Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Friday, November 6, 2015

Hari leisure dan makan.. asyik makan ja

Harini, Shan tak datang keja sebab dia ke immigration di Tokyo untuk uruskan hal visa dia.. Yippah... Dah la keja semua dah siapkan kemarin.. Jadi, pagi tadi setelah bermalasan untuk bangun sebab pagi ni berkabus gila, maka kita ke opis pun lambat.. Sampai opis dah pukul 10.15am.. 

Yang melambatkan ke opis pagi tadi sebab sediakan lunch sekali.. Harini memang leisure2 ja kat meja sambil tengok resepi nak masak.. Hahaha.. Lunch harini adalah.... Yihaaaaaaaaaa

Jeng...jeng...jeng.......
Ayam roasted hangit.. Semua salah oven kat bilik yang konon canggih tapi old skul.. Lepas ni grill macam biasa je la balik.. Capsicum semua jadi arang and kena buang.. nasib baik garlic masih creamy dan tersembunyi dalam ayam
Ini bukanlah cubaan menjadi kurus.. Tidak sama sekali... Ni sebab semalam dah makan nasi.. 

Sedap sangat dinner semalam.. Lepas 2 minggu beras yang bawak habis.. Jadi sejak 3 minggu lepas dah makan japanese rice ni.. So lauk malam ni sambal pamah kulat dan mackerel grill letak cabai kering...
So, balik keja tadi, dok pikir menu dinner malam ni.. Nak makan berat ka tak? berat ka tak? Pastu terpikir nak masak untuk reakfast esok sekali. Esok konfem tak sempat nak prepare breakfast sebab kena turun awal untuk trip esok. Pastu kena la makan berat sikit breakfast sebab aktiviti esok agak memerlukan tenaga.. Padahal duduk dalam bas je pun.. wakakaka

So, lepas isyak baru idea nak masak datang.. Hasil tengok blog siang tadi.. Sambil tu kita pasang utube lagu opick.. Opick ni memang kesukaan gila-gila kita la.. Sambil masak tu sambil dok karaoke lagu opick.. Oiiiii, anak dara tak boleh menyanyi kat dapoq la... 


Rasanya lagu haji ada dalam cd ni
Saya mula suka kesemua lagu Opick sebab Dr. Istiqamah, sahabat baik merangkap kakak kesayangan saya waktu dia keja di Kulim dulu.. sekarang dah jadi lecturer di UITM Shah Alam.. Dulu, kalau naik kereta dia memang dia sentiasa pasang CD Opick.. Sampaikan waktu awal-awal dia pindah balik ke Shah Alam, saya tak boleh dengar lagu Opick.. Memang teringat sangat kat Qamah masa tu.. Sejak tu kalau saya rasa nak dengar lagu, saya mesti pasang Opick.. Tapi saya tengah cari CD opick yang ada lagu banyak2 tu. Kat kulim takdak CD tu..

Pastu keluar lagu   Opick-Haji..
Allahu, sebaknya.. Dah la bulan depan sahabat saya akan ke sana.. Jeles. Sangat jeles.. Waktu dia bagitau nak buat Umrah bulan depan, terus seronok tak terkira saya, lebih-lebihkan.. Terus bagitau semua apa yang dia tanya.. Persiapan diri, persiapan fizikal dan paling penting persiapan mental... 
Kalaulah boleh tukar dia ke sini dan saya ke sana, alangkah indah..haha..mustahil lah kan..

Dia siap cakap, "Dayah kan dah ke sana dulu".....
"Ya, tapi nak pi lagi, dan lagi dan lagi"...
Antara satu umrah ke satu umrah akan menghapuskan dosa-dosa diantara keduanya...

-------------------------------------lap hingus jap----------------------------------------------------------

Ok, dah mereneh dah spageti kita.. so malam ni kita makan spageti oglio olio... betul tah ejaan..

Ada squid ja dalam peti.. takda prawn.. sedap jugak sotong saja pun.. makan dengan kopi panas... dah la sejuk2 ni...
Mula-mula takut tak sedap spageti ni.. Tapi lepas makan seround, tambah lagi seround.. Jadi esok cuma dapat breakfast ja.. Tak dapat la breakfast cum lunch.. Dah la esok saya request vegetarian lunch, siap cakap yang sesuai untuk muslim lagi... Tak boleh bayang pulak.. Maybe esok pagi2 kena grill ayam siap untuk bawak.. 


Cepat la pukui 9.00pm, nak kol mak ni...


No comments: