Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Tuesday, November 24, 2015

Roundtrip Tokyo (Pastinya guna JR Open Pass)

Sebelum habis cuti 3 hari ni, biarlah cerita weekend ini jugak habis.. Kalau tidak memang akan berkubur tidak bernisan lah nasib weekend ini seperti weekend lepas..

Lepas balik daripada Mount Tsukuba, malam tu Cindy dan Indah datang bilik dan bagitau mereka akan ke Asakusa, jumpa senior dan tidur di Tokyo.. Maksudnya begini, senior mereka student di Uni. Tokyo, kadinya senior tu akan bawak depa jalan-jalan dan depa akan tidur di bilik senior. Ok, berita paham.. Jadinya sekarang masih menunggu Hana.. Sebelum kontek Hana, saya sediakan dulu plan dan timing setiap aktiviti.

Plannya adalah ke Tokyo (naik bas- ini adalah kesilapan terbesaq yang saya buat dan takpala, next time jangan buat lagi and at least saya dapat round sekeliling bandar tokyo *ayat sedap hati) --> Ueno (untuk survey harga t-shirt HRC) --> Nippori (nak beli jappanse cotton untuk pakai konvo, bersama seisi keluarga kononnya) --> Shinjuku (Park dan Laox untuk solat serta sedikit soourvenir buat keluarga) --> Harajuku (Yoyogi Park, Meiji-Shrine dan Takeshita Street) --> Tamachi (Rainbow Bridge)...

Bila saya pandang lama-lama plan saya, saya terus berharap Hana tak ikut.. hahaha, kejam betul.. Sebab saya rasa plan saya sedikit padat.. Pukul 8.00 malam saya kontek Hana dan bagitau plan saya secara details... Dan, yes.. Hana taknak ikut.. Maksudnya saya akan bergerak solo keliling Tokyo. Bila berdua, kita akan tend untuk kena pikirkan keselesaan partner dan ofcoz mesti tak boleh nak ikut nafsu sendiri.. So, atas dasar, saya perlu meggunakan masa semaksimanya, saya lebih selesa bergerak solo walaupun mungkin sedikit menyeramkan.. Ah, apa ada hal..

Malam tu saya sibuk susun timing dan paling utama kena rancang tempat solat, itu adalah perkara utama kena pikir bila bergerak solo.. japanese bukan paham bahasa Inggeris.. Tambahan pulak, Tokyo adalah tempat yang padat, mana nak cari ruang lapang.. Subuh selepas solat, saya masak nasi.. Aduh sejam kot baru nasi nak masak.. Sambil tu grill ikan mackerel. Nasi masak, saya terus goreng panas-panas tu untuk breakfast dan bekal lunch.. Lepas breakfast terus ke lobby..

Janji pukul 7.30 pagi sharp di lobby, tapi Cindy dan Indah hanya muncul hampir 20 minit kemudian.. Aduh, timing dah start lari.. Jalan kaki ke stesen train dulu sebab saya kena terangkan cara nak beli tiket dan keadaan stesen train.. Then, berlari ke stesen bus dan OK la sebab dapat bas pukul 8.40 am..

Pagi tu sewaktu on the way  ke station train
Keadaan sedikit sesak di bandar Tokyo.. Pukul 10 am saya sampai di Tokyo Stesen. First skali pegi beli JR open pass harga 750 yen.. Naik bas tadi 1180 yen.. Dapat ja pas, saya senyum hihihihi.. Yes, lets go...

Ke Euno kita.. Berpusing jugak la nak mencari HRC.. Lepas pusing-pusing dalam 15 minit..

First time saya masuk kedai HRC.. selama ni tak pernah teringin

Yang membuatkan saya tak beli apa sebab HRC sini tulis Uyeno sekali.. Nama station
Tengok aja.. Belinya tidak..

Terus ambil train ke Nippori.. Sini adalah tempat target untuk perabih duit. Konon nak beli kain untuk baju konvo.. Sekaliiiii
Kat board tu tulis Nippori Textile Town -->... Tapi keliling tu adalah smoking area.. apadaaaaa

Kedai Target rupanya tutup hari ahad.. Tomato ni ada banyak kedai.. tapi semua tutup. Ada kedai buka tapi saya cuma nak beli di Tomato sebab khabarnya Tomato paling berbaloi untuk shopping
Ada macam-macam sale masa ni..Ini kedai biasa.. Bukan supaaa

Jarang jumpa polis, jadi sedikit jakun. Polis tu pun terkejut sebab saya snap gambar dia betul-betul depan muka dia.. Hahaha.. tapi dia comel sangat

Momiji Bridge ni yang menghubungkan Nippoi Textile Town dengan Station Nippori.. Tapi kotoq ok, tak sesuai untuk sebuah negara macam jepun yang kononnya pembersih.. Banyak puntung rokok.. Dah macam bridge dekat pekan rabu dulu.. Ha, gitu la rupanya
Seterusnya, saya tengok jam sudahhampir pukul 12 tengahari.. Terus berlari kejar train dan menghala ke Shinjuku.. Ok, jangan lupa, Station Shinjuku adalah station train terbesar dan antara yang tersesak di dunia. Di tambah pulak dengan hari ahad, manusia punya la ramai..Merayau kejap cari pintu exit yang konon-konon diyakini dapat menghala ke Laox.. Saya patutnya nak ke Government Office untuk tengok pemandangan sekitar tokyo. Tak jadi. Nak kena cari Laox dulu sebab nak terkucil and nak solat.. Kalau toilet awam, takda air.. Payah nanti nak solat.. Separuh stesen saya tawaf.. Haha.. nasib baik jumpa uncle jaga yang pandai cakap English and tau di mana LAOX.
Ni kiranya anda berada di laluan yang betul untuk ke LAOX, mengikut saya la.. Stesen Shinjuku besaq ok. Melecet kaki kalau nak tawaf

Comel kan divider jalan dia..

Jumpa LAOX.. Tapi saya pusing building ni sekali.. sebab cari pintu masuk Laox tak jumpa.. Rupanya pintu dia kecik ja.. Boleh masuk melalui pintu Laox atau pintu Burberry

Ini Isetan.. Kalau nampak Isetan, anda di tempat yang betul.. LAOX depan dengan ISetan

Nampak ni dalam Laox tingkat 6, terus hilang lenguh-lenguh kemelecetan kakiku...
 Yeah!!!!! Finally!!!! Laox Shinjuku.. Solat zuhur.. Shopping lama-lama sikit then solat asar.. Terus rasa lega.. Yes... Ada masa 3 Jam lagi sebelum maghrib..

Keluar dari Laox dengan muka ceria.. Jalan-jalan pusing Shinjuku kejap tapi tak ke Gyoen (Konon nak ke national Park) sebab takut habis masa banyak.. Ramai sangat manusia sekitar Shinjuku. Ramai sungguh-sungguh.. 

Pintu masuk untuk naik JR train, di Shinjuku station
Ramai tau manusia.. Jlan ni kereta tak boleh lalu..

Mungkin depa seperti aku,, mencari damai dihati

Jalan tengah jalan pun takpa.. Takda kereta.. Ditutup untuk pejalan kaki sahaja.. serta anjing pun boleh jalan..
Dan kedai skincare paling best adalah Lush.. Sebab dia pakai bahan organic. Sabun mandi dia punya la wangi macam nak makan.. Tapi harga dijual dalam 100g dan paling murah adalah 500yen..

LUSH yang best serta Halal
 Bau wangi, kaler cantik, siap kalerful lagi... Paling saya suka hat kaler pink.. Tapi tak beli pun.. Takpa la, aku pakai sabun May pun jadik dah..
Sedap bau nya...macam nak makan

Pink ni paling the best

Kalerful

Seterusnya, saya naik train ke Harajuku. Stesen Harajuku kecik dan simple tapi padat dengan manusia.. Sebab hari ahad umpama pesta keraian di Harajuku... Sebab pada setiap hari Ahad, remaja belia di Harajuku akan keluar dengan memakai pakaian beraneka fesyen. ini adalah antara benda yang saya nak tengok.. Saya nak tengok fesyen kegilaan belia Jepun.. Tapi, biasalah, saya bergerak mengikut arus dan ikut naluri wanita.. Haha.. Ada Dream Festival di stadium Harajuku tapi saya tak ke situ.. Walaupun bising dan ramai orang, tapi situ bukan matlamat saya.. Saya menghala ke Yoyogi park.. Sebab perut dah bergendang sakan.. lagipun di situ jugak ada pertunjukan belia jepun. Depa tengah menari sakan.. So, ramai berkumpul dan lihat sambil makan-makan.. Terus saya buka bekal nasi goreng.. Sejuknya la nasi goreng tu, kalau dapat microwave memang akan bertambah enak..
Nampak tak orang tengah berkumpul di Yoyogi Park tu.. Ada persembahan dari muda mudi Jepun.. So, lets have lunch there

Sini ada Dreams Festival.. sorry, i tak minat dreams dreams ni

Nampak pakcik ni masak ramen goreng memang meleleh ja air liur.. Dengan hotdog panjang tu... Tengok jela.. Ambik bau.. haha

Depa dok menari tarian retro

Semua pengunjung menikmati.. Ok, aku terus cari spot nak makan, tapi dalam masa yang sama nak tengok persembahan

Aku duduk dekat simen bulat yang sama dengan pakcik ni.. Sekali dia pindah ke sebelah.. Tak mesra rakyat pakcik ni.. Dah la tu, depa lain dok tarian retro, dia dok buat taichi sorang-sorang.. Pi la buat tempat lain.. nak lawan la tu sapa ramai peminat.. kehkeh

Habis makan, saya rehat jap sambil ambil video, then gerak cari jalan ke Takeshita Street.. Saya batalkan niat ke Meiji-Shrine.. Ala, i bukan minat sejarah.. kihkih.. I nak jenjalan tengok budaya mereka je...

Disebabkan kita taktau arah Takeshita Street, walaupun sebenaqnya Takeshita Street ni rupanya hanya berdepan pintu masuk/keluar Harajuku Station.. Apa la Dayah.. Jalan menonong sangat, sampai tak pandang keliling...Saya berjalan ikut crowd, walaupun saya taktau depa nak kemana.. Lastly, dengan menggunakan instinct yang Allah bagi, saya jumpa.. Tapi saya masuk dari belakang.. Kira ok la.. masuk dari belakang, jalan ke depan dan terus naik train.. Yes...

Harajuku terkenal dengan crepe dan Takoyaki.. Orang beratur nak beli takoyaki sampai polis kena jaga barisan.. Bayangkan betapa panjangnya queue.. Sedap sangat ah tu.. Kedai creep ada setiap 2 meter kot.. Crepe dia memang cantik gila presentation. Walaupun, saya tengok ada jugak muslim yang beratur beli dan semestinya makan, tapi saa amsih belum tahap gamble untuk merasa crepe mereka.. Benda yang saya was-was, sebaiknya saya akan avoid..

Saya jugak jumpa group backpackers dari Malaysia.. Ada la sorang girl datang tegur saya sebab katanya dia nampak saya jalan sorang-sorang.. Haha.. Bila saya cakap saya memang sorang dan bagitau saya bukan tinggal di Tokyo, terus dia cakap "TABAHNYA AWAK".... Hahha.. Lawak pulak. Selama ni, saya sorang ja yang selalu cakap saya tabah kat diri sendiri...

Lets layan gambar...
Takoyaki yang orang eratur panjang sampaikan polis kena jaga turn supaya semua dapat

Ada dua barisan.. Ini barisan yang dah hampir boleh beli.. Barisan yang lebih panjang di seberang sana.. Dah sampai turn baru boleh ke sini

Ini kedai crepe.. Setiap 2M akan jumpa kedai crepe ni.. Dan setiap kedai orang beratur panjang

Crepe yang pelbagai dan excuse me, what is crepe? haha.. Seb baik aku tak minat and kalau minat pun tak lalu nak makan

Starbuck yang bersepah di Jepun.. Depa ni macam, kalau minum Starbuck tu hebat la.. Sebab mahal kot kopi ni, tapi budak sekolah pun beli.. Macam orang Malaysia la.. Tetap aku suka kopi cap gantang.. Bawak ke Jepun dua paket tapi dah lama habis.. sekarang aku minum Kopi UCC, juga dah nak habis.. Im addicted ok..

Makanan depa, walaupun hanya display tetap menggugat iman.. Harga buffet wanita lebih murah berbanding lelaki... Eh, murah la harga makanan depa..

Takeshita Street yang sangat famous itu.. Yeay, sampai jugak akhirnya

Crowded gila manusia kat situ.. Kat sini boleh jumpa remaja Jepun berpesyen pelik-pelik setiap hari Ahad,, tapi saya kecewa jugak sebab tak dapat jumpa, maybe too crowded dan sebab dah lewat, dah nak gelap, maybe maybe, depa dah blah


Tengok, depan Takeshita Street dah stesen Harajuku.. Apa la dayah.. hahaha



Ok, sini sebelum saya masuk ke Takeshita street.. Saya nak capture gambar keliling

Perasan tak mamat baju biru and baju hijau tu

Patut la depa gelak-gelak... depa sengaja masuk dalam gambar saya.. Bila tengok balik gambar ni baru tau

Sewaktu saya ke Shibuya dulu, saya tak sempat bergambar dengan Hachiko, sebab saya pi dah malam, pastu saya tengah sakit kepala nyut-nyut, tak kuasa nak cari Hachiko walau hakikatnya Hachiko cuma di depan stesen. Jadi selepas saya naik train dari Harajuku, saya tengok jam baru pukul 4.00 ptg, makanya belum magrib. Saya buat keputusan untuk turun di Shibuya unuk jumpa Hachiko. Makcik ni kalau dia tak tawaf keliling tak sah.. Saya kan suka jalan menonong, saya siap lintas jalan depan Stesen Shibuya sebab ingatkan Hachiko di seberang jalan.. Pastu jalan pusing-pusing hampir 10 minit.

Lepas tu, baru saya kembali normal. Otak saya cakap, mana mungkin Hachiko nak tunggu tuannya jauh dari stesen train.. Mesti la dia tunggu dekat pintu supaya tuan dia keluaq dan terus nampak dia.. Saya patah balik ke perkarangan stesen, dan nampak train hijau, lambang train yang di tunggu.. Dan, yeah, Hachiko di depannya. Dulu tu maybe saya tak perasan sebab orang selalu gather di kawasan Hachiko.. Jadinya

Korang tau ke kisah Hachiko.. Hachiko ni anjing.. hehe.. Pi la cari kat blog lain, ramai dah elaborate kisah Hachiko ni. Malas nak taip kisah propa ni panjang-panjang.. tapi kisah ni telah dimuviekan..

Kesian Hachiko, sebab kesian, i bagi bunga kat u chiko!!!


Masa ni dah magrib.. Ramai orang bergambar ucap Hachiko, aku tak mampu.. malas nak samak..hehehe.. Walau hakikatnya, takda orang nak tolong snap gambar aku.. Aku kan pemalu

Uncle London kawen dengan Auntie Japanese berpuluh tahundulu, menetap di jepun, dok edar poster pasal peace. katanya dunia kucar kacir sebab orang gila duit.. Auntie tu suruh saya hantar gambar ni kat FB dia, bila saya tengok FB dia pasal Jesus semua, saya tak tersent pulak.. Apala dayah... haish

Seterusnya saya ke Tamachi station. Kalau ikukan internet, maybe saya boleh nampak Rainbow Bridge dari sini dengan sekadar berjalan kaki.. Tipu.. Tak dapat pun. ada bridge apa tah. Jadinya saya sekadar solat maghrib. Saya pun ke toilet awam untuk ambik wuduk. Ramai sangat orang dalam stesen. Tak tau nak tuju mana. Saya ke ticket office. Malangnya pegawai disitu tak paham.. Adoi. Rasa nak menangis cakap dengan depa ni. Nasib saya baik, ada sorang kakak dengan baby tengah nak beli ticket, dan dia pandai berbahasa English. Dia yang tolong tanyakan.. Alhamdulillah. Pegawai tu suruh saya ke buiding sebelah, sebab building sebelah tu takda orang, gelap, jadi saya boleh solat disitu.. Kakak tu bagus sangat, dia siap tanya saya ada praying mat tak, pastu siap bagitau kat luar sejuk.. Thanks kakak.. Dah solat maghrib terus lega.. Sebab Isyak boleh dibilik aja dong...

Lepas solat, saya jalan keliling sejauh 500m, jumpa mat saleh, dan dia suruh saya ke stesen Shimbashi sekiranya saya nak lihat Rainbow Bridge. Sebab katanya dia buat begitu..Siap buka ipad tunjukkan lagi maps kat saya..

Saya tak bergambar di Tamachi sebab saya terus bergegas ke stesen dan naik train ke Shimbashi.. Malangnya tiada apa di Shimbashi.. Saya lost.. Saya perlu naik train line lain untuk ke Odaiba dan saya dah tak kuasa dah.. letih dah haku nak tukar-tukar train.. I nak tengok dari jauh pun jadik la, taknak pun ke Odaiba..
Sekitar stesen Shimbashi
Stesen Shimbashi



Lepas pikir timbang tara semua.. Saya ambik keputusan kembali ke Stesen Tokyo..
Stesen Tokyo paling menarik.. macam bangunan lama

Saya pikirkan untuk ambik bas dan pulang ke Tsukuba..

Tapi seminit kemudian, eh, baik aku ke Akihabara survey barang Zilah.. Yeah, terus kaki kurang berdenyut.. Lets take train to Akihabara, electronic hub town...

Akihabara Station gais... ini pintu untuk balik ke Tsukuba..
Akihabara yang happening untuk peminat gadget

Terus teringat anak buah.. Tapi harga memang menangis la..




Display depa memang menggetarkan nafsu

Jumpa tapi tak beli lagi sebab nak tunggu dekat krismas nanti.. kot-kot lagi murah kan...

Ok, ni pintu stesen Akihabara untuk ke Akihabara Electronic Town

Pikir-pikir, lastly saya naik train dari Akihabara untuk balik ke Tsukuba. Tak bernafsu dah saya nak jenjalan.. Harga train balik 1190 yen.. Time ni la rasa menyesal datang pagi tadi naik bas.. Buang masa..  Dan selamat sampai Tsukuba jam 9.00 malam... 12 jam saya berjalan tanpa henti.. best.. Dan Tsukuba dah start bermandi cahaya malam Ahad lepas...

Persiapan krismas sempena penutup autumn...
On the way balik, baru kembali ke alam nyata.. Dah la jalan sunyi gila.. Takda orang ke weh malam ni kat jalan... Pandang langit teringat keluarga dan sahabat di malaysia.. serta sewaktu dengannya... dan...

Kita tetap pandang bulan yang sama kan????

No comments: