Pelupa ni sebab banyak makan semut ka apa eh..
Benda yang buat hari-hari pun boleh terlupa..
Takkan la baru 30 tahun dah nyanyuk
Pagi tadi, dah la sejuk pagi ni sebab lepas prepare lunch buka sliding door nak bagi udara segar masuk, sebab taknak bagi bilik bau semerbak..
Lepas mandi dah menggigil-gigil walaupun dah tutup sliding door...First time rasa sejuk sangat.. atau pun maybe sebab kemarin balik dalam hujan lepastu tak mandi..
Dengan cerdiknya pagi tadi dah sampai office.. dah sampai depan pintu dah... Baru perasan.. Tak pakai kad..
Dengan hati yang penuh sebal, terpaksa berkayuh balik ke ninomiya house.. nasib la dekat..
Kalau tak pakai kad, tak boleh access ke mana-mana, nak solat pun tak boleh, sebab nak ambik kunci kena pakai kad, nak buat labwork pun tak boleh sebab tak boleh nak access pintu masuk makmal nanti..
Nasib la weekend ni ada trip lagi.. kurang sikit rasa nak marah dengan diri sendiri..
Gila betul, dengan diri sendiri pun nak marah..
No comments:
Post a Comment