Hi...
Hihi.. harini public holiday, katanya ada cultural day.. Whatever la... plan asal pagi ni nak pi morning walk, boleh pulak jadik malas, then guna alasan kaki masih cramp sejak kejadian pi gym kemarin dulu.. Kemarin seharian hujan, berlari ke ofis dalam hujan sebab dah pukul 10 lebih, sampai ofis baru perasan Shan message boleh mintak payung dekat bawah apartment.. Natijahnya balik pun dalam hujan sebab hujan berterusan sepanjang hari, kesannya bangun pagi ni kabus sampai tak nampak apa.. Tu yg lagi sedap tidoq lepas subuh.. Apa nak jadi la.. wake up girl, wake up...
Auwwww, its November..
Seriusly rasa sangat berdebar.. inhale.. exhale.. inhale.. exhale..
I dah 31 dah tahun depan.. ok, pejam mata sekejap... why why why?????
kenapa perlu ada artikel macam ni... why why why??? |
Hahaha.. sapa la yang dok pi buat research pasai ni.. wanita ni sentiasa cantik.. beauty is in the eye of the beholder.. Terpulang kepada yang melihat..
Dulu zaman sekolah, mana-mana sekolah yang all girl ni mesti ada trend secret admirer (SA).. Aku pun tak tau la apa nak secretnya sebab satu sekolah tau sapa SA kepada sapa.. Ok, taknak ketinggalan zaman, i pun ada la SA jugak.. Tapi macam bodoh ja rasa masa tu tapi disebabkan taknak kuno sangat takda SA maka, adakan jela SA.. Ok, best part bila weekend, parents depa mai, so nanti dapat la delivery makanan macam KFC la, mekdi la, kek la, choclates dan macam-macam la lagi.. And setiap kali nak wiken, hari rabu malam mesti dapat kad happy holiday.. Haha.. lawaknya.. disebabkan saya ni bukanlah yang jenis nak jiwang berkarat, sangatlah jarang i nak reply benda2 macam tu.. Simpan sebulan kad tu, pastu bulan depan makcik cleaner dah angkut...
And, i pernah bergaduh dengan senior sebab SA.. sebab dia bengang katanya i share SA dia.. bangang gila..Tolong lah..... Ok, ok off topic.. dah sangat outdated dayah benda SA ni..
Lawaknya.. bodohnya aku melalui zaman2 kanak2 riang tu semua.. Sebab tu aku taknak suku sakat aku ke sekolah same gender ni.. Tak selari dengan keperluan hidup manusia..
Tapi kitorang sampai sekarang sangat close terutamanya sejak ada grup wasap beberapa tahun lepas... Ok, close yang sampai cerita rumah tangga pun depa nak share kat situ.. selalunya bila depa kisahkan hal rumahtangga, aku biar je sampai beribu pastu clearkan chat.. hahahahaha.. Cuma sejak duduk sorang2 di Jepun ni, takdak keja kan, kekadang rajin jugak la membaca, dok scroll yang beratus-ratus tu sebab dalam bilik tak dapat connection.. Kena keluar pi library kat 2nd floor atau bilik northwing depan bilik aku ni... Sebab kan bilik northwing ni betul2 depan bilik aku, selalunya aku bancuh kopi, senyap-senyap aku bawak masuk situ sambil baca wasap yang panjang-panjang tu.. Tu kalau time wiken la.. Macam sekarang dok lepak di bilik sebab satgi kena pi lab masukkan sampel dalam cells untuk proses imaging esok.. Geram haku, baru plan nak pi meronda cari blouse untuk trip wiken ni, bila kena masuk lab tengahari, mana sempat nak keluar dah.. tapi mungkin terpaksa berlari untuk cari makanan yg di craving kan sangat-sangat ni....
Yeay,, pitzzzaaaa.. kena pi gyoumu supa katanya baru jumpa.. yeay yeay.. |
Eh, tadi nak cakap apa...
Ok, then wiken baru-baru ni ada kawan saya mintak pendapat pasal suami dia dok pi outstation berdua dengan cikgu perempuan bujang.. Alasan yang digunakan adalah cikgu perempuan tu taktau jalan.. Hihi.. Lawak la pulak.. Kot ya pun nak tumpang, alasan tak tau jalan tu nampak ketinggalan zaman sangat la.. Macam ni punya olang pun ada ka.. Tak tau jalan tu pulak adalah jalan ke Kulim.. Haiyooooo.. Nih, mai jumpa kakak kawasan kulim.. Ceruk mana hang nak pi???
So, kawan saya cakap la, perempuan tu dah 2 kali tumpang kereta hasben dia untuk pi outstation dan untuk kali ke-3 ni dia dah tang boleh nak terima kegedikkan perempuan tu.. So, tanya la pendapat kawan-kawan adakah munasabah tindakan dia untuk rasa cemburu atau dia jadi lagutu sebab pembawakkan anak ketiga.. Ok, baru aku tau dia pregnant.. Tahniah beb..
Respon kawan-kawan?
Bagus jugak kawan-kawan aku ni.. Ayat first masing-masing:
"XXXX, aku bukan nak rosakkan rumah tangga hang tapi hang memang patut rasa cemburu dan bagitau husband hang"
"XXXX, kalau aku, aku tak boleh terima benda tu jadi ulang-ulang.. pestime aku boleh terima lagi.. tapi hasben hang baguih la sebab dia tak sembunyi and dia bagitau hang"
"XXXX, hang kena bagitau hasben hang yang hang tak suka.. hang jangan dok diam makan hati"
"XXXX, hang layak untuk cemburu.. hang kena habaq yang bila hasben hang buat macam tu, ini melibatkan maruah hang and maruah dia.. Kalau sedara nampak apa depa pikiaq, student nampak??".....hasben dia pun cikgu jugak tapi sekolah lain...
Yang nak highlight kat sini adalah, its good untuk mintak opinion orang lain, lagipun kami tak kenai hasben dia, and tak pernah jumpa and for her good, since dia pregnant, dia tak boleh pendam dan nangis dan salah sangka dengan hasben dia..
And dia bagitau, dia terus kol hasben dia luahkan malam tu jugak yang dia taknak hasben dia pi outstation naik kereta sama-sama dengan perempuan tu, dan dia tak suka perempuan tu terhegeh-hegeh mintak tolong macam tu... And dia buat benda yang sama esoknya and dia close the case.. (eh, hasben dia tak duduk sekali ka, konpius aku,,, maybe hasben dia tengah outstation masa tu.. dengan wanita itu.. hihi)
So, the grup pun close the case... takda sapa ungkit atau bertanya dah pasal tu.. hopefully hasben dia faham dengan situasi wife dia.. Kesian, tapi atleast dia ada tempat untuk luahkan and mintak pandangan.. lagipun group tu banyak yang dah kahwin yang boleh bagi nasihat.. Yang tak kahwin dok senyap, tapi biasanya yang tak kahwin akan cool down kan the hot issue.. Kekadang group ni ada jugak yang dok cite pasai mak mentua la apa la, so akan ada la yang akan ada same experience mengapikan situasi... Jadi the tak kahwin lagi geng ni akan meng coolkan keadaan dengan change the topic.. Aku tukang baca je la.. Malas nak masuk campur.. kalau worst sangat situasi depa, aku just clear chat... hahahaha.. teruk punya olang... kang baca kisah rumahtangga orang yang takda kena mengena dengan aku pun dah satu hal pulak aku dok pikiaq solution sampai tak boleh lena.. Kak Pora sangat.. Rarely la, kalau terbaca kes sesapa and rasa sangat simpati aku akan private message..
Eh dah tengahari.. pas asaq dah nak pi lab.. Sekarang dah zuhur la.. Ok, nak solat masak and makan... Bestnya makannnnnnnnnn
hahaha.. patut gemuk tak kurus-kurus... akhir kata budak gemok undur diri nak mandi.. haha
terpaksa selfie.. i hatchu selfie.. i hatchu... nanti aku dah kaya, aku upah photographer tangkap gambar kawen aku... omg |
No comments:
Post a Comment