Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Thursday, November 19, 2015

Tahniah Dr. Rohaizu Roslan, Mr. Bashir Bethar dan Pn. Nurul Azrin Zubbri.. (macamkan depa baca..haha)

USM tengah mengalami kesesakkan luar biasa minggu ni, almaklumlah minggu konvokesyen. Nasib baik saya tak konvo sekali kalau tak dengan bala tentera dari Pokok Sena mau sampai jambatan orang kena parking kereta... 

Bila terima gambar dari kawan2, ada bertopi bulat dan ada bertopi 4segi sambil tersenyum lebar, terus rasa sebak nak menangis.. emo sangat Dayah dibumi sang sakura ni..

Dr. Rohaizu @ Eju, sahabat saya dari zaman undergraduate, kawan yang saya sangat percaya, dan setiap kali saya ada masalah mesti saya akan ke Penang jumpa dia. 10 tahun dia mengembara ke Pulau Pinang, semoga tahun depan dia dapat kembali bersama keluarga.. Dari zaman undergraduate, master dan sekarang alhamdulillah dah habis Phd... Kalau di FB bersepah orang share kisah motivasi macam mana seseorang habiskan Phd ontime la apa semua, bagi saya Eju sangat bertuah.. Serius, sebagai seorang yang rapat dengan Eju, bagi saya perjalanan Phd Eju sangat smooth. Alhamdulillah, saya tumpang bangga. Eju simple orangnya, sangat simple.. Boleh dibawak kekiri, kekanan, kedepan dan kebelakang.. Tapi bila dia fokus, dia akan fokus.. Tapi walaupun dia fokus, dia tetap akan dahulukan orang lain.. 

Professor Eju sayang sangat dekat Eju.. Macamkan Eju ni anak perempuan dia.. Waktu awal-awal Eju sambung Phd, Professor Eju ke oversea selama hampir setahun kot. Dan dia amanahkan Eju untuk tinggal di rumah dia.. Dan begitulah jugak sekiranya beliau outstation, bercuti atau pulang ke kampung bersama keluarga, Eju akan bermalam di rumah dia. Kadang-kadang saya pun bervacation sekali... haha.. Dah nama pun rumah Professor, lengkap macam hotel..

Malas nak cerita banyak-banyak, Tahniah untuk Eju. Walaupun tak kesampaian nak konvo bersama, sedangkan tempoh kami daftar sama, tapi takpa la.. Aku bagi can kat hang Ju...

Dan Allah bagi double kegembiraan kat Eju tahun ni, next month Eju akan buat umrah bersama mak dan papa dia.. Dah lama depa rancang, Insyaalaah lagi sebulan dapat lah jejakkan kaki.. Tolong doakan semoga dipermudahkanNya..

Eju, harapnya percutian kita ke Medan haritu bukan yang terakhir.. Jangan lupa, kita kena pusing Malaysia sebelum masing-masing settle down, naik viva hitam, impian aku tu.. 

Dr Rohaizu and mak dan papanya.. Eju, awat papa hang dah putih satu kepala..

Sudah la Ju, sibuk nak buat sign macam comel ajer ni!

Eju dan Dr.2 labmate dia yang graduate hari selasa lepas..

Ecewah, dengan Prof Wan yang layan Eju macam anak.. Tak tahan dah habis opis hour pun nak kol and wasap.. siap wasap pagi2...

Bunga dari Syazana... nanti la kalau aku teringat aku belikan buah tangan dari Japan.. gila tak beli, eju g memana mesti ada ja buah tangan untuk aku...

Next is Bashir..

Bashir is a Syirian.. First day saya jumpa Dr Mas dulu, memang Bashir dah ada sebagai student master full time, and finally after berhempas pulas tragedi oktober dan pernah ditahan polis sebab visa tamat dan saya pernah meluat sebab terlalu suka menakut-nakutkan saya, akhirnya berjaya graduate.. Tahniah.. 

Bashir adalah insan yang terlalu banyak bantu saya untuk perjalanan master saya, seriusly sangat banyak. And he even sacrificed by datang time wiken untuk bantu saya. Walaupun saya kekadang tak suka dia sebab kekadang dia terlalu macam perfectionist padahal aku tau je kau buat labwork cincai sampai lab macam tokang pecah, tapi depa ni suka letak nama aku kalau Dr tanya atas alasan aku takda untuk bela diri.. Takpa la, memandangkan saya baik, saya lupakan semua itu... Sampailah saat hari dia nak hantar final tesis, kami berbincang heart to heart... amboihhhh.. 

Dan kami terus tak berhubung lepas tu.. berbulan lepas tu saya sms dia bagitau kawan saya offer dia buat Phd pun dia tak reply. and terus aku givap nak carik dah.. Mungkin dah mampos agaknya... haha.. Pastu last week memang aku gigih ok carik Bashir.. Siap search FB semua, ok dah takda akaun dia.. Totally givap..

Luckily, selasa lepas tiba-tiba dapat wasap dari Bashir, "Salam Nour, how are you? (icon smiley)... aku macam pahal tetiba ada icon smiley.. Ok, Bashir memang panggil Nour, and dia even told semua labmate yang foreigner ni suruh panggil Nour macam dia.. Apa-apa jela bashir.. Tetap aku bahasakan diri aku hidayah kalau dengan orang Malaysia...hihi

Then, Bashir bagitau dia nak jumpa saya sebab maybe dia akan balik Syria and tak jadi sambbung Phd sebab famili dia dah tak mampu nak biaya pengajian dia dengan keadaan di Syria sekarang.. Ok, terus mood sedih i datang... Saya memang nak sangat jumpa dia and at least datang konvo dia sebab tau famili dia mesti tak datang.. Ok, i even attend dia punya viva ok dulu.. Siap jadik photographer.. Of coz i sayang Bashir, kami kan rakan seperjuangan...tiba-tiba mengaku sayang, mengaku rakan...

Pastu malamnya lepas dia konvo saya wasap la mintak sekeping gambar.. tiba-tiba dapat reply dalam bahasa melayu "satu aja, tak mau banyak (icon smiley)"... omg, makwe bashir ke yang reply? Tengah malamnya dapat reply lagi...

Awat hang nampak tua Bashir?

Excited mamat ni nak konvo... hurmmm

Perut tak cover langsung.. mamat ni mesti dah stop smoking.. Dia kejap gemuk kejap kurus.. Selalunya kurus bila dia gila smoking.. ni mesti kes makwe tak bagi smoking...

Seb baik ada Dr Guna datang bagi bunga.. Ok la ada Guna, takda la aku serba-salah sangat tak datang konvo hang .. Guna ni graduate Phd under Dr. Mas last year..



Aku mintak sekeping sampai penuh memory fon aku hang hantaq gambaq noh..

Lastly, my cousin Nurul Azrin from School of Chemical Engineering USM...


Ok, bertuah ok buat master time bujang konvo ada baby sekali.. belajar sorang, konvo bertiga, konsepnya.. My dreams punya konsep jugak ni... hehe..

Eh, bial sepupu sendiri takda cerita pulak.. Konsepnya sepupu sendiri belajar then tup-tup habis belajar dia kawen, then merantau ke Terengganu pastu balik konvo.. Jumpa kalau ada open house ja.. So, pendek aja kisahnya.. jumpa dalam group wasap famili... 

Selfie nampak.. Ada gambaq dia dengan Aufa tapi awat tah tak masuk plak bila transfer..

Tahniah semua yang konvo sidang ni.. Maybe saya taknak kot konvo bulan 11 (konvo besaq) sebab ramai and sesak.. Biarlah aku konvo yang kecil bulan 4 tahun depan kalau sempat.. Kalau sempat... 

p/s: Newsfeed penuh cerita muslim di eropah yang dibuli selepas serangan ke atas Perancis.. Of coz la i tak kena tapi tempias-tempias tu ada.. Tapi ada aku kisah.. Buat tak tahu ja and of coz kena tunjukkan yang kita bukan terrorist.. Sensei kelas Nihongo siap buat origami burung jenjang beberapa ekor bagi dekat Vincent budak France tu.. Aku terus cakap, bukan France saja yang mengalamai malapetaka, banyak lagi negara lain yang mengalami benda yang sama.. Nanti la i buat entry baru..

No comments: