arghhh, mengantok macam nak hentuk kepala. Zati plak dok suruh aku lena, masalahnya macam mana nak lena. Takda privasi langsung bilik postgraduate ni. 
Masa ni tinggal aku sorang, dah lewat petang, boleh la selfie dalam bilik ni.

Ni dari pointview aku. Depan aku ni DR. Tey, doktor lelaki. Habih tu, hang nak suruh aku lena pakej lengkap air liur meleleh and berdengkur depan dia ka? hahahaha. Mesti la aku jaga ketatasusilaan diri aku kan.

Clinicians yang sambung belajar di jabatan aku mostly akan jadi specialist in pathologist, aku rasa la...

Macam kat rumah sewa aku, aku duduk dengan bakal Specialist O&G dan Specialist in Surgery. So, kalau aku cakap aku taknak makan, depa akan cakap, kami belah perot hang masukkan makanan.

Hari rabu, kami pergi makan dah dekat around 1pm, pastu opkos la makanan dah habis dekat cafe. Kami pulak pergi kafe jauh sikit sebab pagi tu kereta penuh dekat parking tempat aku selalu park, so, aku park dekat area cafeteria asrama student je, jadinya aku ajak la depa pi lunch situ sambil nanti lepas lunch nak ubah kereta aku ke tempat biasa aku park. 
Kami ke cafe satu lagi pun dah habis makanan jugak. Uols tahu la makanan kat kelantan ni, tak banyak variasi. So, lauk tak banyak pilihan, dah yang tu je ada, habis la lauk tu awal, dah habis tu idok ler reti deme nak tambahkan semula lauk tu. 
Sekian, laporan dari aku.

Kami ambil keputusan makan di luar kampus USM.

Kami ke KFC. And selepas makan, sambil berjalan keluar KFC, aku telah terpeleot kaki selepas dari pintu KFC. Ada bahagian tinggi rendah la pulek kat situ. Masa tu macam bunyi pop, dekat telinga aku je la dengar. 
Kat lab, aku dah rasa macam semut-semut dekat buku lali aku, nak bagi cerita makin sedap,  petang tu aku jalan2 pusing USM dengan Ain.

Maghrib, hurm... Dah start sesemut tu makin kuat. 
Esok paginya, dah nak menangis dah aku ni masa solat subuh. Tak boleh nak duduk tahiyat dengan betul, terpaksa ler tahiyat duduk atas kerusi. 

Khamis, aku pun stay at room je la. SV dan budak-budak lab kata rehat je kat rumah. So, aku rehat la, rehat dari melihat dan membaca jurnal. Yeah, i loike. Aku tengok fon je sepanjang hari, bahagianya. Bahagia tu sebab aku dinasihatkan untuk tak payah pikir pasal kerja, rehat je.. SV yang nasihatkan. Mau tak bahagia aku nih, tu yang melampau-lampau aku terbawak-bawak tengok fon sampai harini.

Semalam, aku keluar dinner dengan ain pukul 10pm.


Dah, jangan tanya bila aku akan kurus...

Daaaaaaaaa