Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Friday, July 30, 2021

Tepu

 Semalam,

Untuk post yang kosong tu, aku dah type panjang lebar..
Once publish....
Everything gone...


Haish..

Macam nak hempuk je.. tapi tak tau nak hempuk sapa..
Mungkin tuhan tak nak orang baca kejadian yang aku nak ceritakan tu..
Walaupun aku nampak ada banyak sisi baik dari cerita tu, but, who knows, Allah know best..


Dah 3 bulan lebih aku stay kat kampung, dan bekerja dari rumah yang line macam siput babi tengah menjulur ni..
Dari aku rasa stress dengan line ni, sehingga lah aku dah get used dengan line ni, aku dah boleh adapt, tiada apa yang dapat kulakukan untuk melajukan mu wahai line celcom tercinta.. Aku pasrah.. hahahaha


Ada 2 proposal permohonan aku masih dalam KIV yang tak berpenghujung.. Itu pun penyebab jerawat aku naik jugak.. Since jerawat aku naik atas sesuatu yang diluar bidang kuasa aku, maka aku ambik keputusan untuk redha dengan apa yang terjadi... Penat push dah, baby nya tak jugak keluar-keluar, so, kita biar je la baby tu buat keputusan sendiri nak keluar ke tak...


And semalam, tiba-tiba aku dapat satu whatsapp dari seseorang yang dah setahun lebih menyepi... 
Ini lawak..
Dia whatsapp, dalam satu ayat saja, dia terus ajak collaborate.. huyyoo

Ini betul-betul gamble.. 
Aku pun try lah gamble jugak, aku jawab "boleh, jom"....
Guess what??? Aku rasa macam terbang segala kekusutan.. Maybe, ini lah perjalanan baru yang tuhan nak lorongkan untuk aku menggapai cita-citaku,,,

Gituuuuuuuuuuuu

Friday, July 9, 2021

Tadaaaaa tak jadi tutup blog

 Kahkahkah


Pompuan ni emosi terganggu sokmo

kejap nak tutup, pastu cari button tutup tak jumpa, so, tak jadi ler tutup


Takpe la

Benda boleh u-turn kan

Wednesday, June 23, 2021

Maybe, its time to close this blog to public

 Btw, Im still waiting for a new date for my mom's appointment on vaccination.

Guess what, aku tipu je masa aku cakap aku tak daftarkan mak aku... Opkos la aku play my roles at my best..

Now, I learnt my lesson. Every morning and afternoon, Ive checked my MySejahtera' vaccination status. 


Yes, 

I will close this blog to public. 

Ive been thinking on this and I think the best way is to close this blog to public and get things settle

Life is too hard, Ive been trying to adapt with it... And it still going on

Aku nak jadikan this blog my walking diary. 

One fine day, when everything become normal, aku akan buka blog ni semula.

Dulu aku pernah tutup, And the reason kenapa aku akan tutup adalah sama dengan kenapa aku tutup blog ni dulu.. 


K...

July, let go thru this together


Sunday, June 13, 2021

Banyak benda mengecewakan, hurm

 Aku terlepas nak update birthday treat mak aku minggu lepas sebab dari 9-5pm, weekdays, jadual aku penuh.

Line internet dekat kampung pulak, seperti yang aku bebelkan sebelum ni, menyebabkan aku dah tak kuasa nak bebel hahahahha.. Lantok hang la.. Gitu cara orang kedah..

Masa kerja pun sama, time tengah meeting atau presentation atau discussion, line hilang, aku ni bersyukurlah tuhan kurniakan kesabaran yag agak tebal. Aku restart fon berkali-kali, refresh tu toksah dok kata la, melilau tangan aku cari coverage. Tapi, itu tetap tak memadamkan perasaan cinta dan sayang aku pada celcom.. kahkahkah.. muntah kahakhijau....


Tarikh Vaksinasi

Aku daftarkan beberapa dependant di bawah IDUSER aku, ini bagi memudahkan aku monitor tarikh vaksinasi memandangkan coverage di kampung kan umpama pengantin baru lepas shakehand akad nikah dengan tok kadi, malu-malu tapi mahu bagi servis. 

Tapi, mak aku masih ragu-ragu untuk divaksin, sedangkan, dalam keluarga aku, aku boleh katakan mak aku adalah individu yang paling up-to-date dan banyak maklumat pasal kepentingan vaksinasi sebab dia sentiasa dengar radio. Radio merupakan salah satu medium yang sangat berkesan dalam memberikan maklumat mengenai bahaya covid dan kepentingan program vaksinasi. So, aku cuma jadikan mak aku dependant aku, tapi, aku tak daftarkn vaksinasi dia, sehingga dia bersetuju (aku akan tanya dia from time to time, even my siblings will called her and before end the conversation they will asked her on her vaccination status, as half of my siblings has had their 1st dose)

Jangan salah faham ye. Walaupun aku menyokong herd immunity by direct infection, tapi aku bukan lah seorang anti-vaksin. Dan walaupun mak aku taknak vaksin, aku tak paksa dia vaksin, biarlah persetujuan datang dari dia sendiri sebab at the end, she is the one yang akan face the effect by herself. Lagipun, memang dari aku kecik, mak aku sendiri jarang paksa aku, walaupun dia selalu menakutkan aku dengan akibat tindakan yang aku ambik, dan aku rasa i should treat her the same. Kita telah dewasa, dan nobody can force us against something yang kita tak nak. 

Aku cek tarikh vaksinasi aku and my dependants almost everyday. Tapi tahu la system kan, kadang kena update la apa.. Pastu bila kita dah update, dia tak update dalam sistem, especially kalau coverage tak bagus... huargggh. 


Birthday mak aku 6.6 2021 lepas.




Aku telah merajinkan diri bake a marble seeds cake, blueberry cheesetart dan banana cupcakes just to make the day, sounds like a multitalented person kan. Maybe one day, aku boleh apply for early retirement and start baking , kuikuikui.. (In your dreams hidayah!)..... And I uploaded the foods picture on familygroup for reminder to everyone that today is our queen birthday, and I had done my part, gituuuh. Eh, anak bongsu mana boleh kalah!

Lepas tu, kelmarin (12.06.2021), sewaktu aku kemaskini salah seorang depandant aku, aku check balik status semua dependant bawah aku (termasuk aku jugak lah kan)... and, surprisingly, mak aku dah dapat tarikh. Tarikh dia adalah 6.6 2021, its her birthdate a week a go. Arghhhhhh... Why selama ni aku check tak de pun. And, aku rasa sebab mak aku pernah jadi regular patient dekat nearest PKD so automatically nama dia di daftarkan. Bila aku bagitau mak aku hal tu, dia redha. Dia terus setuju. Wow, amazing. Maybe, dia rasa PKD tak lupakan dia and dia appreciate it. Kerja aku sekarang kena tunggu new date la pulak and memang every one hour, aku akan check the status. 

Bila benda ni berlaku kat aku, aku cuba relate dengan kes 10k tak munculkan diri di kelantan yang telah menggemparkan seluruh negara sampaikan ada kawan-kawan aku pun nak jugak into the scene post di media social masing-masing pasal kes tu. I believed, they must had their very own reason, and i dont agreed on how my friends reacted to the situation, what if it happens to your loved one. Now, I faced it myself, lagi lah aku rasa sangat tak adil untuk us yang masih muda nak condemn the situation as we are not in their shoes. Masa aku baca kawan aku post tu, aku dah rasa nak komen kat post dia, if you dont have something nice to share, just scroll the fb. But, then, aku rasa aku pun kena do the talk la kan. 


Kisah wanita yang dicemburui ramai

Beberapa hari lepas, FB aku floaded with status buat bodo-bodo. Mula-mula zati share dengan aku pastu liza pulak share. Since that day was a working day, aku ambik masa sikit sebelum aku blend into the topic. Aku dengar the video myself, and hurm....  Tah apa-apa la si Dr Muhaya ni. Aku memang tak minat dia, dan aku dah lama gila tak follow talk-talk dia since aku rasa seolah perempuan tersangat malang and jahat setiap kali aku dengar talk dia dulu. Cara aku adalah, tinggalkan if it drained my happiness. 

Bila aku baca pulak beberapa post by friends aku, aku rasa, apa ni. Kenapa geng2 bini orang nak komen setuju dengan statement kena buat bodo-bodo ni. Are they just justifying their action dulu2, lantak korang la. Ni masalah tak paham context. Statement Dr tu untuk geng anak dara tak kahwin, tapi, yang meloncat ni geng mak-mak dah kahwin. 
Bila aku baca most of the post, aku rasa, these bunch of married woman, jeles dengan geng wanita bujang. PERIOD. kahkahkahkahkah


Perasaan tak yakin dan stage fright

Last year, masa PKP, aku boleh katakan aku lalui PKP dengan smooth, easy peasy, and tenang sebab nothing stress me out. Aku sangat enjoy. 

But this year, vice-versa. Huwaaaaaaa

Since March 2021, aku dah involved dengan satu program nama frugal innovation project. Untuk project ni, its still new in malaysia, dan we were trained and coached by Germany. The first two session was okay, but later i started developed fright, i started felt stress, pressure, tension, but i dont have a space to complaint and share my grief. If only i have a shoulder to cry on, ceeeewah. Dan this project became my most regretful project that i decided to agree to join. It bring my happiness away, it shown the other side of myself that i tried to overcome for a long time. 

I have stage fright and this project enhanced the symptom. 

Untuk beberapa tahun, aku cuba atasi masalah ni, aku banyak bertanya, aku actively participate in group discussion, but this one project suddenly swept all of my efforts. Arghhhh, it so frustrating, benci..... 
And minggu depan, my last session with them all. Then, my collegue from same group already asked me to conduct an internal workshop to initiate the inhouse project. 

This one project make my 2021 dull... fullstop

Dulu ada satu projek yang aku selalu cakap aku meluat tu, yes, itu projek pertama yang hilangkan semua aura positive aku. Aku jadi low self confident and aku jadi rasa macam aku tak layak to be a leader anymore. It takes a lot of courage for me to overcome that feeling, and this frugal project triggered me, and i failed. Like tsunami, when it hit, everything swept away.

Dan, aku juga start proceed dengan cita-cita aku untuk further study (keputusan otak separuh, haha, dengan keadaan negara yang strict dengan movement control order dan most university do not allowed their students to enter the university). Tapi, itu lah aku kan. Bila aku kata aku nak tu, lantok la. Bior je la aku gerak. Sebab aku akan buat apa saja untuk pastikan aku bergerak.
This one thing I considered as an escapism for me. I will explain later.


For those reading this, please, make a pray for me. May i have the courage and high spirit to overcome my stage fright symptom. 


I really appreciate it, thanks. 






Wednesday, June 2, 2021

Kehidupan lagi, covid ni membuka true color manusia

 Covid-19, 

Sehingga saat ini, Malaysia telah mencatatkan kes keseluruhan sebanyak 587,165 kes dan seramai 2,867 orang telah gugur akibat wabak ini. Dalam tempoh hampir 1 tahun 2 bulan, jumlah itu agak besar untuk sebuah negara yang tak terlalu padat penduduk macam Malaysia. 

Fikiran aku terkenang kembali peristiwa sehari sebelum Malaysia PKP1.0, pada 17 Mac 2020. Masa tu, aku tengah angkut beg masuk kereta, aku nak balik berkampung di rumah mak aku since esoknya negara dah akan start PKP1.0. Masuk je dalam kereta, buka radio, dapat makluman 2 orang warga Malaysia maut akibat Covid-19. Tau tak apa respond aku, air mata aku jatuh. Sedihnya. Masa tu ada satu perasaan kesal, macam Why this happen. Tak sangka akan ada yang akan meninggal akibat virus dengan keadaan negara kita yang dah agak advanced. 

Dari sehari ke sehari, mendapat berita kematian, aku dah boleh terima. Kita macam sedang berada dalam satu race, race against fate. Since wabak ni ada yang menunjukkan simptom dan ada yang tak menunjukkan simptom, kita clueless. Siapa yang akan selamat sebenarnya? Kalau tengok di media sosial, ada yang saling menyalahkan orang lain sebagai sebab dijangkiti. Is it true, is it valid?

Well, afterall, covid-19 is all about humanity and empathy.

Hari ini, kita dalam fasa lockdown penuh kali ke-2. Hari ini, bukan setakat 2,867 jiwa yang gugur dimedan perang bersama wabak ini, tapi sebenarnya kita menghadapi kehilangan yang lagi besar dari itu. Aku percaya, berpuluh malah beratus ribu jiwa yang telah mati dan putus harapan. Sepanjang wabak menyerang, terlalu ramai yang hidup dalam perjuangan yang sangat tinggi. 

Di saat aku dan kawan-kawan bercakap pasal vaksin untuk pastikan effect dan risk covid-19 adalah minima, masih ramai yang berjuang untuk pastikan mereka ada makanan untuk hari tersebut. Di saat Malaysia mengutuk ramai yang tak pergi cucuk vaksin di pusat yang telah ditetapkan, tahukah kita, masih ramai yang terpaksa menjual apa sahaja untuk ada sedikit wang bagi membeli beras dan telur. Mereka takda akaun media sosial pun untuk melihat rupanya rakyat Malaysia tengah tak puas hati pasal diorang tak cucuk vaksin. Diorang lebih pikirkan apa akan disuap ke mulut anak/cucu sekejap lagi. Struggle kita semua berbeza, sangat berbeza, kita struggle dengan wabak mereka struggle dengan waktu, therefore, be reasonable. 

Hari ini jugak, aku dapat info, masih ada department di ofis aku yang memaksa staff untuk masuk bekerja. Kalau tak masuk bekerja, perlu buat justifikasi apa yang diorang buat di rumah. OMG. Inikah pemikiran boss yang bekerja di agensi di bawah kementerian kewangan, yang sepatutnya menyokong inisiatif kerajaan, yang sepatutnya memberikan telunjuk positif kepada rakyat, agensi yang dipimpin oleh highly educated group (bukan setakat educated, this group is highly educated), yang sepatutnya membawa negara ke arah evolusi industri yang berteknologi maju. Tapi, this one boss suruh staff yang tah dimana essential servicenya, berada di ofis sewaktu fasa lockdown.. This is what the Presiden called as Loqlaq.. .

Satu ketika dulu, technician aku pernah tanya aku, "takpa ka kita WFH ni dayah"... Masa tu kami di ofis, dan management keluar arahan mana2 staff yang tak disenaraikan dibawah essential service, kena WFH. Kami kat kulim ni, mostly tak bawah essential service (mostly tu macam 98%). Jadi, apa aku jawab dekat technician aku " Kalau kerajaan kata kita kena WFH, kita WFH la.. Kita ni gaji dibayar kerajaan, kerajaan mintak kita folo arahan dia demi negara, maka kita wajib la folo. Kalau kita tak folo, anything happen, kita akan bazirkan duit kerajaan. Bukan kita kena buat misi berat pun, kena duduk rumah je pun, online je la apa yang boleh online, tak boleh online, kita sambung nanti bila dah boleh masuk kerja"... 

Sebab tu aku tak faham boss yang jenis dengki staff WFH. Dia ingat kalau staff WFH, staff goyang kaki. Eh, kalau dia goyang kaki pun kenapa, gaji hang berkurang ka. Adududu. Dah kalau taknak staff goyang kaki, hang create la aktiviti yang staff boleh buat secara online, bagi arahan.. Ingat kawan-kawan aku tu takdak agama ka, goyang kaki gaji masuk.. Fasa WFH ni adalah satu fasa yang jerawat aku naik sebab stress. Stress sebab kadang kita hantar emel dekat customer, customer tak reply, hantar wasap tapi dia tak baca, call tapi dia tak angkat.. Lepas tu, buat kerja kejap je dah siap, pun stress jugak.. Rasa macam efficient terlebih.. Hahahaha... Gitu la.. Jangan la overthinking hingga kill the happiness. Dan jangan badthinking hingga kill other happiness, nescaya kau takkan bahagia selamanya..


K la.. Cacamerba tak tulisan aku.. nanti Zu kata aku takda kerangka lagi... Ini la masalah bila tulis masa tengah geram, tulis je, takdak pembuka, penghubung dan penutup yang cantik. Takpa la tak cantik pun, asalkan penulisnya cantik.. ehhhhhhhh


Sebenarnya aku tengah ada training ISO.. Sambil2 training aku nak luahkan jugak apa yang aku rasa.. hello, aku multitask k. Sambil training pun aku boleh buat report, boss apa tau... Eh, tapi boss yang paksa staff masuk kerja time FMCO ni bukan boss aku. Boss aku lain sangat dari boss tu, kalau boleh memang dia nak semua staff dia WFH sampai keadaan selamat. Kalau boleh WFO pun, masuk siapkan kerja dan balik.

Gitu la kan manusia.. Pelbagai peel.


Sekian. 

Tuesday, June 1, 2021

Boyfriend Baru

Tajuk tu mesti cepat je hampa click sambil excited kan

kahkahkah

Yes, I ada boyfie baru!



Yes, ini lah buah hati baru aku.
Baru beberapa hari bersama aku di kampung ni, akan menemani hari-hari WFH ku... 
Ini hasil kerajaan bagi keluarkan duit kwsp.
Aku pikir-pikir nak buat apa yang tak peningkan kepala sangat.
Aku tak pandai investment dan aku malas nak study satu-satu jenis investment tu...
Bila kakak aku suggest this boyfie, aku terus setuju..

Well

Aku lahir tahun lembu..

Nanti kalau aku dapat anak baru, aku update k.


Monday, May 31, 2021

Today deserve a post: HAPPY, tapi esok full lockdown

 Hai,

Semua masih waras ke tu?

Aku tengah happy, so happy, sebab baru habis satu projek yang tak susah tapi sangat memberi impak maksima kepada kewarasan aku.. Hanya dengan nampak notification or thinking about the project, will released my dopamine, dan menyebabkan aku restless. It is one of the feeling in the world yang aku benci. Perasaan yang membuatkan aku menyesal being in the circle at the first place. 

Tapi takpa, now, dah setel.. Yeay.. And come the FMCO. Takpa, asalkan that specific project habis, aku dah ok nak hadapi FMCO. Gitu... 

By the way, tadi tengahari aku dah submit one big project. And lepas habis je projek yang menyebabkan chemical dopamine aku release dengan banyak tu, aku dapat satu call dari pejabat PMO. Come again another rain. Ok, call tu maksudnya tanggungjawab makin bertambah, tambah-tambah bila caller kata kita kena go thru the milestone in details one by one, meremang ok bulu roma. Tapi, aku berjaya meyakinkan caller tu bahawa kita boleh postpone discussion until we confirm yang kita tak buang masa discussed crack kepala hotak tapi akhirnya projek tak dapat pun. So, we came to conclusion to call for a discussion again kalau aku dapat result positif dari pemberi dana..  Aku excited tapi dalam masa yang sama takut sebab kita susah nak predict apa akan jadi esok, buatnya kes naik, lockdown again, and leave me in miserable handling all the fund alone... Uwaaaa, jenuh ler.

Lagi satu, aku dah dapat kereta baru.. yeay.. Setelah 13 tahun, aku pun tukar kereta. Macam mana aku takda perasaan teringat rumah lama yang dah 10 tahun aku duduk, aku pun takda langsung perasaan rindu kat kereta lama yang aku tinggalkan di opis. Hahahaha.. Tahu tak apa maksud bila kita tak teringat, maksudnya, aku memang nak sangat perubahan, I deserved the changes. Yeay

Aku pun dah ada boyfriend baru sekarang... arghhh, line tak ok pulak nak transfer gambar...

Terima kasih kerajaan benarkan pengeluaran KWSP, aku dapat start projek aku awal sikit.... 

Line internet ni bila mai tenghari nak masuk ke petang, memang problem...

Aku tak prefer meeting petang.. Pagi lebih baik...

Tuesday, May 25, 2021

Aku kerja dari rumah, so.....

 Dah lost track hari ke berapa WFH 

Ada orang komen, best la boleh WFH

Best ke? Aku lagi prefer WFO

Sebab

1. Office ada resouces yang cukup, efficient dan selesa

2. Stress-less and hectic-less

3. Terasa lebih bijak 

Aku taknak komen pasal orang lain, dan aku tahu, ada orang anggap yng WFH ni seronok sebab boleh leisure2... Yes, boleh leisure2, aku setuju tu.

Leisure tu bergantung kepada apa definisi leisure seseorang, sebab untuk aku, duduk di office lebih leisure dan fun berbanding kerja dari rumah. Mungkin ada orang yang kita rasa dia lebih banyak spend masa dengan famili kat rumah, ada orang masa WFH boleh topup grocery, ada orang masa WFH boleh keluar survey kedai emas dan shopping barang seutas dua rantai tangan...

Well, it all depends on the jobscope. Kalau kau memang orang yang jaga administration, yer, memang kena all the time be ready. Tapi bukan la ready tu kena duduk je tak boleh gerak. Be creative. Cuma kena sentiasa easy to access, orang call jawab, orang wasap reply, orang emel tolong la tulis reply sepatah dua walaupun hanya ayat Noted. Sekarang kn zaman smartphone, boleh je nak online dari mana2.. Boleh access tanpa kekangan kecuali la kalau kat kampung yang line macam dok sedut siput sedut tu... 

Macam aku, aku lebih prefer kerja kat opis. Atau kerja kat bilik hotel kahkahkahkah...

Aku demand ye. Sebab bila panas dan serabut, otak aku lembab dan taknak bergerak. 

Ni kes aku.

1. Pejabat di kulim ada kerusi dan meja yang sangat selesa, bilik yang kondusif, internet yang laju dan ekon yang sejuk macam duduk dalam igloo. Aku boleh nak print journal or report anytime since ada bekalan ink yang mencukupi untuk kerja-kerja pejabat, ada scanner yang boleh scan hundred pages into one copy, ada pantry yang cool dan paling penting semua kedai makan adalah reachable, nak minum McCafe takpayah cross border. 

2. Stress-less dan hectic-less. Sebab bila orang tahu aku ada kat office, orang less query. Aku pun less query pasal kerja-kerja aku. Aku manusia yang jarang dan hampir sifar tido siang (kalau aku tido means aku tengah hadap migrain yang tak tertahan atau aku buntu yang amat). Dulu masa kat USM, roomate aku pernah tanya apa masalah aku, hanya kerana dia balik dari lunch dan nampak aku tengah tidor siang atas katil. Itu adalah satu pemandangan yang sangat rare untuk dia dan dia tahu something is not right. 

Kerja kat rumah ni, kalau meeting pukul 9am, dari 7.30am aku dah kelam kabut pastikan line hotspot aku ok. Takpe la. Itu masalah aku la kan. Stress pertama adalah bila semua orang meeting macam kita ni robot, dari pagi 1.30pm baru setel. Ok, takpe la.. Petang sambung sampai kul 6pm. Mak aku dah jeling.. "Pukui berapa nak sembahyang asaq?".... Habis meeting, aku sambung kejap search balik apa yang depa dok sembang dalam meeting tadi. Life-span otak aku pendek, mudah lupa. Kadang aku buka dengar balik recording. 

Tah la, tapi bagi aku, kalau kat office aku lebih cool. Kerja hanya kat ofis, balik rumah aku try to forget the work. Tapi bila dah kerja kat rumah, celah bedah mana aku nak try to forget the work.

3. Jiran aku tanya, dayah dok rumah ka sekarang. Yes, soalan dia simple je.

Aku overthinking. How to stop overthinking. Aku takda jawapan. Aku try to be positive. Tapi end up aku persoal diri. Apa achievement aku. Sedangkan makcik sebelah rumah pun dah stop pergi meniaga kat pasar sebab anak dia tak bagi pergi meniaga waktu musim virus tengah menggila sekarang ni. Bila dia tak pergi meniaga, dia mai dok bertenggek kat rumah aku dari waktu aku breakfast sampai aku nak lunch. hahahaha. Balas dendam nampak makcik ni, hahaha. Dia punya ketagih nak bergosip tu kalahkan aku. Ala, dia bukan sembang apa pun dengan mak aku, sembang pasal pokok, pasal ayam, kucing, lembu,kambing,.... Tapi, dia nak jugak membawang bersama kawan. I feel u makcik.

Aku rasa performance aku kat rumah lagi way much better dari masa aku kat ofis tapi taktau la napa otak aku bagi jawapan aku kelihatan lebih bijak kalau aku masuk ofis. Gila hyper kejelesan otak aku ni.


Apa sebenarnya aku nak sampaikan?

Aku pun tak tau.

Aku nak tulis benda lain sebenarnya.

Dah berperenggan dah kat dalam otak aku, tapi bila tangan kat keyboard, dia shift tulis lain. Eh, aku la dengan otak ni.....

Tak pa la..

Next time aku tulis apa yang aku nak tulis tu...


Daaa

Thursday, May 20, 2021

Sapa yang tak faham sebenarnya ni

Semalam kecoh pasal kenyataan rasmi polis yang pelbagai.

Almaklumlah, Malaysia kan masyarakat majmuk, pelbagai bangsa, agama, bahasa, makanan, dan budaya,

Jadi, penerimaan kepada kefahaman SOP tu pelbagai

Sebagai negara yang meraikan kepelbagaian

Kita terima je la kenyataan rasmi yang pelbagai ni, SOP juga pelbagai, 

Betapa warna-warninya Malaysia tercinta

Semalam jugak kec covid-19 yang positif meningkat, kira perkembangan terlalu positif,

Bila positif menunjukkan ada sesuatu yang negatif, 

Apa kah yang negatif itu? hurm

Pikir la sendiri... Aku pun pening dah asyik makan tido kat rumah ni


Sejak asyik duduk rumah ni, rasa geram dekat celcom tu mencurah-curah

Line kalah siput sedut dut dut

Ada sekali tu punya la geram, setiap 5 minit line dia hilang

Aku terus mesej Celcom kat messenger FB, itu pun berapa kali refresh baru nak delivered

"I ni tengah meeting dengan boss, line kejap ada kejap takda, kalau I kena buang kerja siap Celcom"

Line pun ok setelah itu...


Sekarang ni,

Tengah konfius

Sebab tak paham SOP

Cemana orang lain boleh hadam SOP kalau aku pun tak paham2 SOP

SOP company keluar emel lain, SOP kena buat kerja tetiba overwrite SOP company, lepas tu emel lagi sapa langgar SOP company kena tindakan tatatertib serius

Eh, ni kalau anak sedara aku yang sekolah rendah boleh paham, aku tukar dia masuk kerja biar aku masuk sekolah PDPR semula


Tak sempat nak hadam SOP

Keluar pulak isu laksa pakai ikan apa yang sedap

Aku pening la gini


Bye


Tuesday, May 18, 2021

Selamat Hari Raya 2021

 Tulis post ramadhan tak sempat nak habiskan, tau-tau dah raya ke-6

OMG

Cepat sungguh masa berlalu

Kadang-kadang amcam tak percaya kita dah lalui 2020

"Bring back my full of dreams 2020"-kata hati kecilku

Raya tahun ni, meriah betul facebook dan ig, dengan gambar rayanya, gambar kuihnya, gambar main mercunnya,

Uish... betul-betul happening

Macam tak percaya seminggu sebelum raya semua merungut bagitau tak semangat nak raya

Itu la kita, bukan kita yang tentukan kebahagiaan kita

Kalau dah tertulis kita akan seronok beraya, memang kita akans eronok beraya walaupun sorang-sorang


Aku beraya di kampung

Sebelum kedah umumkan PKP, aku dah selamat sampai kampung, balik pun sehelai sepinggang sempena weekend, jadinya aku terus je stay kat kampung

Duduk di Kulim pun takdak ke mana-mana, paling jauh singgah tapau kedai makan KakNik..

Masuk opis pun kadang-kadang aku sorang je.. 

Baik la aku duduk kampung, dah alang-alang dibenarkan wfh.


So, merasa lah aku beraya di kampung teman mak aku

Alhamdulillah

Mungkin ini la hikmahnya bila beberapa kali niat aku nak pindah shah alam tak berjaya

Nak bagi aku dekat dengan keluarga

Pastu bila raya time PKP, orang tak boleh datang rumah, aku pun tak boleh pergi beraya

Tau apa hikmah nya kat aku

Takda dah soalan bila aku nak kahwin...yabedabeduuuuu


Kepada yang tak dapat beraya dengan keluarga

Tahun depan, semoga dipanjangkan umur, dapat lah beraya bersama

Itu pun kalau dah dapat capai imuniti kelompok


Imuniti kelompok

samada melalui vaksin atau melalui jangkitan kepada virus secara terus

Kedua-duanya ada pros and cons

Sebab badan kita semua unik and complex, jadi tahap penerimaan berbeza

I lebih kepada jangkitan secara terus

Takpe la kan, masing-masing punya pandangan

From the start i pilih imuniti thru direct infection

Tapi ini pandangan i, and im not a virologist nor immunologist


Ok la,

Selamat Hari Raya

Gambar takda walaupun hari-hari courier service masuk rumah hantar parcel baju raya...kihkih

Sunday, April 18, 2021

Kehilangan sebelum Ramadhan 2021

 Ramadhan kali ini, aku dan keluarga menangisi kehilangan lagi,

3 hari sebelum ramadhan, abang ipar aku kembali ke rahmatullah,

Pilu,

Mungkin pada dunia, beliau hanya seorang menantu dan abang ipar kepada keluarga kami,

Tapi pada keluarga kami, beliau umpama anak lelaki dan abang yang tidak pernah kami miliki.


Abang aku ini merupakan suami kepada kakak aku yang ketiga,

Meninggal due to chronic infection pada bedsore nya,

Sebulan yang lepas, dia dimasukkan ke icu setelah ditahan beberapa hari di wad saringan covid. Dia terlalu penat sehingga meminta dipanggilkan ambulance walaupun selalunya dia yang akan tolak untuk di hantar ke hospital untuk rawatan.

Dia sempat pulang ke rumah selama 2 minggu sebelum di hantar semula ke hospital, dan selepas beberapa hari, dihadapan anak2, dia perlahan-lahan menutup mata.


Pergi lah abang dalam kesakitan, meninggalkan anak2 yang bertungkus lumus melunaskan tangungjawab mereka ke atas ayah mereka. Beruntung di kurniakan anak-anak yang mengambil berat akan ayah mereka, semasa hidup dan setelah tiada.

Semoga abang tenang di sana dan akan menanti kami semua.  

Kami semua rindu, terutamanya pada masakan abang.


Al-Fatihah.

Friday, April 2, 2021

Duit i-Sinar, nak guna untuk apa?

 Aku pada mulanya merasakan aku takdak keperluan mustahak untuk keluarkan wang kwsp melalui method i-sinar,

Tapi, aku fikir-fikir, alang-alang masih bekerja, apa salahnya aku keluarkan dan gunakan untuk memudahkan urusan kerja aku,

Memudahkan urusan ke hadapan. Jadi, aku terus buka sistem online dan mohon pengeluaran.

Awal Mac, aku dapat mesej dari kwsp bahawa bayaran telah dikreditkan ke akaun aku,

Berdebar,

Terus aku teruja lalu membuat kira-kira kemana wang itu ingin dibelanjakan,

Sebelum ini kira-kira aku tanpa wang di akaun,

Sekarang, kira-kira aku mengambil maklum wang sudah berada di akaun,

Satu pagi, aku telefon kawan ofis, mengajak beliau breakfast bersama sambil bincangkan hal di tempat kerja,

Dan, ketika itu, idea tercetus...... jeng jeng jeng


Hari ini,

Aku telah ada baby baru hasil wang i-sinar,

Aku harap baby baru ini akan menyinari hidupku...hihihi

Tak tau la sehingga bila baby ini akan dipinjamkan,

Namun, besar harapan aku,

Semoga baby baru ini memberi pulangan yang lebih lumayan dari dividen kwsp.. kuang kuang kuang


#aku masih tunggu masa yang sesuai untuk share gambar baby baru. Its too HOT sampai susah nak dapat capture gambar.

Sunday, March 21, 2021

Tak dapat tengok bumbung, lebih baik

 Sudah 3 minggu aku tinggal di rumah sewa baru

Dan, ajaibnya, aku langsung tak teringat atau rindu rumah lama aku

Rumah lama yang aku dah duduk hampir 11 tahun tu

Rumah yang menyimpan banyak rahsia hidup aku

Wow

Impressive

Kagum! Aku sangat kagum dengan diri sendiri..


Serious, 

Aku ingatkan aku akan terbuai-buai dengan perasaan rindu,

Aku ingatkan sesekali aku akan tersalah masuk simpang ke rumah lama

Aku ingatkan paling kurang seminggu sekali aku akan melawat rumah lama

Damn,

Langsung aku lupa yang aku sebenarnya baru pindah rumah..


Apa kena dengan aku ni!?

Saturday, March 6, 2021

Hari ni aku sedih, pasai kawan aku balik kampung for good

 12 years ago, 

Masa Qama pindah balik ke Shah Alam setelah mendapat offer untuk menjadi pensyarah di UITM, pada hari beliau berpindah, dia nak aku balik ke kampung sewaktu dia bertolak.

"I taknak you tinggal sorang dan sedih, nanti you menangis. I sedih nanti"

So, waktu kami sama-sama bertolak tu, dia ke Shah Alam dan aku ke Pokok Sena, mestilah aku menangis dalam kereta sorang-sorang. Sedih kot. I lost a very good friend and listener. Someone yang sangat wise dan matured dalam memberi pandangan dan nasihat. Someone yang I look-up so much. 
Tapi, masa tu aku ada ramaiiiii lagi kawan yang masih bujang dan rapat di ofis. 


Shira kahwin, rasanya in 2013.

Bila Shira kahwin, aku happy tapi dalam masa yang sama aku tau aku akan hilang kawan yang banyak spend time dengan aku. Kenangan kami banyak walaupun aku close dengan dia sekejap je, cuma beberapa tahun je. Aku close dengan Shira masa aku dah duduk rumah Kulim Utama, start in 2011. Aku ikut rapat semua kisah hidup dia. Kami mendaki gunung, buka puasa di masjid, start solat subuh jemaah di masjid sama-sama, and many good things yang jadi dalam hidup aku.

Sebelum Shira kahwin, dia rajin mai tidor kat rumah sewa aku, dan, aku pun sesekali pi tidor kat rumah dia. Jadi, bila dia kahwin, moment tu dah hilang la jugak. Takpa la kan, takkan aku masih nak pi mengendeng kat rumah dia, adududu...


Then, Eju balik Melaka for good in 2016.

Sedih, Eju adalah orang yang aku sangat selesa cerita berkenaan hati dan perasaan. Dia tau bila aku sedih dan macam mana nak motivatekan aku. Walaupun kami tak jumpa selalu, dia di Penang dan aku di Kulim, tapi, tah la, maybe sebab close, tak terasa kami terpisah oleh jambatan Pulau Pinang. Whenever aku ada masalah, aku just START kereta and pergi tidor dengan dia. Kami akan lepak tepi laut sama-sama dan cerita pasal masa depan, nak jadi apa lepas dia habis PhD.

Moment berpisah paling sedih adalah masa Eju datang untuk kenduri shana. Masa dia nak naik bas balik ke Melaka malam selepas kenduri tu, she hugged me tight and cried. Sebak sangat. Opkos la, lepas hantar dia tu aku menangis sorang dalam kereta kan. Kata eju, that might be the last time dia datang Kulim, tapi aku taktau apa dalam fikiran dia yang membuatkan dia sedih sangat malam tu. Maybe sebab dia takut aku kahwin dulu sebelum dia kot, hahahahahaha. Eju adalah a great friend, listener and motivator yang aku pernah ada.

Tapi, ketiadaan Eju tidak membuatkan aku down. Aku tau aku masih ada kawan di ofis.


In 2017, Zu (tengok Zu, hang ni sentiasa ada dalam cerita blog aku) pindah Shah Alam.. hahaha.

Masa Zu pindah, aku hantar sekali Zu ke Shah Alam. Aku pergi naik kereta dengan dia dan balik naik ETS tak silap aku. Cuma aku tak berapa ingat apa perasaan aku masa tu, sebab, aku dah lalui banyak fasa people comes and go. Tambah pulak, aku selalu turun Shah Alam atas urusan kerja masa tu, so, tak terasa sangat la. Lagipun, kami masih sesama SIRIM (we run project together dan kampung Zu cuma di Penang. By hook or by crook, kami still akan jumpa. Zu ni the greatest friend yang aku ada la, kira macam a friend at heart la.. 

Malas la nak cerita lebih-lebih pasai dia ni gaji RM5400, tapi dah lama tak belanja aku. Pulak tu, kalau by 40 tahun (lagi 3tahun) dia tak kahwin, aku kena belanja dia tidor hotel 5star. 


2021, iaitu  hari ini, Liza balik Kelantan for good, selepas rumah yang dia sewa dijual.

Esok aku kerja, so, lepas berpisah dengan dia tadi, aku balik bilik sewa aku semula. Aku ingatkan, aku takkan rasa kehilangan sebab aku dah lalui banyak perpisahan. Aku silap. Aku lupa aku sebenarnya alone and lonely. I have nobody dah pasni. Sebelum ni, kalau aku rasa dah lama tak keluar makan luar, a phone call akan membuatkan aku ada kawan untuk lepak kedai makan dan dengar masalah-masalah aku di opis, masalah yang aku tak boleh bercerita dengan normal colleagues. 

Aku tak ingat macam mana aku boleh close dengan Liza. Masa Liza kerja di SIRIM dulu, aku kenal dia gitu-gitu je. Then, dia berhenti Sirim dan kerja sendiri. Lepas Zu pindah Shah Alam, Liza contact aku dan kami jadi rapat.

Kalaulah rumah aku dah ready untuk diduduki, mungkin aku akan suruh Liza just duduk dengan aku je. But things happened kan.

Aku rasa yang membuatkan aku masih kuat sebab aku dah keluar dari rumah sewa lama yang aku dok sorang tu. Kalau aku masih kat situ dan Liza balik for good macam ni, mesti aku meroyan lagi teruk. Hahahaha. Ya, aku emosi sikit tadi.


Post ni cuma untuk aku buat luahan perasaan je pun. 

Masa aku bagitau Eju tadi yang Liza dah balik Kelantan for good, Eju cuma nasihatkan suruh aku cari pasangan dan kahwin. Hurm, tah laaaa. 

Tapi inilah kehidupan. People comes and go.
Samada melalui perpisahan atau kematian.

Sunday, February 21, 2021

Selepas 11 Tahun, Aku keluar dari rumah itu




Ini la rumah yang aku tinggal selama 11 tahun sepanjang aku bekerja di Kulim (Aku kerja di Kulim secara overall dah hampir 14tahun). 

Jumaat lepas, selepas asar, lori angkut hampir semua barang aku balik ke kampung. Dan, ada suku (katil bujang, rak baju, kipas, meja study etc.) aku angkut 3 trip menggunakan kereta barang-barang aku ke bilik sewa. Ya, aku sewa bilik je lepas ni.

Ini rumah kedua aku di Kulim. Masa awal datang Kulim, aku stay rumah lain. Rumah pertama tu aku stay for almost 3years la jugak. Ini rumah kedua, selama 11 tahun. Opkos, kalau orang dengar pun, orang akan tahu bahawasanya sentimental value rumah ni sangat tinggi kepada aku. Aku faced all kind of emotional turbulence kat sini. Aku masuk rumah ni a month before aku tukar status kehidupan aku to engaged. Masa tu aku yakin dan pasti, aku akan menghadapi dimensi baru setelah dirumah itu.
Nope. Allah ada perancangan yang lebih baik. After 11 years, aku tinggalkan rumah ni dengan status still single. Hehe. Opkos, everything happen for a reason kan.

Dalam posting aku sebelum ni, aku ada bagitau, aku tak tenang dengan bilik sewa baru yang aku dah booking and aku rasa macam something bad akan berlaku. 

And yes!

Aku tak jadi masuk rumah tu. Tuan rumah tetiba tak jadi sewakan bilik. And aku cuma figured out perkara ni hari khamis lepas, a day before aku angkut barang balik kampung. Itu pun selepas aku mintak nombor akaun tuan rumah untuk transfer deposit. Adududu, aku tak marah cuma aku terkilan sebab dia cuma bagitau selepas aku tanya. Sedangkan aku dah confirmkan dengan dia dan bagitau akan masuk end of Feb. Macam mana kalau 28hb baru aku mintak nak bayar dan dia pun baru nak bagitau. 

Habis tu, takkan aku nak kena stay hotel for another days sampai dapat new room?...Hurmmmmm

Dengan keadaan rumah sewa yang masih banyak barang nak kemas, tuan rumah pulak buat perangai mintak aku bayar sewa Feb sedangkan sebelum tu dia cakap nak guna deposit aku untuk bulan terakhir, dan macam-macam lagi masalah timbul. Sekarang aku kena hadap masalah bilik sewa baru pulak takde. 
Aku rasa macam nak skip je bulan Feb ni. 
Khamis malam aku start cari bilik. Jumaat pagi dalam pukul 8am, aku start keluar pergi survey rumah yang ada bilik kosong. Rumah kedua aku pergi, walaupun ada benda aku tak berkenan, aku pejam mata ja since aku nak kena tinggalkan siap-siap barang yang aku nak masukkan dalam bilik sewa baru tu. Takkan aku nak angkut semua balik kampung, pastu, nanti masuk bilik baru aku angkut semua pulak ke Kulim. Itu kerja BODOH namanya. 

Lepas je setuju dengan bilik sewa baru tu, aku terus bayar deposit. Dalam 9.30am, setel bayar deposit, aku beli lunch dan terus balik rumah sewa. Aku kena makan lunch pagi ni awal sikit, by 10.30am, aku ada meeting projek pulak. Since aku ketua projek, aku la kena chairkan meeting tu. Lepas habis meeting, aku mula angkut barang ke rumah sewa baru. 2 trip dulu, banyak barang aku angkut ke sana, baru aku tau aku bukan jenis minimalist. Balik dari angkat barang, aku sambung kemas barang, dan lori sampai sewaktu azan asar. Kami angkut barang naik lori, dan by 6.15pm, lori bergerak ke kampung. Aku sambung angkut satu trip lagi ke bilik sewa baru dan aku sambung cuci rumah sewa, sebab, by 7pm, aku dah nak gerak balik kampung. 
Ini first time aku bertolak balik kampung malam, sorang pulak tu, dan ikut jalan kampung. Jalan kampung ni ada tempat ada rumah orang, ada tempat hutan je memanjang, tu yang scary sikit. hihihihi

Masa sampai rumah kampung, terasa legaaaaa sangat. Finally, its s wrap. Lepas ni apa nak jadi pun, aku hadap je la.

Thank Feb for a memory.

Wednesday, February 17, 2021

COVID-19 &TEKANAN, AKU, KERETA PINJAM

Harini, aku buka FB. 

COVID-19 & TEKANAN

Dan, terpampang, kes bunuh diri di Penang. Astagfirullah, hampir setiap minggu, ya, setiap minggu, ada kes bunuh diri. Sedih. Serious, aku sedih. Aku rasa seperti nak jumpa mereka-mereka yang bunuh diri tu dan give them a big tight hug. Aku bayangkan betapa besarnya dugaan yang depa hadapi, sehingga, akhirnya memilih untuk bunuh diri. Walau apa pun bangsa dan agama kita, aku percaya, bunuh diri adalah jalan yang paling dilarang oleh agama. Terutamanya di musim Covid-19 ini, setiap dari kita menghadapi berbagai cabaran dan dugaan. Be it kewangan, kerjaya, anak, suami, keluarga mentua, keluarga sendiri, jiran, sedara mara, kawan-kawan, even diri sendiri juga boleh menjadi punca stress. Tak kira la apa jua punca nya, kita perlu memberi peluang kepada diri kita untuk terus hidup di dunia ini. Hiduplah selagi diberi peluang dan sisi masa oleh tuhan kita, dan nikmatilah nikmat dan kesempatan menghirup udara dan merasai kehadiran insan-insan yang kita sayang dan menyayangi kita. Setiap dari kita berhak menyayangi dan disayangi, samada oleh manusia atau haiwan. Ada orang keseorangan, tapi dia punya kucing atau anjing yang sangat setia disisi. 

Ramai orang terpaksa pergi jugak bekerja walaupun depa tau depa mempunyai simptom seakan dijangkiti virus covid, aku guna terms terpaksa sebab aku tau if depa ada a better option opkos depa akan pilih untuk pergi buat pemeriksaan. Why? Sebab, kalau depa tak pi kerja, company ugut nak bentikan atau tak dibayar gaji kalau depa kena kuarantin. Untuk orang yang boleh WFH atau menjalani kuarantin dengan gaji berjalan penuh, kita akan pandang mereka-mereka itu sebagai selfish. Aku percaya, depa lebih pikir jauh dari kita. Depa ada komitmen, ada anak, ada parent, ada isteri, mungkin ada famili member yang sakit, atau sebarang alasan lain. 

So, please, be tolerate. Keadaan sekarang dah cukup menekan dengan kos sara hidup yang tinggi, jangan kita menekan mereka sehingga mereka memilih untuk membunuh diri. Mati atas alasan bunuh diri adalah sangat menyedihkan sama seperti mati kerana covid. Kematian walau atas alasan apa sekalipun bakal meninggalkan impak yang besar kepada ahli keluarga yang ditinggalkan. Jangan kita hina mereka yang membunuh diri hanya kerana kita faham agama tak benarkan kita bunuh diri. Betul, bunuh diri haram, tapi, kita kena sedar, adakah kita jugak mempunyai contribution kepada tekanan yang dia hadapi. Jangan kerana kita rasa kita dah cukup faham agama, maka, kita beri komen negatif kepada individu yang bunuh diri. 

Sesungguhnya kita tak berada di tempat mereka.

So, be human and have empathy.

Covid-19 is all about humanity and empathy.


AKU & KERETA

Macam aku maklumkan sebelum ni, aku dalam proses keluar dari rumah sewa sekarang. To be exact, aku kena clearkan rumah by end of this month. Rumah aku sekarang ni pulak, memang aku fully furnished kan. Bak kata kawan aku, ye la rumah fully furnished tapi status rumah sewa, pastu dia gelakkan aku. Kuang asam punya kawan. Since aku kena clearkan rumah, aku cadang nak bawak few barang ke tempat baru dan aku nak angkut mesin basuh tu balik kampung. Mesin basuh aku 13kg, dan masih functioning well. Kalau aku jual macam x sampai hati, tapi, nak angkut ke sana sini macam tak berbaloi. Aku mintak anak sedara aku yang kebetulan ada kerja di area Kulim bawak balik mesin basuh tu kekampung menggunakan lori dia. Aku janji mesin je sebab lori dia pun penuh dengan barang-barang construction.

Last week (rabu - 2days before raya cina) aku balik ke Kulim. Kakak aku cadangkan aku bawak kereta kat rumah since aku bagitau aku ada barang nak bawak balik dan tinggalkan di kampung. Kereta tu kereta VIOS TRD. Masa aku on the way ke Kulim, aku dah perasan kereta tu macam jerking dan aircond dia tak berapa sejuk. Aku sangat alert dengan any perubahan suhu dan bau, so, masa tu aku dah pikir samada aku nak patah balik atau nak teruskan je. Tapi, aku taktau la apa yang mempengaruhi otak aku, aku decided to teruskan je perjalanan ke Kulim. Aku selamat sampai Kulim dan rasa happy, ye la Kulim kan macam my hometown.

On 2nd day, aku masuk opis pagi tu dan balik rumah tengahari sebab lori anak sedara aku dah nak datang pick-up mesin basuh selepas 3pm.

Lepas lori blah, aku siap-siap dan lepas asar aku keluar minum kopi dengan kakNina. Gelak-gelak, gosip-gosip, cerita pasal masa depan, dan makan kek sesama, lama kot tak lepak kedai makan, tu adalah first day MKN bagi kebenaran untuk rakyat makan kat kedai tapi strictly 2person sahaja. 

On the way balik, lagi less then 2KM nak sampai rumah, kereta aku start stereng dah keras, lampu padam, semua icon dekat dashboard tu dah naik, pastu dhboard dah padam, suddenly kereta start slowing down dan dengan cepatnya aku ambik simpang ke UniKL (luckily benda tu jadi kat UniKL, ahhamdulillah). To cut it short, ada ramai orang datang tolong aku walaupun awalnya aku dah bagitau aku nak call towing je. Aku dah blank, masa tu dah maghrib, malam tu adalah malam tahun baru cina, dan aku kalau boleh taknak kacau sesiapa. It is the beginning of a long weekend. Tapi, nak buat macam mana kan, ramai sangat orang nak tolong. Aku tak la resist. Dan, dengan bantuan semua orang, malam tu kami berjaya bawak kereta aku ke rumah kawan aku yang berdekatan, dan tingkap dia dah jem (tak boleh tutup since masa kami boleh hidupkan enjin tu aku buka tingkap untuk bagi sejuk sikit). So, kawan aku tolong cari plastik dan cover cermin tu. Kawan aku hantar aku balik rumah dan aku tawakkal semoga takder la orang terpikir nak pergi curi bantal-bantal aku kat dalam kereta tu (aku baru beli bantal Hilton 6biji dari opismet aku, penuh kat seat belakang tu). Esoknya, kami mintak Bateriku datang, tukar new bateri and discovered yang masalah berpunca dari alternator yang disfuction. Slowly aku bawak kereta balik park kat rumah (since its CNY and Friday, so aku kena tunggu sampai bengkel buka pada isnin atau selasa, depends pada bengkel). 

Kalau famili atau kawan dengar aku stay kat Kulim sampai the next weekend, nampak macam biasa, normallah untuk hidayah. Aku memang biasa je duduk kulim seminggu. Tapi, personally, aku tak tau la kenapa, aku sangat stress, tertekan. maybe sebab aku budget on CNY aku ada kat kampung, tapi end up aku stranded kat Kulim for more than a week. Aku kan cakap aku duduk sorang, bila kereta tak boleh jalan, aku umpama patah kaki. Aku ada bekalan makanan yang mencukupi (aku baru beli minyak masak, beras basmathi faiza yang sedap tu sekilo, 2 carton air mineral, tins of carbonated drink, sardine, eggs, lots of aiskrim, jajan), tapi aku masih rasa tertekan. Aku boleh order foodpanda and aku memang order foodpanda (briyani ayam, mutton briyani dan cheese garlic naan) tapi aku tetap rasa aku tak cukup makan hahahaha. Entah la, aku pun tak paham, apa loop yang membuatkan aku rasa macam tu. Aku cukup segalanya, aku ada duit cash in hand, aku ada kawan live nearby, tapi tetap, aku rasa sesak nafas. Kalau orang dengar, orang akan cakap aku tak bersyukur dan negatif.

Isnin malam haritu, aku rasa helpless. Betol, benda simple, nothing effected pun, tapi aku rasa helpless. Lepas solat maghrib, aku perah otak, apa lah hikmah yang Allah nak bagi. Apalah good thing behind all these. Apa yang Allah nak tunjuk sebenarnya. 

You all know what!

1. Aku berjaya khatam quran. Something yang memang aku aim nak buat sebelum masuk Ramadhan this year. Alhamdulillah.

2. Aku berjaya kemas barang-barang, buat satu keputusan yang sangat bijak, berjaya dapatkan lori dan aku akan bawak semua barang aku balik kampung.

Ini yang berlaku setakat hari ni. 

Ikut plan awal aku, aku akan letak barang aku kat tempat baru yang aku akan sewa. Tapi aku tak la tenang sangat dengan keputusan tu. Tapi bila aku buat keputusan untuk bawak semua barang balik kampung, aku rasa tenang. For me, this is the best decision, so, if im not happy at new place I can move to new place.

Harini Rabu.

We will see what will happen after this.

But I know, something gonna happens.

Jumaat petang, berkemungkinan aku akan bawak semua barang balik ke kampung.

Adakah aku akan jumpa Prince Charming nanti? hurm.... 

Lets pray for hidayah

And lepas ni no more kereta pinjam. I need my viva at it best.

Monday, February 8, 2021

Bebelan sempena PKP2.0

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan), Melaka, Johor dan Sabah bermula 13 Januari – 4 Februari 2021; Kelantan bermula 16 Januari – 4 Februari 2021 dan; Terengganu, Pahang, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Kedah  

Dan fasa kedua telah dimulakan bermula semalam, bermula 22 Januari – 4 Februari 2021. Perintah Kawapan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di negeri Sarawak bermula 13 – 26 Januari 2021. 

Dan sekarang kami semua sedang menempuh fasa kedua PKP2.0 bermula dari 5 Feb sehingga 18 Feb 2021. Secara peribadi, aku tak nampak kemana PKP2.0 akan membawa masa depan kami semua sebab yang dikawal hanya pergerakkan rakyat marhein yang kais pagi makan tengahari, kais petang makan malam. Sedangkan masih ramai yang bebas bergerak, dan ada yang mengambil kesempatan dengan hanya menayang surat pelepasan company yang hanya mungkin dikeluarkan hanya sekiranya ada kerja penting yang memerlukan keberadaan di pejabat. Mungkin PKP2.0 ni hanya drama yang ingin memeriahkan media sosial. Entah la labu.

Sekarang dah musim kemarau. Dari hujung tahun lepas lagi. Malam dan pagi sejuk sehingga ke tulang hitam. 

Bila dalam keadaan sejuk macam ni dirumah, aku terbayang, andainya saat ni aku naik gunung, perghhhhh, mesti best gila. Boleh bayang dah, mesti malam-malam makan megi dan minum kopi panas. Tidur malam dalam sleeping bag mesti tak cukup nak menghangatkan, kena bawak tambahan selimut. Konfem la begpack aku berat. Nampak tak bayangan gurauan aku tahap mana. Aku dah bayang bagpack aku berat dan besar macam mana. Sampai aku terlupa, pertambahan lemak aku pun dah sama besar dan berat dengan bagpack tu. Kahkahkah. Indah betoi no hidup dalam bayangan gurauan.

Aku kan sekarang PKP di kampung. Ya, lepas je PM umumkan PKP, esoknya sebelum PKP start, aku kemas kain baju dan lepas je opis hour aku terus balik kampung. Balik kampung dan stay at home for at least 7days baru aku keluar pergi kedai beli barang.  Kenapa aku tak stay je Kulim? Hurm, aku rasa aku boleh jadi half-siuman kalau aku PKP kat Kulim. Aku ni, cuti weekend ada masa yang aku tak balik kampung pun aku dah tak boleh beza hari siang atau malam. Itu baru sampai hari jumaat, bila sabtu aku dah kena keluar meronda pusing Kulim, takpun pergi cuci poket dekat Tesco atau Giant. Aku kan duduk sorang, kalau aku tak keluar rumah, aku tak boleh beza, hari tu siang atau malam. Lain la kalau masa rumah aku ada orang dulu, aku dengar dan nampak pergerakkan housemates aku pergi kerja (kalau hari jumaat since depa kerja jumaat) dan masa hari sabtu depa akan keluar balik kampung atau pergi jalan-jalan.

So, bagi mensiumankan diri aku, memang aku balik kampung. Walaupun line dekat kampung adalah hazabedah, tapi ruang tamu rumah aku line ok. Pandai kan line kat rumah tu permainkan hati aku. Cuma ada sekali tu aku ada important meeting, yang mana aku kena actively bagi info dan jawab soalan, boleh pulak masa tu line celcom buat perangai hazabedah dia, aku tak boleh tethering ke laptop. Tambah memanaskan keadaan, telefon aku pulak sound speaker tak kuat dan aku cari earphone tak jumpa (rupanya dalam kereta, earphone laptop dan handphone tak sama, kena guna jenis verasingan, since selalu meeting guna laptop je, aku terlupa earphone handphone aku tak keluarkan dari kereta). Nasib baik la, that meeting went well and one of the panel tu siap puji i lagi.. hahahaha..

TBH, aku tengah serabut baca jurnal. Aku ada few topics yang aku berminat nak further develop for my study, tapi aku tak pasti adakah resources aku cukup. Argh. Resources ni merangkumi facilities kat lab (kami dah tak more into research, so, banyak equipment dah tak calibrate dan tak maintain), equipment aku nak guna untuk testing, cost untuk aku beli chemicals, teamwork (aku sedar, tanpa team siapa lah aku, aku tak boleh work in silo, and i dont believe in working in silo, walaupun aku suka gaduh dengan boss tapi aku tetap perlukan bimbingan someone yang ada knowledge and technical expertise), support system (ada few proposal yang aku dah tulis tapi tak boleh submit sebab aku xtau nak channelkan ke mana. Kalau aku cakap lebih-lebih akan nampak macam aku cari kelemahan tempat aku bekerja, better aku diamkan dan anggap aku je yang malas mai keja goyang kaki hujung tahun boss tanya aku buat apa, aku cakap je la aku makan gaji buta), dan paling crucial duit untuk support research aku tu (opkos la ni paling penting kan). Tapi untuk pastikan aku dapat grant to fund my research study, aku perlu pastikan aku dah strengthen all the factor isitu equipment, facilities, teamwork dan support system aku. Dan, aku jugak dalam dilema nak pilih supervisor. Aku ada beberapa pilihan. Buntu betoi la. Sebenarnya ni je yang aku dok buat sepanjang PKP ni. Kecelaruan pilihan. Aku kena pastikan aku berjaya register sambung study  sebab ini adalah KPI aku untuk tahun ni. Bukan setakat KPI kerja tapi ni KPI hidup aku yang dah bertahun aku asyik postpone until further notice. kihkihkih. Aku dah lepas duedate KPI ni lama sangat dah, macam-macam alasan aku cipta hanya untuk justify kepada diri sendiri kenapa aku tak dapat capai KPI. 

Adakah orang lain pun macam aku. Cipta alasan sendiri kepada diri sendiri just untuk justify kenapa kita tak boleh capai. Just to proof yang ia bukan kelemahan diri sendiri. Sedihkan hidup dengan mencipta alasan padahal akulah punca kenapa alasan itu terpaksa dicipta. Aku mencipta alasan untuk menipu diri sendiri, dan alasan itu pun satu penipuan. 


Eh, apa aku membebel ni. 

Sekarang ni, yang salah aku atau PKP? 

Eh, jap, ni ke benda yang aku tengah bebelkan? Aku tengah cari kesalahan ka? 

Pening la.

Ok la, aku nak kena solvekan persoalan ni kejap.

Bye




Sunday, January 24, 2021

DINNER SIRIM 2020 - Memoir with besties!

Ini event masa awal 2020.

For the first time ever, aku join Aktiviti Dinner SIRIM. Aku sendiri taktau apa yang menyebabkan aku gedik sangat nak join, maybe aku sendiri rasa macam dah tawar hati, so, aku macam perlu sesuatu untuk dalamkan semula rasa cinta aku terhadap company tempat aku bekerja. Ah gitu.

Habis, takkan aku nak pergi sorang kan dinner. So, aku ajak Elida dan Zuhana. Depa dua pulak setuju je. Senang cerita. Kami kena sahkan kehadiran a month before the event. Dan selepas sahkan kehadiran, bermula lah hampir setiap minggu aku dapat mesej dari Elida pasai baju apa nak pakai since kami kena ikut tema bollywood/hollywood. Elida siap ugut lagi, kalau pakai baju kerja nanti depa tak bagi masuk dalam dewan. Ceh, nanti korang tengok la dia pakai baju apa. 

Zuhana pulak diam-diam ubi berisi, dalam kata taktau nak pakai apa, kejap nak pinjam baju kakak la apa la, sekali dia dah pi Klang beli baju satu set ikut tema harga dekat RM300. Nampaknya tinggal aku dan Elida yang takda baju sesuai untuk di pakai. tapi, Elida tu aku tak risau sangat sebab dia ada banyakkkkk kain sari mak mentua dia bagi. Aku? Kalau susah sangat aku pikir nak pakai tema Angelina Jolie ja, biar terus tak meriah gambar kami nanti. Padan muka, eh, nak padan muka sapa, dah kalau aku yang travel jauh dari Kulim ke Shah Alam.

Seminggu sebelum dinner, aku dan Zu run experiment kami di makmal di Shah Alam. Dan, aku decide stay terus sampai dinner. So, untuk malam last tu, sempena dinner, kami book hotel di Blue Wave, sebab konon dekat sikit. Masa ni, aku takda lagi tau baju nak pakai. 

Since aku takda baju, 2 hari berturut-turut kami keluar cari baju tema aku.
First kami ke Klang. First time nih aku sampai Klang. Penasaran weh. Memang Little India betul. Masa tengah cari baju, boleh pulak terjumpa geng sirim lain tengah cari baju jugak.

Ini masa OTW nak ke Klang. Merah nya mulut mak ngah. Try test lipstik.

Dia ni acah je, padahal ...... korang tengok la dia pakai apa nanti...

Aku pilih aksesori, depa pun sibuk jugak pilih aksesori. 

Lepas dah penat pilih aksesori, kami pi pekena kopi. Ni kafe kopi kegemaran aku. 

Mak orang ni pun join kami sampai lewat malam, dia memang terasa bujang selalu kalau aku datang sana. Hai laaaa

Since aku masih belum dapat baju, esoknya kami ke Aeon Mall. Still takda yang berkenan. Akhirnya aku beli blouse hitam kosong je. Malas dah nak pikir. Lagipun aku ada bawak kain, harapnya kena la dengan tema.
Finally... Masanya telah tiba....





Mengikut tema kan.. Zu memang hebat




Bersama Vice President SIRIM Industrial Research

Bersama Tan Sri Chairman SIRIM

Nampak tak Elida sebenarnya pakai baju kurung je... hahahaha... Itu yang dia beria cakap kat aku sapa pakai baju kurung tak boleh masuk dewan, sebab, dia nak dia sorang pakai baju kurung.... Ceh....

Bersama Datuk President SIRIM

Bersama ex-Director IC sebelum jawatan director diserahkan kepada ketua setiap IC masing-masing
 


Lepas habis dinner, aku dan Zu hantar elida balik rumah dia. 
Eh, rupanya masing-masing tak kenyang makan dinner tadi. takpa, kita sambung drive-thru Mekdi dikeheningan tengah malam itu. Lepas tu kita hantar Mak Cinderella ni balik kat suami dan anak-anaknya.

Seriously, aku bersyukur aku join dinner tu. Sekurangnya it will be my sweet memory bila aku tinggalkan SIRIM nanti. Ada jugak kenangan aku dan kawan-kawan berhuha huha... hahahaha

Thanks kawan-kawan for a great night.