Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Sunday, November 8, 2015

Bus tour to Daigo Machi, Ibaraki - JST event


This will be a super long entry tapi dengan banyak gambar yang boleh la tahan (sebab tangkap pakai fon samsung cikai)

So, inilah trip yang ditunggu-tunggu.. since saya nampak poster pasai trip ni ditampal dalam lif apartment, memang terus ambik borang dan hantar cepat-cepat sebab 40 orang pertama ja dapat pi.. Poster keluar dalam pertengahan oktober. Jadi pada hujung oktober lepas dah tau yang nama saya lepas dan terus bayar fee, 3500 yen... Kira murah la sebab including fee untuk masuk ke banyak tempat dan lunch is aldo provided (so yang ni saya pilih vegetarian lunch set)..

Pukul 8.05 pagi, kami semua gather dekat lobby apartment. Memandangkan ini kali pertama saya nak makan vege set, pagi tu saya buat ayam roasted tapi ayam tu jadi arang sebab maybe api oven tu kuat sangat, maka terpaksa saya grill kan balanced ayam yang ada.. Tak boleh rasanya nak membayangkan makan nasi dengan sayur saja...

Pukul 8.25 am, seperti dalam tentatif bas bergerak.. Best part bila sorang-sorang adalah, kerusi dua tu boleh kongsi sorang-sorang.. Yeay, me like.. Boleh tidoq kuak lengtang.. Part tak best bila mamat France dan mamat China belakang seat aku ni bersembang macam-macam dari mula bas gerak sampaila ke balik.. I ni terpaksa dengaq macam-macam topik depa sembang, kekadang haku gelak sorang sebab, dah setengah jam sembang baru tanya nama apa dan semua. Lepas dah berenti setengah tempat baru tau keja mana.. Lawak sangat.. Muda lagi depa-depa ni.. Mamat France tu baru 28, tapi dah 3 tahun keja, so dia mai Japan sebab nak try tempat keja berbeza.. Katanya kat France, kerajaan memang suruh habiskan phd cepat2, so 25 dia dah dapat phd.. Dah la tu, hensem pulak, ramaila jugak gadis-gadis dok ajak dia bergambaq.. 

Tapi traffik tak boleh laju sebab jalan agak sesak dan bila dah semakin ke utara Ibaraki, jalan makin sempit.. Memang jalan depa kekadang muat untuk sebii kereta saja.. Makanya kami tiba ke destinasi pertama agak terlewat dari perancangan.. lewat hampir 45 minit.. jalan macam tu pun orang ramai kat tempat pertama ni.. Beratur nak parking.. Tapi sebab bas rombongan, dapat keistimewaan sikit.. Kami ke.....

1. Ryujin Cable-Suspension Bridge

Dapat tiket... wiwiwiw
Catherine dok kagum dengan monyet dok buat pertunjukkan..Kat belakang rumah i belambak monyet ni
Seeeeee, cantik gilaaaa


Bawak bridge ni macam ada sungai.. maybe Kuji river


Selfie... selfie


Ok, kat sini pantang selfie, ada ja grup member nak tolong tangkap gambaq.. Kami ada tangkap gambaq small grup kami tapi ada kat kamera depa

Belakang tu ada orang dok ber bungee jumping
Untungnya datang harini sebab ada group tengah buat Bungee Jumping masa ni.. Wah best gila.. Bridge ni sepanjang 375 meter dengan ketinggian 100 meter dari tanah.. Best kut buat bungee jumping.. Dengan pemandangan yang super indah.. Tapi kat sini tak lama pun sebab dah lari dari masa kan.. Dalam setengah jam ja dapat duduk sini.. Tapi, Subhanallah.. Cantik view dia. I jalan sampai hujung dan masa kat hujung ada orang baru nak lompat, so dapat la ambik video.. Tapi pakai samsung cabuk dan tak pandai main dengan contrast background, mostly gambar tak berapa cantik..

Then dalam pukul 11.30am, kami gerak ke Okukuji Tea Village Park.. Untuk makan lunch dan minum maccha tea dan sweet depa..

Lunch time... hana, why hana..

pantang nak selfie sibuk ja nak masuk.. hahaa.. nanti ada satu lagi gambaq pun dia menyibuk

5 orang vegetarian.. Hana tu doktor veterinar, 3 Indians tu buat Postdoc
 Waktu nak makan lunch tu, aku masuk agak lambat. (kejap aku, kejap saya, kejap i... maafla, memang masalah jiwa remaja masih bergolak).... So, masuk ja staff JST tanya mana sorang lagi vegetarian.. So, teruslah aku duduk paling depan, and sebelah aku ada sorang lady.. Sebagai seorang yang peramah, sembang tanya depa semua dari mana.. 3 guys tu dari India, dan minah sebelah ni dari France.. So, aku macam pelik napa France nak vege pulak kan.. Then, tak ingat apa yang kami sembang dia habaq kata dia muslim.. Oh, ok.. See, susah nak bezakan muslim atau tak bila tak pakai proper as muslim. Nama dia Hana...Sembang-sembang dengan indians ni, hana bagitau la suami dia Indian.. Eh, aku sampai 2 kali ulang tanya "Ure muslim and ur husband is an Indian?".. peliknya dia angguk. Tapi, tak pulak aku tanya samada dia hasben dia convert ka tak..

Bento lunch i
 Dah habis makan, staff panggil 20 orang untuk p ke tea ceremony dulu sebab bilik tu agak kecik. Masa ni dah masuk zohor, so aku pun dah niat nak jamak. Pergila tanya kat staff samada boleh solat kat situ ke tak.. Baik sangat depa. Sekali pusing Hana ada kat sebelah aku..

Me: "Yes, Hana?.. Actually i want to pray".. macam pelik awat dia dok kat sebelah tiba2.. tadi kat meja
Hana: "Me too. That why i follow u from behind"

Sorry sangat kat Hana.. Hahaha.. Teruk aku ni.. Aku judge dia hanya kerana dia cakap husband dia Indian.. bad me..
Kami diberi kelonggaran masuk ke dapur untuk ambik wuduk, siap disediakan tisu untuk lap-lap sebab basah kan.. Pastu staff siap bagitau the rest yang sedang kami solat.. Tengok, benda kecik pun aku nak touching...

Sementara tunggu turn masuk minumtea, pusing2 dulu

Yeay, boleh masuk dah.. ni pintu gerbang nak masuk tea room

Tak dan nak selfie, ada orang dah offer nak ambikkan gambar

Ok, dihidangkan dengan sweet.. masing-masing tunggu turn

Yeay, nak sampai dah turn i...

Ni sweet i, bunga sakura katanya

My Maccha tea.. segar sangat pas minum..

Settle.. nak p tempat lain pulak
Then kami terus ke next destinastion.. setiap destination ni ambik masa dalam 20-30 minit jugak perjalanan sebab jalan kecik dan bila nak selisih tu makan masa...

Next.. Honda Apple Garden

Kat sini boleh makan apple sebanyak mungkin.. Konsep dia macam seoul garden.. Kalau tak habis buah yang kita dah ambik tu, kena bayaq.. Apa lagi makan la epal sebanyak mungkin.. 

Pilih nak epal mana.. Mesti la kena pilih hat paling besaq.. sedap gila epal dia

Siap bagitau kat depa, kat malaysia takdak epal mcam ni, thats why i jakun

Nak dapat aksi gini, kena selfie

Hat ni tak berapa besaq ni

Hana masih dengan epal pertama, aku dah epal kedua...
Hana ni sebaya saya tapi dia doktor veterinar.. hasben dia masih di France untuk habiskan phd.. Baru kawen sebelum dia graduate last year dan masih takda anak... Parent dia asal Dubai
Bekas biru untuk isi kulit epal, bekas kuning untuk letak epal yang kita nak beli.. Sekilo 600 yen and dapat dalam 3 biji bergantung pada saiz

Ini epal type lain.. Yang ni kecik sikit dan manis sangat, dan gebu.. tak berapa suka epal ni


Saya ni tak suka la asyik nak mintak orang ambikkan gambar walau hakikatnya i tak suka selfie.. Dan depa2 yang dalam rombongan ni sangat sensitif bila tengok saya dok selfie dengan epal.. Tak kisah la kat mana pun asyik nampak saya dok bergambaq mesti akan ada sesapa mai nak tolong ambik gambaq..

Indian yang baju merah tu lagi extreme.. Dia siap marah saya.. hamboi kau.. Katanya lain kali kalau nak bergambar mintak tolong orang jangan malu.. Semua boleh tolong ambikkan.. Hahahaha

Aku pulak yang kena marah...

Sampai kan aku takut nak berselfie... adoi laaaaa.. caring sangat pun payah jugak rupanya.. Ni sapa habaq kat depa suruh tengok-tengokkan aku ni??... haha

Ok bagi la dia ambik.. Tengok la kalau depa ambik gambaq, sure bergegaq.. mostly blur... haha.. takpa, yg penting tukang ambik tu yakin...


Ni dia suruh pegang epal.. ku turutkan aja..
mostly gambaq blur... hahaha.. baik selfie

ni semenggah la sikit

close up pokok epal

Tengah turun dari ladang.. Dua ni budak China.. Syok depa dok angkut epal.. saya dah snap gambaq depa, siap nak snap gambaq saya, eh, tak perlu... Pastu depa tanya "where is ur daughter (depa refer pada Hana)..?"... Apa punya soklan.. haha.. Adakah aku nampak macam mak Hana

Grup selfie.. Yeay, Mark senyum dalam ni..semua comel termasuk yang paling depan.. haha

Ini di Okukuji Daigo Rest House.. Kat sini yang saya boleh beli pun hanya Ayu Fish ni, yang ditangkap dari Kuji River dan dibakar fresh... Sini paling murah, 350 yen seekor.. (dekat 13 ringgit sekoq tak padan dengan kecik).. Tapi sebab ni macam signature dish Daigo Machi, tutup mata jela beli

Sekitar rest house.. Ada jual macam2.. Menarik tapi kalau beli pun bukan boleh makan

Ayu fish sebelum naik bas

Ayu Fish dalam bas.... hahahaha
Next,... Destinasi paling ditunggu-tunggu.. Catherine risau gila sebab masa ni dah dekat pukui 4.00 petang.. Dia takut nanti takdan nak tangkap gambaq sebab dah gelap.. haha

Fukuroda Falls.. Ini adalah salah satu daripada 3 falls yang paling famous di Japan..


Ok, ada orang mintak nak tangkapkan gambar..

Ada tunnel ok.. Silap tak ambik gambaq sebelum masuk sini.. Dia macam kawasan air terjun tapi tiba2 masuk tunnel

Mamat konfiden mintak nak ambikkan gambar walaupun hakikatnya gambaq ni bergegaq... kesian aku


Aku taktau apa yang dia tangkapkan

Tiba2 kakak vietnam tapi tinggal di France dan kahwin dengan orang France ni muncul.. Nak tolong ambikkan gambar tapi aku tarik dia suruh orang lain ambikkan gambar.. Saya selalu akan duduk di tengah antara dia dan hasben dia.Hasben dia baik sgt... kesian depa..

Girls sahaja

Lepas tunnel, kena naik lif. hebat gila lah.. Dalam bukit kot..Memmang laluan dia kena lalu setiap check points



Ni sebijik macam dalam google cuma ni pakai samsung cikai

She's Malaysian tapi dah 9 tahun kat Australia.. So, sangat excited bila tau dia dari Malaysia.. the only Malaysian.. Sayangnya next week dah nak balik Australia

Catherine.. Walaupun baru 22 tahun, tapi dia jaga saya macam dia kakak.. Dia sedang nak habiskan phd

Catherine tangan bergegaq.. blur gambaq selfie.. Tengok yang belakang pantang orang bergambaq nak masuk jugak

Beratur bak naik lif nak turun check point lain pulak.. Catherine mesti tak perasan i takda dekat dia

Aku nak jugak tangkap gambaq depan toilet ni..

Kat luaq fukuroda fall ada juai macam2 sourvenir

makanan yang nampak sangat yummy..

Ingatkan nak beli kat zilah.. Tapi tengok harga 8000 yen terus tak jadi..

Makanan lagi.. Ok makanan memang aku suka tangkap gambaq
So, naik bas dan kami akan ke Kedai Natto.. Masa ni dah 4.30 malam..

Sampai Natto, Hana turun dulu.. Masa ni dah magrib so saya cepat2 tarik Hana.. Ajak dia sembahyang kat situ.. 

Kesian Hana, dia takut, siap ajak saya solat dalam bas.. Sebab katanya kat France tak boleh solat tempat terbuka, nanti polis tangkap.. Saya kena yakinkan dia, baru dia ikut.. Kami solat kat belakang kedai Natto ni.. Dah solat tengok2 semua dok tunggu kami dua..

Perjalanan di teruskan.. Lepas sejam singgah di Tomobe Service area... Ada yang nak panaskan badan dengan beli kopi.. Situ ada Starbucks. Tapi tak berbaloi rasanya nak beli yyang paling kecik sampai RM25.. Baik balik minum kopi kat bilik.. 

Kat situ saya jalan2 ambik angin dengan Hana.. Sambil bersembang.. Kata Hana walaupun dia pakai euro, tapi tetap dia rasakan Japan sangat expensive.. Kalau euro rasa japan expensive, macam mana dengan ringgit.. sobsob..

Kat sini baru saya rasa, Allah sangat sayangkan saya.. Seriusly.. Hana sampai Japan bulan April.. Dan sampai sekarang dia tak tau mana jual ayam atau daging halal, dia cuma makan sayur dan buah.. Kesian gila, dah la dia taktau mana nak beli... Siap kat tempat kerja dia (dia kerja dekat area hospital, sebab dia doktor veterinar), japanese tak cakap dengan dia.. Japanese ni ada hat ok, walaupun tak reti english tapi willing nak tolong.. Ada yang penakut, tak reti english and terus takut nak dekat foreigner sebab takut bila orang cakap english dengan dia.. So, Hana dikira tak sebertuah saya.. 

Di NIMS semua orang yang satu ofis nak cakap english dengan saya, sampaikan saya kena habaq saya boleh greet dalam nihongo.. Dan saya kerja dengan Shan. Takda masalah komunikasi langsung.. How lucky i am.. And I got T yang saya hanya perlu message dan dia akan segera muncul..

Kami sampai Ninomiya house dalam pukul 7.00 malam.. lebih kot.. tang ingat dah sebab letih..

Naik bilik, tukar baju, baru rasa lapaq.. Nak masak malas.. So rebus ubi bancuh kopi, dan makan sambil tengok muvie.. 

Dalam pukul 10.30pm saya naik katil.. Baru nak lelap mata tetiba rasa gegaran.. Ok, ada gempa la tu..


Pagi ni bangun hujan pulak... so, berhibernasi di bilik sampai esok pagi.. dah la bekalan makanan semua dah habis.. Maybe selasa petang kena p beli dekat pasaraya yang dekat-dekat sini.. Terus menyesal tak beli epal yang mahal itu.. haha

No comments: