Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Monday, November 23, 2015

Adam dah konvo PASTI...

Jadi anak buah paling bongsu, pastinya ada terlalu banyak keistimewaan.. lebih istimewa sekiranya makciknya masih bujang.. Kalau anak sedara yang sudah besar, masa kecil mereka saya tak berapa ingat sangat.. Tapi anak sedara pertama dan terakhir, banyak memori bersama saya.. Ya, anak pertama dan terakhir juga begitu kiranya..

ADAM.. anak sedara paling bongsu selamanya.. Tahun depan, hanya ada tiga orang anak sedara yang masih sekolah rendah, si kembar dan adam.. Si kembar sudah UPSR tahun depan, Adam pulak darjah 1. Tak sabarnya.. 

Tadi pagi, dalam wasap Family, kakak kepada Adam hantar gambar konvo Adam..

Cewah-cewah.. Lepaih ni mesti rindu Cikgu Beah.. Cikgu Beah tu cikgu mengaji malam makcik zaman besaq Adam dulu..
Akhirnya konvo jugak.. Waktu 4 tahun, hari pertama saja pegi sekolah pastu terus taknak.. Masuk 5 tahun hari-hari nak pi sekolah.. Bila 6 tahun, semakin suka ke sekolah.. Kat sekolah kan makan pagi, makan ramai-ramai, semua pakat suka tambah sampai cikgu kena catu makanan.. 

Makcik: "Adam makan apa kat sekolah"

Adam: "Nasik goreng. Sedap.. Kami tambah pat kali"... 

Patut la cikgu catu makanan.. Sekolah PASTI, bayaran murah tapi pembelajaran bagus sangat..Ala, kanak-kanak, tak perlu nak pressurekan sangat..PASTI kampung, cikgu memang sempoi.. Anak sedara saya dah boleh hafal macam-macam doa..  and dia enjoy pi sekolah.. Main banyak.. Nanti masuk sekolah rendah, hazab la.. Tapi, bagi saya di kampung keadaan masih terkawal. Tak terlalu kompetitif. Eh, malas la nak ulas..

Adam adalah bodyguard saya, nak ke mana-mana memang saya paksa dia ikut temankan walaupun hakikatnya dia lagi suka main basikal petang-petang kat rumah dengan kawan-kawan..

Makcik: "Adam nak ikut dak. Makcik dengan kakak nak pi loqstaq jalan-jalan..."

Adam: "Bila?".... amboi, macam kerja pejabat dia tanya soalan

Makcik: "Petang ni la.. Kami nak jalan-jalan pastu nak pi makan laksam, aiskacang...Jom la"

Adam: "Kalau petang takmau. Kami nak main gerek dengan kawan kami. Makcik pi la dengan kakak"

Amboi eksyen hang noh...


Haritu pasal nak beli basikal kat adam pun satu hal. Abang ipar saya nak hadiahkan basikal baru, mak dia susah hati kalau ada basikal lagilah panjang langkah budak ni, Adam pulak takmau basikal baru...... 

Sebab, dia nak perbaiki basikal lama, lepas tu tak payah pasang brek.. So, memang tak pasang break la.. Bawak laju-laju turun jalan rumah saya, sebab rumah saya tinggi sikit dari jalan utama, pastu break dengan kaki... hai la budak...


Dulu, waktu dia 4 tahun, saya ke Kuala Kedah berdua.. OTW balik dah hampir maghrib. Saya kan rabun walau pakai spek, jadinya masalah la sikit bawak malam, dengan nak ligan maghrib lagi...

Saya tengah bawak kereta ni, kat jalan besar bukannya boleh bawak 30-40 km/j, mestilah bawak 60 km/j... sampai depan satu kedai perabot, tiba-tiba, ada satu kereta tak bagi signal terus mencelah masuk.. Terus saya tekan break.. Adam pulak masa tu tengah berdiri menyandar kat seat penumpang sambil bercerita... Ha, ambik.. tertomboih ke bawah dashboard.. 

"Adam, Adam, Adammmmmm"... dah la dia diam, susah hati saya.. hidup ka mati budak ni... Adoi.. lepas tu tiap kali naik kereta mesti dia pakai seatbelt kalau duduk depan... Tau takut..


Dia jugak suka letak kepala dekat tingkap kalau kita buka tingkap.. Tongkatkan dagu la konon.. Satu kali tu, dia kat belakang dengan bapak saya.. Bapak saya tak suka aircond, jadi saya buka la tingkap.. Dan saya taktau pulak dia letak dagu kat tingkap.. Tiba-tiba satu lori potong.. Biasa la lori kan selalu melepaskan asap hitam kalau depa tengah tekan minyak... 

Tanpa sebarang komunikasi, terus saya naikkan tingkap... Hahahahahha... Terlekat kepala dia kat situ.. Aku pulak dok tekan remote sebab dok dengaq bunyi angin... Hahahahaha.. kesian gila dia.. Nasib baik bapak perasan.. Punya la terkejut orang tua tu tengok aku seksa cucu dia..



Happy convocation Adam!!.. Makcik harap makcik berpeluang tengok gambar konvo Adam di Universiti pulak... U always have a special place in my heart walaupun selalu kena cubit sebab ketegaq..

No comments: