Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Monday, November 23, 2015

A trip to Mount Tsukuba, Japan

Oh,, samuiiiii (sejuk)... Selepas dua hari yang terang dan nyaman sekali, pagini hujan turun renyai-renyai menjadikan cuaca sedikit dingin, bukan sedikit, tetapi dingin sekali.. Btw, hari ini merupakan public holiday di Japan sempena Thanks giving day.. Kita nikmati aja.. 

Kok, ramai sekali kini kawannya dari Indonesia.. jenuh, mau ditukarin lidah supaya dapat berbahasa dengan mereka.. Khamis lepas, 2 orang student Indonesia dari Universiti Teknologi Simbawa, Bali sampai. Cindy dan Indah, dan dua-dua muslim walaupun namanya seakan mengelirukan.. Alhamdulillah, sebab perempuan, dan keduanya solat dan berjilbab.. hahaha.. 

Memandangkan lagi beberapa hari, winter akan menjengah, makanya saya mula menyusun jadual.. Sambil lihat keadaan cuaca, wah, lumayan gini, sabtu dan ahad cuaca sangat elok, isnin berkemungkinan akan hujan.. Jadinya saya berkeputusan akan ke Mount Tsukuba pada hari sabtu dan akan merayap ke sekitar Tokyo pada hari Ahad.. Isnin, duduk bilik diam-diam sebab duit dah habis banyak.. Jadinya saya ajak sekali Cindy dan Indah, dan juga Hanan. Dan, Shan turut menawarkan diri untuk turut serta.. Awalnya saya rancang mau ambil bas paling awal supaya tidak perlu susah hati dimana nak solat, Shan pulak ada masalah mau bangun awal pagi.. Hai la.. Suruh pegi sorang takmau, nak ngekoq jugak.. Sudahnya pukul 9.00pagi saya kerahkan jugak dia ke stesen bas kalau nak folo kami.. 

Alhamdulillah, cuaca pagi sabtu sangat cantik. Matahari bersinar galak sekali.. Eh, bahasa aku dah bercampur Indonesia sikit-sikit.. Kami berkumpul di Tsukuba Station. Kami berempat dari Ninomiya House bersama, cuma tunggu Shan ja. Dan nasib baik saya dan Hanna cepat-cepat beratur sebab que untuk beli tiket bas sangatlah panjang.. Perjalanan naik bas ke Tsukuba Mount mengambil masa hampir 1jam 15 minit haritu sebab kereta banyak sangat, paham-paham lah jalan di Jepun memang sempit, tambahan pulak kalau lereng bukit.. Kena ambik jarak selamat masing-masing lagi..

Nasib baik naik bas cepat, dapat seat.. Sapa naik lambat kena berdiri... Ramai nu dok tunggu turn, berdiri pun takpa aih...

Hahaha. Mampoih kalau Hana tau saya snap gambaq dia lena ternganga mulut
Kesian Dr Hana.. Hahaha.. Katanya Jumaat tu dia ada brain surgery.. Mice brain slicing.. silap, bukan surgery.. Sepanjang perjalanan tu, dia lena aja..

Selepas hampir 80 minit, kami pun sampai...

"Shan, snap sat gambaq aku"... gitula kekdahnya.. Eh, tipu ja.. sebetulnya Shan yang offer nak tolong snapkan gambar
 Kena berjalan hampir 10 minit dan kena masuk melalui satu temple ni untuk ke Cable Car.. Ya, kami tak hiking walaupun mostly yang datang ke sini untuk hiking, kami akan naik cable car ke atas dan turun naik ropeway.. Kata tourist, mana boleh penat-penat.. Lagipun esok akan melalui another hectic day.. Tambahan pula, ada ramai bala tentera, kalau saya seorang memang saya akan hiking, boleh berjimat dah disitu..

Pintu masuk ke cable car
 Sebelum masuk kawasan temple kena cuci tangan.. guna gayung yer kawan-kawan...
Ikut jela cuci tangan.. Dah la sejuk air tu..
 Sebelum naik atas kena la bergambar untuk kenang-kenangan.. Trip kedua ada kawan nak tolong ambilkan gambar.. Trip pertama, waktu ke Daigu Machi dulu..

4 dara.. eh, satu tak dara.. Hahha
Begini pun boleh la Shan...
 Macam cerita zaman Dinasti dulu-dulu.. kecik-kecik dulu kan suka tengok cerita jepun.. Dah remaja, ehem-ehem, sudah beralih ke drama korea.. Sekarang bila dipenghujung remaja, beralih kepada variety show korea.. Bosan sudah cerita cintan-cintun.. 

Kena tangkap sendiri baru ikut spek sendiri..

Ok, yang ni kami tidak la buat.. Just tengok.. Depa baling duit, tepuk tangan dua kali and tunduk..
Suka gila pokok ni.. Sekarang kan dah nak habis autumn.. Memang mostly pokok-pokok dah kaler gini.. Pokok ni unik sebab sekeliling dia pokok masih lagi hijau.. Pokok ni ja yang kaler cantik..
Kami sudah sampai entrance ke cable car.. Cindy, Indah dan Shan masih belum sampai, masih mendaki tangga sambil sibuk bergambar.. memang jawabnya ke laut la timing saya haritu...


So, bayar cable car saja udah 520 yen.. Maaf kawan-kawan, takda sourvenir dari Japan.. Semua mahal, naik bas 1800 yen pergi balik, pastu bayar cable car lagi.. Tu belum tengok kalau rajin ke Tokyo, train one way aja udah beribu yen... Capek gini..
Gambar ni capture waktu dah sampai atas.. Waktu kat bawah excited sampai lupa nak capture.. haha
Excited sangat nih.. Indah tertimbus dibelakang saya
Perjalanan naik guna cable car adalah 60 degree mencanak.. Best nya naik cable car.. Balik Malaysia nanti nak naik cable car di Penang Hill la...
Kat separuh jalan, tiba-tiba selisih dengan satu cable bar nak turun.. Sini saja tempat perselisihan..
Then masuk terowong... best giler
Ala, nak sampai dah
 Menuju puncak.. ewah dah sampai.. Walaupun matahari meancar, tapi cuacanya dingin... lepak2 kejap dan kami naik ke dek atas tu untuk pemandangan yang lebih indah... Mount Tsukuba ada dua puncak.. Satu puncak sini dan satu lagi puncak sana nun.. Dalam gambar bawah ni akan nampak puncak lagi satu di sinun...

Hijau yu kedai souvenir bawah sekali, naik tangga jumpa kedai makan, pastu atas sekali ada dek.. Atas tu selamat sebab depa tak boleh bawak binatang naik atas..
 Bukan orang aja banyak, mereka ni kelek anjing macam kelek anak sendiri.. Bawak stroller untuk anjing.. 

Harini ramai family bawak tikar makan kat atas mount tsukuba.. Konsepnya berpiknik di khalayak ramai.. Hahaha
aunty dan uncle mengimbau kenangan lama...Tahukah anda, bandar Tsukuba hanya mengambil masa 40 tahun untuk membangun daripada sebuah kampung terpencil dan tidak dikenali kepada sebuah bandar moden, science hub, dan dikenali oleh seluruh scientist dunia.. Still, Tsukuba masih lagi comel dan innocent walaupun membangun..
 Matahari memancar walaupun dingin.. Tak boleh nak buka mata kalau ambil gambar.. Kat atas dek ni kami makan bekalan cucuq ikan bilis yang saya bawak.. Gigih ok, pagi tu lepas subuh terus start masak... Shan first time makan dan dia kata sedap.. Hahha.. Taktau la cucuq tu memang sedap atau depa yang memang lapaq.. Tapi saya yakin sebab cucuq tu memang sedap, tambah pulak makan dalam cuaca sejuk-sejuk.. Cucuk ikan bilis, letak bawang letak cili, letak kentang, habaq mai, mana boleh tak sedap..
Tak boleh nak buka mata sebab panaih lip-lip.. Matahari tikam mata
 Saya kan kejar masa, cepat-cepat saya ajak depa ke puncak lagi satu.. lets go guys..

Perjalanan ke puncak lagi satu agak mencabar, jalan agak licin, kena mendaki dan kena menurun serta ramai sangat umat manusia haritu... Untuk ke puncak satu lagi kami ambil masa 30 minit untuk tiba.. 

Shan, sila jangan korek hidung.. gerak geri anda diperhatikan

Haha... Shan terus alert.. dan mengaku dia korek hidung.. Sambil disaksikan Hana.. Budak berdua itu, biarkan mereka dalam keadaan masih terpinga-pinga apakah mereka telah di Jepang..

Ok, mostly pokok dah takda daun.. Biasala, atas gunung kan sejuk, daunmemang takda..Ini maksudnya sudah hampir ke peak...


Kena mendaki.. Pastu kena berselisih dengan orang yang nak ke puncak satu lagi.. so please watch your steps..
Eh, mana lain-lain..

Ada yang berhenti berehat sambil makan bekalan..

Kita rehat sat nak sedut udara segar...
 Dan jumpa batu rupa katak.. Kat sini simboliknya adalah katak.. Mostly souvenior rupa katak.. 

Tengok semua yang lalu di situ lontar batu bagi lekat celah mulut katak tu, saya and the geng pun mengambil peluang mencuba.. Malangnya, batu saya ketegaq, atau mungkin katak tu pun dah bosan asyik diberi makan batu.. Lain kali, mungkin kena bawak pisang untuk katak ni..

Batu rupa katak..
Ada banyak batu di mulut katak.. Banyak sangat sampai tak tertelan katak tu.. kehkeh
 Ini, kami tengah berehat sambil meninjau sekeliling sebelum queue untuk tiba ke puncak... Ini tempat berehat sebelum sampai puncak..
Yeay, dah sampai ke puncak.. puncak atas tu ja tapi nampak dak orang dok que... Ada dua queue.. Satu que naik, satu que turun...

Shan yang sentiasa alert...

Pastu suruh saya capture lagi gambaq kami ramai-ramai...
 Yeahhhhh, untuk orang yang gayat macam saya, ini adalah satu pencapaian.. Puncak sini adalah bongkah-bongkah batu,.. So, kena la overcome the gayat tu...

Menuju puncak, gemilang suria... hihi... Fuh, at the highest peak of Mount Tsukuba

Bersama Cindy.. Nampak tak puncak sana.. So kami berjalan dari sana ke sini..

Lama jugak di puncak.. Terus saya rasa serba salah sebab ramai lagi yang dok tunggu nak ambik turn
Dalam masa yang sama helikopter berlegar-legar di udara..
Dan, kami balik naik ropeway.. kejap aja.. dalam 5 minit dah sampai bawah... Harganya sekitar 620 yen.. Dalam ropeway tu bukan sekadar ada manusia, anjing pun ada yer.. Hahaha. Di celah kegayatan terselit kegelian.. Haha.. Aku takut anjing tu tiba-tiba dok gesel kat kaki.. Hahha.. Tapi takdalah, depa menjaga privacy orang lain.. Anjing dok dalam bakul macam bakul baby tu.. 

Cuak ni nak naik ropeway.. biar kakak dan abang tu naik dulu.. sebab depa bawak anjing... Nanti kami nak dok jauh sikit.. Eh, cindy naik dah.. ok, lets

Yeay, kami dapat seat.. Ramai yang kena berdiri.. Kami kan tourist..
 Satu yang saya perhatikan, Japanese sangat mengagumi negara sendiri.. Hampir 95% daripada ramai-ramai yang naik Mount tsukuba haritu adalah Japenese.. Depa kan stok kagum dengan negara sendiri.. Oh, Hidayah, jom kagum dengan Najib!!!!!! Ehhhhh



Selamat pun...Jadi orang last turun.. Pastu Shan offer nak ambilkan gambar pakai ifon dia.. Pastu dia send .. eh, banyaknya pastu...

Dan kami selamat tiba di bawah... Tunggu Shan makan jap. Kami pun makan bekalan nasi yang Hana bawak...Dan terus naik bas sebab bas akan bergerak setiap 30 minit. Dalam bas semua bantai tidoq, so takda gambaq.. Letih baq hang...Balik bilik, masak dan makan sebab lapaq sangat dah. Pastu kena struggle pulak sediakan perancangan untuk ke Tokyo esoknya...

No comments: